Tuesday, June 16, 2009

~ Cinta Sejati ~


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL DAN IKTIBAR
  • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat
  • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah
  • Selalulah berselawat ke atas nabi tanda kita menyintainya ^_^

5 comments:

LuKLuK BaiDoaH said...

Ya Allah, biarlah cintaku kepada RasulMu sentiasa mekar,
bukan sekadar cinta dengan kata-kata...amin...

pu3 balqis said...

perkongsian yang menarik n terkesan..
syukran na...
;D

Brilliant Marjan said...

to lukluk baidoah>>
benar..bkn hanya dgn kata2 sahaja cinta kt kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ttpi setiap p'buatan baginda hendaklah kt ikuti & amalkn

to pu3 balqis>>
setiap ilmu yg dimiliki mmg tuk dikongsi b'sama..yg penting mampu m'ingatkn diri yg leka..

iqbalsyarie said...

MasyaAllah..alangkah bagus kalau sy diketemukan dgn blog ini lebih awal..
Alhamdulillah Allah ketemukan jua.
hebat sungguh para sahabat.
semoga dari kalangan umat akhir zaman ini,masih ada golongan yg mencintai Rasul seperti shabat mencintai Baginda dan semoga kita termasuk dalam golongan tersebut.

Perkongsian yg baik dan bermanfaat..

Brilliant Marjan said...

Itulah cinta yg selayaknya..cinta sejati..buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW...moga mendapat syafaatnya..