Dianjurkan menucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadith Anas disebut bahawa: "Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali." (Riwayat al-Bukhari)
Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
- Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
- Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
- Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
- Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
- Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
- Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
- Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
- Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
- Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam,maka jawablah: "Wa'alaikum."
- Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
- Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
- Jangan memberi salam dengan syarat kecuali andai ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
- Digalakkan berjabat tangan, kecuali wanita atau lelaki yang bukan mahram.
- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
~ Merapatkan jurang antara yang kaya dan miskin
~ Mengelakkan rasa takbur dalam diri..
~ Menambah ramai kenalan...
3 comments:
Assalamu'alaikum...
alhamdulillah..perkongsian yg baik. =)
wa'alaikumsalam....
terima kasih ye..
sharing is caring...^_^
salam...
oh, betulkah klu bongkok semase salam itu haram...klu cam budaye jepun tuh camne plak ek.?sye dh lame t'pk...
Post a Comment