Friday, January 22, 2010

BUKTI LOGIK DAN AL- QURAN TENTANG KEWUJUDAN ALLAH S.W.T

Salam semua…


Apa khabar semua? Harap sihat belaka ae..Cuaca sekarang memang tak menentu..Ahli rumah saya pun ada yang tak berapa sihat termasuk diri ini..Opps..sebelum terlupa, saya nak ucapkan tahniah buat sahabat blogger saya yang paling saya kasihi iaitu Lady Ell. Dia dah selamat melahirkan anak yang ke-4. Syukur semuanya selamat..Saya tumpang gembira =)


Sekarang ni masih lagi hangat dengan isu larangan penggunaan nama Allah untuk digunakan oleh orang Kristian. Saya tak mau ulas isu tersebut, ia memang jelas dalam surah Al-Ikhlas bahawa Allah itu Esa; tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada satu ciptaan pun yang mampu menandingi kekuasaan Allah s.w.t.


Berbalik pada tajuk entri di atas, mungkin ada segelintir yang masih lagi berfikiran lemah tentang wujudnya Allah s.w.t. Ini biasa terjadi bagi mereka yang kurang bimbingan agama tambahan pula banyak unsur-unsur negatif yang mendorong mereka untuk tidak mengakuinya..Biasanya anak-anak muda yang mudah terikut dengan pengaruh luar yang mengakibatkan mereka berpaling dari mempercayai wujudnya Allah s.w.t. Saya penah mengalami situasi ini di sini. Berhadapan dengan remaja yang sebegini memang menguji kesabaran saya apatah lagi saya bukanlah beraliran agama (setakat sekolah agama sampai form 3 tak cukup) tapi itulah realitinya kita yang bergelar khalifah. Membantu setakat yang mampu saja..




Malas nak celoteh panjang, jom kita lihat kisah ini..Semoga ianya membantu kita mendidik jiwa-jiwa insan yang memerlukan pertolongan dan juga iktibar buat diri kita sendiri..


* Suatu hari Jaafar Al-Siddiq telah didatangi oleh seorang lelaki ateis bernama Daeshani. Selepas lelaki ateis itu berhujah tentang penafiannya terhadap kewujudan Allah, Jaafar Al-Siddiq pun membalasnya dengan berkata, “Tahukah kamu, telur ini disimpan di dalam kulit yang tebal, di dalam dinding tebal ini pula terdapat kulit yang sangat nipis. Di dalam kulit ini terdapat dua cairan kental berwarna kuning dan putih yang tidak akan bercampur sama sekali. Tidak ada sesuatu yang keluar dari telur itu yang memberitahu sama ada baik atau tidak keadaan cairan tersebut, dan kita pun tidak tahu apakah ia akan menjadi ayam jantan atau betina. Apakah kamu fikir, tidak ada yang mengatur semua ini?”


Mendengar kata-kata Jaafar Al-Siddiq itu, Daeshani pun terus mengucap syahadah dan beriman kepada Allah.


* Masyarakat Arab Badwi mengiaskan perkara itu dengan berkata, “Najis haiwan menunjukkan adanya haiwan, jejak kaki menunjukkan adanya orang melintas. Kalau begitu, bagaimana halnya dengan langit dan bintang-bintangnya, bumi dengan samuderanya, bukankah semua itu menunjukkan adanya Pencipta Yang Maha Mengetahui?”


* “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, bahtera-bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna kepada manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan (suburkan) bumi sesudah mati (kering)-nya, berkeliaran di atasnya tiap-tiap yang melata, angin yang bertiupan dan awan yang terbentang antara langit dan bumi: (pada semua itu) sungguh terdapat ayat-ayat bagi kaum yang berakal” ( Surah Al-Baqarah: ayat 164)


* “Apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?” (Surah Al-Ghasyiah: ayat 17-20)


* “Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur” (Surah An-Nahl:ayat 14)

#################################################


Sebenarnya ada banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan kewujudan Allah s.w.t. Tapi apa-apa pun, hendaklah kita memiliki ilmu dan bertanya kepada yang lebih arif..Paling penting, iman kita kena kukuh dan jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba nak merosakkan akidah..


Learning without thinking is useless, Thinking without learning is dangerous - Confucius

"Bahawasanya kita,
TIDAK akan beribadah MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan bertawakal MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan meminta MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengharap MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengagungkan MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan beribadah kepada Allah MELAINKAN apa yang
Allah kehendaki dan diajar oleh rasul."

No comments: