Sunday, January 31, 2010

~ CERITA DARI HATI ~


Karya: Nurul Nazwa
Sinopsis novel: 

Aisya Humaira, seorang gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahankan agama dalam dirinya biarpun hidup di zaman penuh arus globalisasi. Berpegang pada prinsip La illah haillallah, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya.

Hinggalah satu ketika Aisya Humaira sendiri di uji Allah. Aisya Humaira terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta Allah, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-Nya. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan dari oleh-Nya. Sehingga dia merasakan ujian Allah padanya telah melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.

******************************************************

Saat tetamu sepi mengetuk hati,

Ada satu kekosongan dirasai,

Jiwa kontang mulai menagih kasih simpati,

Pada insan yang menjual harga diri,

Demi mendamba cinta palsu yang hakiki,

Jauh dari kasih-Nya yang abadi.

Wahai jiwa yang kontang,

Inilah iman yang gersang..

Membuat hati sentiasa walang,

Merindui tuhan memberikan petunjuk,

Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,

Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,

Agar cinta yang didambakan beralih bentuk,

Dalam hati subur mewangi,

Kasihnya Allah tiada bertepi,

Inilah cinta yang kucari selama ini,

Doa harapan ku ukir setiap hari,

Agar berkekalan cinta dihati..

****************************************************

Demi ukhuwah....demi agama...demi Islam...segaa rintangan sanggup dilalui....

Cinta Allah yang dipegangnya selama ini telah membawanya kepada cinta manusia yang turut mencintai diri-Nya

~ Jangan ketinggalan untuk memilikinya..Banyak ayat al-Quran sebagai peringatan dalam novel ni...

5 comments:

mizaranun said...

Salam...

Mcm best jer...nati nk pi cari kt kedai...layannnN! (^_^)

Frodo Baggins said...

dah lama x baca novel
tp sinopsis cam menarik
islamik ..

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm mizaranum..

insyaAllah..kepuasan terjamin..hehehe =)

Brilliant Marjan@اداويه said...

baca jgn xbaca mr. frodo..insyaAllah memenuhi citarasa anda..

~byk tau novel islamic ni..mcm khalifah cinta, warkah cinta berbau syurga,syabab,tautan hati dll lagi..bukan tentang cinta je tp tentang freemason+perbandingan agama dlm khalifah cinta..

~semuanya menarik..membawa kepada kita berfikir yg dunia ni luas dan byk perkara yg kita terlepas pandang..

Faarihin said...

Salam kak.. buku yang nampak menarik ni.. dah lama tak baca novel.. tak sabar nak baca. akak buku tu terbitan ape? ras nak tunggu masa pesta bukulah nanti.. hehehe.. (^__^)

p/s: terima kasih kak.. segala nasihat dan teguran amat saya hargai.. (^__^)