Saturday, January 9, 2010

CERITERA PENAWAR

Salam semua..

Lama rasanya tak menulis dalam blog ni..sawang pun cam banyak dah. Terima kasih buat pengujung yang rajin datang ke sini. Saya dah jarang nak update blog lepas ni. Jika sempat saya singgah blog anda semua ae..Masa yang ada begitu mencemburui, study lagi n line broadband yang sekejap hidup dah mati tu..haila, cukup memberi tekanan buat saya. Ada sape2 leh tolong saya bagi idea untuk tajuk tesis saya tak? Tapi kena sesuai dengan MBA MUAMALAH la..cadangan tajuk lain yang dirasakan sesuai pun ok juga..

Boleh dikatakan minggu yang saya lalui ni sama sibuk dengan kemasukan budak sekolah gamaknya. Ibu bapa yang ada anak bersekolah sibuk uruskan ank2, menghantar ank2, dan macam2 hal lagi..huhu..Saya pula life sebagai student MBA. Dengan presentation yang tak berapa best, saya dah frust cam tak ingat dunia seketika..Mujur sempat sedar dan bangkit kembali..Tak pa, lain hari, saya boleh cuba lebih baik lagi..biar bukak sikit mata orang yang berlagak sangat tuh...Geram betul!!!

Minggu ni jugak, jadual tidur saya dah jadi tak teratur..bertambah pening kepala saya..roommate saya hairan seketika..Bayangkan tidur 3jam je..tapi boleh tahan lagi dan mata tu dah macam orang yang tak bermata pula..Huhuhu..makin rabun la saya lepas ni..

Tapi alhamdulillah, lepas je kelas accounting khamis baru ni, saya dah rasa lapang sikit..boleh lah ganti tidur..tup tup..roommate a.k.a classmate saya ni ajak keluar pergi Putrajaya..adoi..hati cam berat tapi kalau tak keluar saya tak kenal pulak kwn2 baru saya ni..rugi nanti..Lepas maghrib, saya tunggu gak sampai tertidur dibuatnya...Punyalah naik tocang Si Aini, roommate saya, bagi msg n call..sy tak dengar..last2 dia naik rumah kami n jerit panggil saya.."Kak Ada!! ko tidur rupanya.."

Apalagi..cam robot saya bangun..huhu. Saya dah tunngu diaorang ni lama gak..tapi nak wat cam ne..Dengan muka senyum kelat n gelak toya tu, saya turun bawah naik kereta Kak Niza.. Kami pergi berempat je, termasuk Kak Katy. Rupa-rupanya, dia nak tengok cerita Sang Pari2..Adoi.. Saya pun ikut jela..Dalam otak dok fikir, cite apa ntah..cam tak best je..

Dalam perjalanan tu, sempat gak sambung tidur. Saya ni bukan kaki tidur tau tap sebab tak cukup tidur terpaksa la jadi cam tu. Saya ni pulak jenis tak banyak cakap just dengar la dorg nyanyi bagi hilangkan tension tu. Macam2 lagu dorg nyanyi tapi lagu rock kapak la. Masalahnya banyak yang saya tak pernah dengar. Ni la 1st time, saya keluar dengan Aini, Kak Niza n Kak Katy, tengok wayang, nyanyi kuat2 dalam kereta..

Sebenarnya, best sangat movie Sang Pari2 ni..Lawak dia sengal2 ubi gak. Lakonan Que Haidar sebag ai Sa'adon dan Liyana Jasmay sebagai Pari. Saya boleh gelak besar tengok lakonan dorg. Habis sifat santun hilang. Memang enjoy la tengok cite ni..Tak yah lah saya story cite ni panjang2..Korang boleh tengok sendiri nanti..Itupun kalau korang layan cite tempatan la...

Dah tak ada idea nak kongsi dah...Mata ni dah ngantok. Cuma nak tambah, saya kena saman...wawawawawawawwawawawawwa....Saya saman guard tu nanti..huhuhuhu

~HAPUSKAN AMALAN RASUAH~

2 comments:

Frodo Baggins said...

hidup pak guard!!!

>>_______<<

Brilliant Marjan@اداويه said...

frodo sokong pak guard ke?ala...cam ni payah la sy nk komen lebih2..hoho