Wednesday, December 23, 2009

"IMAN, KAMU CUTI HARI INI?"

Iman: Assalamualaikum.

Diri: Wa'alaikummusslam. Oh Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman: Apa pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri: Oh ye, lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut pulak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman: Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan saya dari En. Nafsu?

Diri: Eh, tak boleh. Saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.

Diri: Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.

Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syariat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.

Diri: Saya rasa serba salah la pula.

Iman: Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat En. Nafsu, bos.

Diri: Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, En. Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t) sebagai muttaqin.



Kitalah bos kepada diri sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri kita, makan minum, pakaian pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

**********************************************

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

Nasyid: Raihan

No comments: