Friday, January 29, 2010

❤ LOVE COME SLOWLY...

Menarik kan tajuk entri kali nie..Tapi aku bukan cakap pasal movie yang disiarkan dalam hallmark tu tau..Tajuk je sama..Erm, kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu, “CINTA DATANG PERLAHAN-LAHAN”. Aku sudah jatuh chenta??hehehe..Tapi pada siapa?? Korang dapat teka ke isi hatiku ini? Yup!! Memang aku telah jatuh chenta..Aku mula sukakanya..

Biar aku mulakan dengan perihal diriku dahulu. Memandangkan aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan ramai lelaki, sikap ku ini banyak dipengaruhi ciri-ciri kelelakian ketika kecil..opps, jangan fikir lain ye. Hanya sikapku sahaja yang seperti budak lelaki. Kawan dengan lelaki dan perangai macam lelaki. Rambut aku ni kontot je sejak kecil. Tapi permainan budak-budak perempuan, aku bantai main juga!

Tapi semakin meningkat remaja, aku sedar yang aku tak boleh selamanya berperangai seperti lelaki dan macam-macam lagi. So, seiring itu juga aku mula berubah lebih lembut sikit (boleh caya ke??woha..not totally k). Walauapapun, aku tetap aku...


Dulu, aku selalu mengatakan yang memasak ini hanya untuk budak perempuan sahaja (tak sedar diri tu ke cik Marjan??awak perempuan kan??aipp..dulu kecik apa tau..hahaha). Tapi sebagai anak sulung yang baik hati, aku tetap ke dapur juga bantu mana yang mampu ketika itu. Tak silap aku, ketika darjah 4, jari manis dan jari hantu aku ni pernah masuk minyak panas ketika membuat jemput-jemput. Leka berangan ke apa ntah!! Aku memang rajin tolong ummi kat dapur walau mulut ni bebel kata memasak hanya untuk budak perempuan. Lawak kan??hahaha

Aku memang allergic betul bila sentuh bab memasak ni. Tak tau sebab apa tapi aku boleh memasak dengan baik tau. Start masak lauk special masa form 2 ketika bulan puasa. Time tu, ummi jaga periksa, so, untuk ringankan beban ummi, aku memasak..Ummi aku tak ajar pun, tapi aku tengok buku resepi yang ummi beli dan sejak itu, aku boleh masak hidangan yang menyelerakan..hahaha..Tapi still tabiat pelik dengan membebel benci memasak dan memasak untuk perempuan..Adoi..parah-parah..

Sebenarnya, aku pun still benci kasut tumit tinggi, make up dan handbag yang banyak digayakan oleh kaum hawa..Kawan-kawan pernah tegur, “Ada, kau kan perempuan juga, satu hari nanti, kau mesti pakai dan guna macam tu juga”, “cubalah sopan macam si polan ni, ayu je dengan lemah lembut cam tu”, “Ada, kenapa tak pakai beg tangan?”, “Ada, kenapa pakai beg sekolah ni, sandal je..bla bla bla”..

Woi..busan la dengar ayat korang ni. Tak de ayat lagi mencabar ke? Cuba la kata “Wah, smart la kau dengan selebet ni” atau “Ada, ko nampak macho la tanpa palitan tiruan ni. Baru rock!!” Ada ke yang nak cakap cam tu kat aku?? Tapi kan seingat aku, sorang kawan aku ni pernah kata “Hah, macam nilah Adawiah yang aku kenal..Ko sama cam dulu lagi..Kekalkan sifat muslimah tu..”..Orang ni tak hentam pun aku dengan hal pelik-pelik yang buat aku sakit telinga..Aku cuma tak pakai handbag, tak makeup, tak macam girlish lah katakan, pun kena marah ke???? Salah ae? Aku tak kutuk orang pun. Aku suka gak kaum hawa yang pandai berdandan ni tapi biarlah dandan untuk yag sah. Itu lagi aku tabik spring la kat korang.


OK, berbalik pada LOVE COME SLOWLY, korang dapat teka apa yang buat aku jatuh chenta? (jatuh cinta lagi…lagi2 ku jatuh cinta..ikut nyanyi cam Matta Band ae). Dapat teka tak?? Yahoo..Aku suka memasak!! Sangat best memasak ni..Walaupun mulut bising ketika kecil dulu tapi semulajadi aku ni dah ada bakat memasak tu cuma ada lagi yang aku tak korek dalam diri aku ni..Aku memang dah jatuh hati la dengan masak lemak daging salai, spaghetti bolognese, char kueh tiaw dll..

Aku pun suka makan dan menikmati makanan dengan tekunnya. Kadang boleh tahu bahan apa yang diletakkan. Aku tak cerewet bab makan ni. Makan asalkan halal dan rezeki aku pada hari itu. Makan juga adalah untuk menyambung kelansungan hidup ae..bukan tujuan hidup untuk makan sahaja..Banyak lagi aku nak fikir tau..

Aku cadang nak belajar masak sebenarnya untuk menajamkan skill aku ni dan nak makan banyak-banyak...hahaha. Memasak secara professional ni boleh mendatangkan keuntungan.. Aku nak masak sendiri bila kenduri aku tiba nanti..Best kan?? Aku jeles betul bila dengan Kak Faezah, masak lauk mewah, namanya masak kapitan (tak silap aku lah..) untuk kenduri kahwin dia dulu. Sebelum kahwin, hubby dia hantar pergi kursus masakan selama 6 bulan tau..sponsor lagi..Aku sangat jeles maaaa…Ada tak laki yang nak sponsor duit dia suruh aku belajar masak dan dalami ilmu masakan??

Memang aku belajar bab-bab business ni, so, itu pasal aku nak ceburi bidang masakan sebab kalau ekonomi meleset sekalipun, bidang makanan ni, tak pernah kering la. Ada je orang yang nak makan kan?? Tapi wajib kreatif, efficient dan effective la bila buat business makanan ni..Setuju?? Dan paling penting halal dan kerja sendiri ae..Tak mau makan gaji..Tapi apa-apa pun aku kena study MBA sampai habis..Berangan boleh tapi aku mesti ada visi untuk mencapai impian aku tu..Semoga ianya termakbul..ameen

~ Aku suka lelaki pandai masak sebab aku nak dia sama-sama tolong aku memasak dan menjana pendapatan dengan hasil sendiri. Dia juga mesti rajin. Sweet je masak ngan suami sendiri..(oohh..aku berangan lagi..)

10 comments:

LaNuNsepet said...

he3.. insyaAllah...

zul tolg carik kan...

Brilliant Marjan@اداويه said...

hehehe..cari yang kaya tau..

~gurau2 hilangkan stress

N.A.Y said...

salam kak marjan..

terima ksh lawat blog sy

wa akak pndai masak...

bihun kungfu satu!

he

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm n.a.y...

sama-sama dik..=)

ok2..boleh buat..t akk dah buka restoren jgn lupa dtg...

~doakn impian akk b'jaya.ameen ^_^

UkhTi_ ATiRaH said...

Salam ya ukhti..

Aiwah..suka masak ea..Emh, mmg agak sama peribadi kita dan kisah kita ea. Saya pun dikelilingi dengan adek beradik laki, dan bila dah keliling laki, mmg agak boyish sikit masa zaman remaja. Pernah eksiden patah riuk, datang kuliah, kawan2 semua risau, saya balas, "Aku kan macho, tak macho ar duduk bilik pasal luka sikit ni je.."..Hahaha..tak sedar diri ni namanya...Hi3..

Semoga ukhti berjaya dalam lapangan yg ukhti idamkan..(",)

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm atirah..

saya pulak lebam time sparring teakwondo..t'hinjut-hinjut dtg sekolah esoknya..kwn2 pun risau..saya jawap "nilah, adawiah kalau nak tau.."

~ameen.syukran ya ukhti atirah. =)

mizaranun said...

Salam....

Ehmm belajar masak ye..elok le tu org pompuan pandai masak...dh kawen nati suami lg sayang...hihihi

Bazzstary said...

wah..tgk gamba pon tawu sedaap~

nt amiklaa award kt blok kite ea?

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm mizaranum..

tq =)

Brilliant Marjan@اداويه said...

tq bazz

~bazz pn pandai masakkn??hehehe..ank sulong ni wajib la kena masak..xtlg kena marah t