Friday, October 30, 2009

IMAM SOLAT, PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI


Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai satu-satu cara yang halal untuk perhubungan di antara lelaki dan wanita selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia.

Sebelum berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana cirri-ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya samada pada sudut kefahaman agama, akhlak, kecantikan, harta dan keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : “seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya.” Manakala dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam Muslim : “Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah”.

Nabi s.a.w menyarankan kepada lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang lelaki sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam iaitu seorang yang bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : “Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini.”



Diingatkan kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah ‘cair’ dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan anda. Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh diibarat sebuah ‘negara kecil’. Suami adalah ibarat Perdana Menteri dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang ‘Perdana Menteri’ yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu dalam memilih lelaki yang bakal menjadi pemimpin dalam sebuah ‘negara kecil’ anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat bacaan kuat (subuh, maghrib dan isyak) kerana pada solat yang bacaan jahr (kuat) ini pelbagai perkara yang dapat dinilai terhadap diri seseorang lelaki. Pertama, pada sudut kepimpinan dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan solat (diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah. Kebanyakan lelaki ‘takut’ untuk mengimamkan solat yang Jahr (subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al Quran. Ramai dikalangan lelaki yang ‘penakut’ ini lebih sanggup untuk menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya dengan ’tiltle’ seorang imam. Kita semua tanpa mengira lelaki atau perempuan sudah tentu menginginkan pasangan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. Adalah diingatkan, janganlah terlalu memilih dan mencari yang terbaik sebaliknya jadikan diri kita dahulu seorang yang baik, berakhlak mulia dan soleh atau solehah kerana Allah telah menjanjikan yang baik adalah untuk mereka yang baik.

Jangan terpedaya dengan kecantikan atau ke’handsome’man semata-mata kerana cantik atau tampan seseorang tidak akan kekal hingga ke akhirnya. Nanti kalau uban dan berterabur, pipi dah kendur, gigi pun sudah gugur, mata dah kabur dan berjalan pun hampir nak tersungkur hilanglah segala kecantikan dan ketampanan yang ada. Begitu juga dengan keturunan dan harta yang tidak akan kekal selamanya. Pilih yang beragama serta berakhlak mulia kerana akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga.”

Nota: Eskandar Subki Albanjari

Kredit : 
http://www.jejariaccess.com/blog/


********************************************************

"Sesunggunya solat itu tiang agama. Jika dia menjaga solatnya maka dia juga faham tuntutan sebagai muslim dalam mencari redha Allah. Bila pilih lelaki yg menjaga solatnya, nescaya hidup kita dalam aman dan damai. Tetapi ingat! Sebagai wanita, solehahkan diri anda  (termasuk saya) dahulu sebelum mengimpikan lelaki soleh"

7 comments:

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam perkenalan.

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm hajah..salam perkenalan juga dari sy..

Brilliant Marjan@اداويه said...
This comment has been removed by the author.
p.u.j.a.a.n.s.e.7.e.n™ said...

berapa ramai lelaki yg berani menjadi imam solat?

http://nasirdamanhour.blogspot.com/2009/10/pesanan-yang-kian-dilupakan.html

Anak Gemilang said...

semoga diri ini.. bertemua dengan org seperti itu.. amin..

lanun said...

risau juga... bolehakah aku ni menjadi suami yang memimpin isteri...

ape2pun pada kaum adam.. usaha yang terbaik.. yang penting niat kita berumah tangga...

kalu kerana nafsu semata-mata..akan hancur..

kalu tak pandai jadi imam.. belajarlah dari sekrang.. usaha perbaiki diri dari sekarang..

tq marjan 4 d article.. gudjob..

Brilliant Marjan@اداويه said...

to pujaan 7:
syukran jazilan..saling pesan memesan..

to ora @ anak gemilang:
sebelum menimpikan lelaki soleh..diri kita kena solehah dulu ^_^

to lanun *_^:
ur most welcome..berat t'jawab laki ni...cz bila dah berkeluarga t, dia yg kena soal atas tindakan ahli keluarganya..jadi persiapkan diri anda dari skang...
jangan dok suka saja..smua hal kena amik kira...