Monday, June 8, 2009

.:: Ukhwah Award 2009 ::.



Alhamdulillah dengan izinNya diri ku ini masih mampu berada di sini tuk kesekian kalinya..syukur sgt walaupun byk kje..biasalah manusia ni sering diuji, so hadapilah dgn tabah..

Jumaat lepas 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadilakhir 1430 H, aku mendapat pesanan dari Kak Julia (http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/06/ukhuwah-award-2009.html) tuk amik award..Uiks! Terkejut tau..

Tak sangka lak diriku ini tersenarai sekali..tp, award bukanlah yg aku minta cuma persahabatan ini hanya kerana Allah SWT..pape pun, syukran jazilan buat Kak Julia (mesra rasanya walau baru kenal *_*)


So kepada yg ingin memanjangkan award ini, silalah amik ae..aspecially for my followers..Thank you so much for joinning my blog "M@RJ@N IBTI$@M".. My Allah Bless You..^_^

Di sini, aku ingin berkongsi cerita yang di amik dari "111 Wasiat Rasulullah S.A.W untuk Wanita SOLEHAH" by Drs. Kasmuri Selamat..


KASIH DAN SAYANG SESAMA MANUSIA



Seorang wanita Muslimah yang telah menyedari tentang hukum-hukum agamanya dan telah melaksanakannya dalam kehidupan seharian, maka dengan sendirinya akan timbul dari lubuk hatinya kasih sayang dengan sesama manusia. Mata air rahmatnya sentiasa terpancar dari hatinya, kerana ia menyedari bahawasanya mengasihi hamba-hamba Allah yang berada di bumi menjadi sebab untuknya menerima rahmat dari langit.

Rasulullah SAW bersabda:


"Kasihanilah siapa yang di bumi supaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit"
(HR. Tabrani)




"Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak mengasihinya"

(HR. Tabrani)






"Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata: "Kami semua pengasih." Rasulullah kembali bersabda: "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seseorang akan sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi seluruhnya."

(HR. Tabrani)



Wahai ukhti Muslimah! Inilah dia kasih sayang yang menyeluruh, rahmat yamg meliputi semua manusia. Ini pula yang diletakkan oleh Islam dalam hati seorang muslim. Dengan demikian, masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang berkasih sayang antara satu dengan yang lain seperti kata peribahasa; "Cubit di kanan kiri pun terasa"


** Peace world!! No war!! **

No comments: