Friday, February 12, 2010

~YAKIN DIRI~

Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.

"Mengapa kasut itu terlalu istimewa?"

"Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya.

"Kalau demikian bawa aku ke sana!"

Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandaar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.

"Nah sekarang aku akan menakluki dunia!"

Semua orang disekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Dan terbukti beberapa tahun kemudian, Iskandar berjaya menakluki dunia!



Pengajaran:
Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan manusia biasa. Dan mereka selalunya mampu berfikir "di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.

*************************************************

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

1 comment:

budakpro.webs.com said...

yakin diri,
diri yakin bahawa diri ini tidak yakin.
bagaimana meyakinkan diri?
tidak boleh dibeli?
tidak boleh diberi?
tidak boleh dicari?
semuanya tidak boleh.
Namun yakinlah bahawa perkataan tidak, lebih kuat impaknya dalam minda berbanding perkataan boleh.

mungkinkah lebih meyakinkan?
boleh tidak, dibeli?
boleh tidak, dicari?
boleh tidak, diberi?