Tuesday, February 9, 2010

RAHSIA PENCIPTAAN HARI

ALLAH S.W.T menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh (7) hari yang berlainan dan bergilir satu demi satu dalam seminggu, iaitu hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dalam hari-hari tersebut terjadi berbagai peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut. Justeru, orang yang menggunakan akalnya dengan bijak, tentulah akan mengambil sesuatu yang bermanfaat dari rahsia yang terkandung dalam kelebihan hari tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh para ulama, sesungguhnya Allah menamakan hari pertama itu dengan hari Ahad, kerana pada hari itu Allah mula menciptakan segala sesuatu. Allah berfirman bahawa hari Ahad adalah hari yag pertama, sebelumnya tidak ada sesuatu pun selain Allah S.W.T.

Sebahagian ulama yang berpendapat bahawa Allah S.W.T. telah menciptakan tujuh lapis langit, dan tujuh lapis bumi pada hari Ahad. Allah S.W.T menciptakan matahari dan bulan pada hari Isnin. Selasa diciptakan pula bintang-bintang dan diciptakan lautan dan sungai pada hari Rabu, maka kita diizinkan untuk meminum air yang diciptakanNya itu. Syurga dan Neraka dicipta pada hari Khamis. Pada waktu yang sama, Dia juga menjadikan manusia sangat menginginkan masuk syurga serta sangat gentar dimasukkan ke dalam neraka. Orang yang hendak mengharapkan kebaikan manusia hendaklah dilakukan pada hari Khamis. Moyang kita manusia, Adam dan Hawa menurut ulama diciptakan Allah S.W.T pada hari Jumaat. Oleh sebab itulah hari Jumaat adalah hari kebesaran Islam (Sayyidul Ayyam). Sesungguhnya hari yang baik untuk berburu ialah pada hari Sabtu dan jika anda hendak memulakan dan membangunkan sesuatu maka hendaklah dilakukan pada hari Ahad kerana hari itulah Allah S.W.T menciptakan langit.

* Jika anda hendak bermusafir, pergilah di pagi Isnin semoga anda selamat dari segala bahaya yang mendatang.
* Jika anda hendak berbekam, berbekamlah pada hari Selasa kerana memang hari itu sesuai untuk menumpahkan darah.
* Jika anda hendak meminum ubat, minumlah pada hari Rabu kerana hari itulah dijadikan air.
* Jika anda hendak meminta sesuatu pada manusia mintalah pada hari Khamis kerana pada hari itulah yang baik untuk memetik hasil.

Satu hadith riwayat Ibnu Jarir: kata Ibnu Jarir, Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Bahawasanya permulaan Allah jadikan makhluk pada hari Ahad, maka Allah menjadikan bumi pada hari Ahad dan Isnin. Hari Isnin, Allah menjadikan pokok-pkok dan buah-buahan, bukit-bukit sebagai penetap bagi bumi pada hari Selasa dan hari Rabu. Allah menjadikan tujuh lapis langit pada hari Khamis dan Jumaat. Maka selesailah segala kejadian pada petang hari Jumaat. Setelah itu, Allah segera menjadikan Adam dan pada waktu itu juga didirikan hari Qiamat nanti..."

Petikan dari Buku Rahsia & Kelebihan Hari Dalam Islam

~ Banyak lagi info menarik dalam buku ni. Jika ada masa, saya akan cuba kongsi lagi dengan anda semua...

No comments: