Thursday, January 28, 2010

JAMUAN MAKAN TOK GURU

(gambar hiasan)

SEORANG Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.


Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan; orang kaya, orang berpangkat dan ternama mendapat keutamaan. Tok Guru dipinggirkan.


Menyedari sikap “pilih bulu” tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan gemerlapan.


Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah.


Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-lauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaian yang mahal-mahal itu.


“Mengapa?” Tanya orang ramai.


Tok Guru menjawab, “Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!”


PENGAJARAN: Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri. Dan inilah syarat utama untuk Berjaya dalam hidup.


Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada di dalam diri.


~ Suka saya berkata, saya hormatkan semua pandangan yang ada..apatah lagi pandangan yang membina..Tapi saya tetap sayangkan diri saya kerana kita yang diamanahkan untuk menjaga dan menyayangi diri kita sendiri..saya tak kesah tentang pandangan orang terhadap saya, tapi saya tetap ambil nasihat yang diberi untuk memperbaiki diri..Cuma nilailah orang secara jujur..kenali dirinya dahulu sebelum sesedap rasa nak pandang serong dan anggap diri tu baik dan sempurna..


~ “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-hata kamu tapi Allah melihat hati dan perbuatanmu.” (H.R. Muslim).



2 comments:

Faarihin said...

salam kak..
entri yang bagus tentang harga diri..
pandangan diri sendiri lebih penting dari orang lain..

Brilliant Marjan said...

wslm faarihin...

itu yang sebaiknya..kita kena positif pada diri kita sendiri dulu..bila kita ada harga diri yang tinggi, orang lain tak kan sewenang-wenang nak jatuhkan kita..lagi2 bila kita ada ilmu..ilmu membuatkan nilaian kita semakin tinggi dan kita ada keyakinan untuk melawan balik dan mempertahankan hak kita..tapi biarlah dengan cara berhikmah dan bijaksana..(^_^)