Sunday, January 17, 2010

.:: DOSA YANG BERERTI ::.

Salam semua…

Semoga anda ceria pada hari ini..Apa aktiviti anda pada hujung minggu ni? Mesti ada yang pergi berjalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan kan? Saya tak ke mana-mana pun. Cuti sem saya ni hanya di isi dengan menyiapkan assignment yang diberikan penyarah dan mengulangkaji pelajaran..

Walaupun nampak best je amik master (pendapat kawan-kawan saya la) tapi otak ni kena banyak berfikir.. Nak masukkan isi yang bernas dan cari topic yang sesuai tuk tesis dan perbincangan. Sangat memeningkan. Umi, jom pergi berlibur!! (Aku sorang je cuti..tak bestnya)

Berbalik pada topik asal, manusia dijadikan dengan sangat unik dan sangat sempurna diantara kejadian yang ada di bumi ni. Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak lepas dari melakukan kesilapan akibat kelalaian dan kealpaan kita kerana godaan nafsu dan sebagainya.


***************************************************



Manusia hakikatnya tempat segala dosa. Pada dirinya, berkumpul berbagai kekurangan dan kelemahan. Dalam jiwanya, bersemayam kekhilafan dan kealpaan hingga tercipta dosa yang membuat ia berjarak pada Khaliknya.

Akan tetapi, ada kalanya dosa membuat manusia dekat pada ALLAH. Dosa yang membuat pelakunya semakin mengenal dan mencintai ALLAH. Dosa yang digariskan oleh ALLAH sebagai penunjuk jalan agar ia sedar dan mendekati diri-Nya.

Ada tiga dosa yang dapat membuat seseorang menyedari hakikat dan kekerdilan diri sebagai hamba ALLAH.

Pertama, dosa yang tidak diingini. Dosa yang diperbuat, kerana kealpaan semata. Saat melakukan perbuatan yang berbuah dosa itu, tidaklah direncanakan. Ia tercipta kerana kekhilafan bukan kebiasaan.

Kedua, dosa yang menimbulkan rasa tidak nyaman. Dosa yang dilakukan, meninggalkan bekas yang membuat galau hati. Rasa yang menyebabkan pelakunya dihantui rasa bersalah di setiap detik hidupnya. Ia sama sekali tidak menikmati dosa-dosa yang dilakukan.

Dan ketiga, dosa yang membuat seseorang menjadi tersungkur pada ALLAH. Cirinya, ia menyesal saat menyedari dosa yang telah diperbuat, dan taubat memohon ampunan ALLAH.

Yakinlah bahawa seseorang boleh tergelincir ke perbuatan dosa kerana berkurangnya perlindungan dari ALLAH. Kerananya, jangan pernah putus harapan ketika menyedari besarnya dosa yang telah diperbuat. Jangan pernah sedikit pun meragukan kasih sayang ALLAH. Bahkan seseorang akan ‘benar-benar’ berdosa bila meyakini dosanya tidak terampuni. Sebab ia meragukan ALLAH sebagai Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Begitu juga, jangan pernah memandang rendah orang yang berdosa namun bertaubat kerananya. Lebih mulia seseorang yang bertaubat akan dosa yang ia lakukan daripada mereka yang menyombongkan dirinya dan merasa aman dengan berbagai amal yang ia lakukan.

Yang penting bukanlah membanggakan diri sebagai manusia tanpa dosa, tetapi bagaimana membuat hanya ALLAH di hati, meskipun beribu dosa menyesaki!


***************************************************




~ Aku juga insan yang tak lepas dari melakukan dosa sama ada secara nyata ataupun tidak.. Buat para pengunjung blog ini, andai aku pernah melakukan kesilapan kepada kalian, maafkanlah diriku yang hina ini..Halalkan apa jua yang telah aku terambil..


~ Aku nak berjaya dengan aman dan tenang tanpa hasad dengki..Amin

2 comments:

Brilliant Marjan said...

terima kasih dgn peringatan tu..

kesilapn yg dah b'laku tak perlu diulang lg..taubat nasuha..

Faarihin said...

saya pun sama.. kadang2 tak perasan akan dosa2 yg dilakukan itu.. moga Allah sentiasa memberi saya peluang untuk bertaubat kepadaNYA..

good luck kak marjan.. semoga berjaya dalam pelajaran akak..