Sunday, December 13, 2009

$ MOTIVASI $

“Orang yang berjaya sebenarnya dulu orang susah. Dia berjaya sebab dia sanggup bersusah-susah, bangkit dari kesusahan hidup dan dia juga tak pernah suka untuk menyusahkan orang.”

Jika Anda teliti orang-orang kita yang berjaya, mereka sebenarnya dulu orang biasa, bahkan ada di antara mereka yang susah. Tapi berkat kerajinan, fokus dan kejituan matlamat, mereka berjaya bangkit dari kesusahan. Kebanyakan daripada mereka mempunyai satu persamaan – tak suka menyusahkan orang kerana mereka lebih suka berdikari. Takkan ada orang berjaya yang dapat mencapai kejayaan kerana menyuruh orang lain bekerja keras untuk dirinya.

Jika Anda suka berdikari bahkan memilih untuk menjadi orang yang berdikari, Anda ada ciri-ciri orang berjaya. Maknanya, Anda ada potensi untuk berjaya! Gilap potensi itu dengan rajin menggali ilmu, rajin berusaha dan terus menerus berusaha sehingga kejayaan benar-benar dapat dicapai. Kesusahan amat baik untuk diri kita sebenarnya apabila dipandang dari sudut positif.

Kesusahan mengajar kita erti kerja keras, sikap tak mudah mengalah dan ketekunan berusaha. Sesiapa saja yang menggabungkan elemen-elemen tu, sudah pasti menjadi orang berjaya. Bila Anda sudah bulatkan tekad mahu jadi orang berjaya, maka sediakan diri anda untuk bekerja keras, tak mudah mengalah kemudian tekun berusaha. Ingat 3 perkataan ini – usaha, usaha, usaha!

Sumber: iMotivasi

No comments: