Wednesday, February 24, 2010

~HARGA SEBUAH KEMENANGAN~

Salam waktu dhuha buat saudara-saudari ku sekalian..Mari tunaikan solat dhuha!!

Waktu yang ada ini membuatkan saya semakin takut untuk menghadapi di saat akhir nanti. Banyak yang berlegar-legar di kotak minda saya. Bukan takut menghadapi kematian (mati itu pasti, amalan belum cukup mendampingi) tapi takut menghadapi karenah manusia apatah lagi takut menghadapi harapan kedua orang tuaku yang susah payah membesarkan diriku..

Adakalanya niat dan iman yang ada sentiasa berubah mengikut keadaan. Itulah aku, insan yang sangat hina di mata Tuhan. Manusia ni sentiasa perlu disedarkan kerana mudah sangat kita menjadi alpa dan leka. Aku juga tidak terkecuali. Rasa sesak dengan apa yang terjadi di sekelilingku..

Sesi semester satu untuk MBA ni, makin mencemburui...Assignment masih lagi belum diselesaikan...Aku sangat risau!!!!

Sempat aku menjejaki blog-blog dan laman-laman yang mempunyai ilmu yang tak ternilai. Sebagai menaikkan semangatku, aku ingin berkongsi juga dengan kalian...


"Harga Kemenangan"
  
Saban hari kita memburu kemenangan
Meniti sebuah jalan perjuangan
Bercerita soal taqwa dan iman
Membina segala macam kekuatan
Mencipta segala bentuk kehebatan

Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti
Ia mendatangi setelah ia didatangi
Jika ada yang menang akan ada yang kalah
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah
Kerana ia kekal dalam alam yang menanti
Bagi mereka yang mencari

Jika kita yang miliki kemenangan
Untuk apa ditakuti kegagalan?
Untuk apa dirisaukan kekalahan?
Bahkan kita mengharapkan akan turunnya bantuan
Berupa sebuah kemenangan
Bererti ia milik Pemilik alam maya
Ia milik Yang Memiliki Kekuasaan

Harganya luar biasa
Kerana nilainya tidak terbanding
Usaha kita hari ini belum tentu
Menjamin kemenangan hari esok
Kerana ia milikNya.

No comments: