Tuesday, February 16, 2010

PHOBIA & ANXIETY DISORDER


Pernahkah anda semua mendengar ayat di atas? Dalam bahasa mudahnya FOBIA. Pernahkah anda mengalaminya sendiri atau ada di antara ahli keluarga dan kenalan rapat mengalaminya? Fobia yang tidak di kawal akan mengakibatkan  kita merasa sesak nafas, berpeluh-peluh, nak termuntah dan macam-macam lagi symptom yang berlaku.

Bagi sesetengah orang, ia dianggap perkara remeh dan tak masuk akal tetapi bagi yang mengalaminya merasakan ia suatu yang sangat menggerunkan mereka. Sebagai contoh, takut kepada binatang dan serangga seperti kucing, anjing, tikus, katak, ulat bulu, lipan dan sebagainya. Ada juga yang takut kepada persekitaran yang sempit, tak berudara dan kotor. Jangan terkejut juga sekiranya ada antara rakan anda yang takutkan semua bentuk bunyi-bunyian seperti muzik, angin dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga segelintir dari kita yang takut untuk berjumpa doktor dan mendapat suntikan. Dan jangan tak tahu pula, ketakutan dan fobia ini boleh berlaku pada semua peringkat umur sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa.


Saya cukup tertarik dengan topik ini apabila saya membaca akhbar sisipan “MEGA” dalam Utusan Malaysia pagi tadi. “Fobia dan masalah mental”. Ini bermakna ketakutan yang melampau boleh menyebabkan tekanan perasaan dan gangguan mental kepada mengidapnya. Tapi kita tak boleh dengan sewenang-wenangnya mengatakan yang mereka ini kurang siuman ataupun gila. Setiap orang mengalami ketakutan yang dialami dalam diri. Anda tak percaya?? Bohonglah jika anda tak takut walau sekelumitpun terhadap sesuatu perkara. Apa bukti saya mengatakan demikian? Ada buktinya. Sebagai contoh, kenapa ramai lagi antara kita yang takut untuk menjalankan perniagaan? Takut rugi? Takut kena tipu? Kenapa pula ada yang takut berucap di atas pentas atau berhadapan dengan orang ramai? 


Saya sendiri tak menafikan bahawa saya fobia dengan memandu kereta. Ini terjadi disebabkan saya pernah mengalami kemalangan ketika di darjah enam sehingga patah tangan dan sekali lagi kemalangan ketika di tingkatan enam bawah. Semuanya membuatkan saya fobia dengan jalan raya. Tambahan pula, kerap kali ahli keluarga saya mengalami kemalangan dan ada antara saudara saya yang meninggal dunia. Saya cukup sensitif terhadap berita kemalangan yang dipaparkan di dada-dada akhbar mahupun televisyen. Saya naik loya dan cukup sedih bila melihat  kehilangan ahli keluarga akibat kemalangan. Bagi saya ianya sangat kejam selain pembunuhan dan rogol. Tapi saya tau ketakutan tersebut perlu diatasi dan alhamdulillah saya boleh memandu walaupun masih berlatih. 


Terdapat juga antara sahabat-sahabat saya yang fobia terhadap  tempat tinggi sehinggakan dia menjerit untuk tidak mahu mengikuti aktiviti yang dijalankan seperti abseiling. Ada juga yang takut dengan lif dan tangga bergerak (escalator). Sehinggakan kami terpaksa menggunakan tangga untuk bergerak ke tingkat yang ingin dituju apabila berada di pusat beli belah. Masih segar diingatan saya ketika mengikuti aktiviti yang dianjurkan persatuan kami dulu. Ketika itu saya di semester dua pengajian. Seorang pelajar junior saya cukup takut dengan jambatan yang merentangi sungai yang perlu kami lalui. Laluan itu dibuat dengan mengunakan tali (macam jambatan gantung tu). Berpeluh-peluh saya lihat dia. Kesian sungguh. Tapi kami memberi sokongan kepadanya. 


Ketika berkelah di air terjun juga, sahabat saya ini juga takutkan air. Saya nak menyeberangi ke kawasan sebelah air terjun dengan mengikut laluan berbatu-batu. Tanpa saya sedari, sahabat ini mengikuti saya dari belakang sehinggalah dia tersekat di laluan berbatu dan air yang sangat deras. Kalau ikut saya, saya memang suka cari kawasan yang menarik minda saya untuk berehat sambil merenung keindahan alam hutan dan air terjun. Tapi, niat terbatal sebab sahabat ini mengikuti saya pula. Masa tu, dia memang dah tak boleh gerak dah dan hampir di bawa arus. Saya cuba selamatkan dia walaupun dia lebih tinggi dari saya. Subhanallah!! Bila saya dapat capai tangan dia, dia pegang kejap (kuat) tangan saya tanda takut yang amat sangat!! Mujur ada seorang makcik yang membantu kami ketika itu. Lihat air muka dia, menggambarkan ketakutan yang amat. Saya cuba bersikap tenang sambil membantu mana yang patut. Tapi hanya Allah yang tahu hati saya. Sakit sangat pegangan tangan dia tadi. Saya pun serba salah juga sebab dia ikut saya. Kang apa-apa jadi, saya kena jawab dengan family dia. Sahabat saya ini pun tak putus-putus minta maaf di atas apa yang berlaku. Alhamdulillah, semuanya selamat..


Akhirnya, setiap yang berlaku dalam diri kita yang tak mampu kita atasi jangan dianggap sebagai suatu bebanan tetapi fikirlah secara positif dengan memandang kepada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah, Allah akan hadiahkan sesuatu yang lebih baik lagi buat kita semua. Macam saya, saya mendapat ahli keluarga yang memahami masalah saya. Mereka memberikan galakkan yang sepenuhnya untuk saya berani memandu semula.

Di bawah ini adalah jenis-jenis fobia yang berlaku:

Acarophobia = takut gatal
Agoraphobia = takut kepada tempat yang terlalu lapang
Aichmophobia = takut objek tajam
Anglophobia = takut England atau orang Inggeris
Anuptaphobia = takut bersendirian
Automysophobia = takut badan kotor
Cancerphobia = takut cancer
Chrematophobia = takut duit
Cyberphobia = takut computer
Ecophobia = takut rumah
Eleutherophobia = takut bebas
Ergasiophobia = takut kerja
Erotophobia = takut seks
Gamophobia = takut kahwin
Gerascphobia = takut tua
Hydrophobia = takut air
Iatrophobia = takut berjumpa doctor
Necrophobia = takut mayat
Negrophobia = takut hitam
Novercaphobia = takut ibu tiri
Ombrophobia = takut hujan
Pentheraphobia = takut mak mentua
Phagophobia = takut makan
Satanophobia = takut hantu
Scopophobia = takut diperhatikan
Spectrophobia = takut melihat cermin
Thanatophobia = takut mati
Toxiphobia = takut racun atau diracun
*************************************** 

Laman web yang berkaitan

~ gambar diambil dari pelbagai sumber

2 comments:

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Terima kasih perkongsian yang baik ini. Kebetulan saya sedang mengumpul info berkaitan masalah mental.

Saya sendiri, memang fobia tempat tinggi. Saya juga macam saudara, takut di jalanraya kerana saya pernah kemalangan ketika berumur 7 tahun yang menyebabkan tempurung lutut kiri saya pecah.

Brilliant Marjan@اداويه said...

Salam ziarah juga ^_^

Sama-sama.mesti saudara nak share benda menarik mengenai masalah mental kn?tak pe, semuanya ilmu yg perlu kita tahu dan peduli..

Moga kita dapat mengatasi masalah yang dialami...

~saya ni saudari la..