Monday, October 26, 2009

HANYA SETEMPAYAN AIR…


“Esok, setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara,” kata seorang penghulu dengan begitu bersemangat sekali dalam satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

“Tidak banyak, hanya semangkuk susu,” tambah penghulu itu lagi.

“Saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya,” jelasnya panjang lebar.

“Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan itu,” bisik hati seorang penduduk kampung.

“Kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. Hari pun gelap,” detik rasa seorang penduduk yang lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air!


MORAL:

Sikap “tidak apa”, lepas tangan dan curi tulang akan merosakkan semangat setia kawan dan keberkesanan satu regu kerja yang baik. Sikap pentingkan diri mudah berjangkit. “Feeling of God in you” ialah jawapan kepada anasir-anasir yang boleh merosakkan keikhlasan semasa kita bekerja dalam kumpulan.

*********************************************************************

Saya ada pengalaman macam ni. Lepas STPM (2005) dulu saya sempat kerja kat satu stesyen minyak ni. Dekat je dengan rumah saya. Saya buat dua kerja ketika itu. Pada waktu pagi kerja sebagai ‘pump girl’ dan malam jadi cashier kat Giant. Di pendekkan cerita, tahun baru Cina lime tu..Kerana sikap tidak apa dan lepas tangan oleh kawan sekerja, saya datang seperti biasa untuk chif pagi di stesyen minyak tersebut..

Ya Allah!! Semua gelap gelita! Saya jadi hairan sangat-sangat. Tauke ni tak buka business ke? Selalunya tak penah dia tutup. Kalau ada pape sekalipun, sure lah dia inform kat kami. Ummi still tunggu saya lepas subuh tu. Tak kan nak biar saya sorang2 kot! Bahaya! Dalam setengah jam kami tunggu. Say atry call tauke dan kawan sekerja. Lambat pulak angkatnyer..

Akhirnya panggilan saya berbalas. Kawan saya kata tauke buka lewat, kul 7 lebih (saya dah tak ingat kul berapa dia start sebenarnya). Bengang sangat2!! Kawan saya ni ingat saya tau..DIA SANGKA KAWAN LAIN DAH BAGITAU MULA KEJE LEWAT. Ya Allah!!! Geram sangat bila dengar jawapan dia yang macam tu..

Saya nekad tak nak datang dan saya marah sangta-sangat!! Marah dengan jawapan yang diberikan oleh kawan saya dan tauke saya sendiri. Marah juga kerana kecian kat ummi yang tunggu say alama tu. Then, bila dengar macam tuh, saya ajak ummi balik dan nekad jugak nak berhenti!!

Abah hairan nape saya balik. Saya explain elok-elok dan cakap tak nak keje dah!! (Saya ni ikut perangai abah. Tak puas hati saya luah habis!). Alhamdulillah abah faham dan abah pujuk saya. Ummi saya tak nak masuk campur dah. Ntah pukul bape ntah, tauke minyak tu call rumah say.a Dia suruh saya datang kerja. Tauke tu dengan abah dah kenal lama antara satu sama lain. Tapi saya tak nak. Pantang saya tak dimaklumkan awal-awal!! Itu yang saya tak puas hati.

Akhirnya, abah bawa saya kat stesyen minyak tu.. Ntah apa abah ndantauke tu bincang. Syaa memang tak cakap sampai sudah dengan kawan-kawan kerja saya yang lain..


Kenapa saya marah?
  1. Tak diberitahu kerja mula lewat!
  2. Jawapan yang diberi adalah “Saya ingat awak dah tahu”
  3. Kesian kat ummi sebab tunggu saya lama sangat..
Saya bukan tak amik tahu, tapi tak sangka jadi cam ni. Saya bandingkan kerja di Giant. Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun saya kerja kejap je tapi cara kerja meraka bagus. Mereka tahu saya buat dua kerja tapi still inform kat saya apa-apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan. Bukan seorang yang menyampaikan tapi ramai termasuk dengan ketua saya sekali. Saya puas hati =)

Pengalaman yang sungguh menarik!! Banyak perkara yang saya belajar. Tapi marah hendaklah pada tempatnya, jangan ikut sangat darah muda =)

6 comments:

Anonymous said...

menarik..
saya juga mempunyai sikap yg sama dan kadang2 keterlaluan..
susah jgk nak control..

Brilliant Marjan said...

Dah dewasa ni kena lebih peka n berhati-hati..
Hablu minnas ^_^

Ain said...

salam...rajin kumpul pengalamn kerja ek...janji kerja tu kerja yg halal tak kisah la kan... saya pun pernah melalui situasi cam2...memg geram tp nak buat camane...diorg igtkan kita dh tau...so, papepun selalu la ambil tau hal2 penting...

Unknown said...

banyak pengalaman dapat dari ujian2 tu. sabar ye!

Brilliant Marjan said...

to ain
wslm.alhamdulillah, dri pengalaman tu dapat mematangkan kita sbg manusia..yup,kt xleh harapkn org len gak!

Brilliant Marjan said...

to yobsumo
alhamdulillah..tnx *_*