Tuesday, April 7, 2009

Pernahkah anda terfikir..

> Sebab utama seseorang itu membenci anda kerana dia ingin menjadi seperti anda.
> Senyuman anda mampu membawa kebahagiaan kepada orang lain.
> Dengan senyuman anda juga dapat membuatkan anda gembira dengan hidup anda.
> Diri anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
> Jika anda telah melakukan satu kesilapan bermakna ada hikmah disebaliknya.
> Memberikan ucapan 'Terima Kasih' dan 'Maaf' terhadap sesuatu perkara.
> Diri anda seorang yang amat istimewa.
> Andai kata anda merasakan diri anda seolah dipinggirkan, fikirkan kembali mungkin anda sendiri yang meminggirkan mereka.
> Sekiranya anda mempunyai seorang sahabat yang baik, carilah peluang untuk anda menyatakan kepadanya selagi ada waktu.
> Sekurang-kurangnya anda mempunyai lima orang dalam dunia ini yang amat menyayangi anda.
> Jangan takut meluahkan perasaan anda kerana anda akan lebih berasa lega apabila seseorang mengetahui beban yang anda pikul.
> Apabila anda terfikir bahawa anda tidak berpeluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, sebenarnya lambat laun anda akan memperolehi jika anda mempunyai keyakinan diri.
> Setiap malam ada seseorang yang akan mengingati anda sebelum anda tidur.
> Mengenang kembali segala pujian yang anda terima dan melupakan semua maki hamun, mahupun hinaan orang lain.
> Seseorang yang anda tidak kenali menyayangi anda.
> Memaafkan semua orang yang anda kenali sebelum tidur.
> Anda mampu mengubah dunia ini, bukan untuk orang lain tetapi untuk diri anda sendiri.
* CINTAILAH CINTA ALLAH (^_^)

No comments: