Monday, December 21, 2009

KAU BUKAN MILIK KU BEGITU JUGA AKU BUKAN MILIK MU

Salam semua…


Sekadar berkongsi apa yang saya terbaca dalam facebook seorang sahabat di mana beliau telah mengambilnya dari blog sahabat lain.. http://kembarafirdausi2.blogspot.com

***************************************************

Salama'alaykum. Em, tadi ana ziarah la friendster seorang sahabat. Terjumpa satu sajak. Sajak, yang memang boleh digunakan untuk remaja zaman sekarang. Tatkala membuka profile kawan-kawan, tidak kira la myspce, mahu pun friendster, ataupun tagged, facebook, selalu sahaja terlihat, profile si dara, mahu pun teruna, meletakkan gambar-gambar kekasih hati pujaannya. [Maaf, ana ni memeang suka memerhati, lagipun segala profile2 memang dibuka untuk dilihat umum kan?] Bukan itu saja, malah ada yang menulis kata-kata yang membuatkan hati sempat beristighfar dengan tulisan-tulisan tersebut. Ada yang menulis "Dia aku punya sampai mati!". Wah, tiada ikatan apa-apa, sudah saling milik-memiliki?? hm, sahabat-sahibahku sekalian, sedarlah, kita tidak pernah miliki, selain yang empunya itu, Allah yang Esa.. terimalah...

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Kata seorang sahabat:
"Bila sayang kepada seseorang, simpanlah sedikit kebencian,
kerana manusia boleh berubah sekelip mata,
dan bila benci kepada seseorang,
simpanlah sedikit sayang kerana Allah lebih mengetahui.."

Maaf jika ada yang terasa hati, tidak terniat untuk menganiaya mana-mana sahabat, hanya untuk beri peringatan kepada diri, dan juga kepada antum, agar kita tidak melebihkan sesuatu perkara, agar kita tahu, yang kita tidak pernah memiliki, yang milik hanyalah Dia.. :)

Wallahu Ta'ala 'Alam, ada kesalahan, harap ditegur dengan hikamah.. wassalam..

**************************************************

Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada tiga perkara yang mampu mendatangkan manisnya iman, iaitu; Mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta pada yang lain, mencintai sesorang hanya kerana Allah, dan tidak ingin kembali pada kekafiran, sebagaimana dia tidak ingin dilemparkan ke dalam api neraka” (HR. Bukhari-Muslim)

4 comments:

Admin said...

nice post, i like it...
ya, kita semua milik Dia!!
biarlah menyatupun krn Dia =D

zuwairiaiman said...

menarik article ni.. keep up the good work... i support you

Anonymous said...

cinta dan keinginan untuk memiliki adalah 2 perkara yang berbeza..

Brilliant Marjan said...

ahsfantasy24 >>

sharing is caring,
caring is loving...peace ❤

zuwairiaiman >>

terima kasih :).sila datang lagi..mane yg baik di ikuti,mana yg xbaik tegur2la diri ini..

zahora>>

biarlah semuanya kerana DIA, pemilik segalanya..tq ora :D