Saturday, March 20, 2010

~ AKIBAT TERLALU DEKAT ~


Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" katanya pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan aku bayangan," pint penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: "Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bilaa dipanaskan ia menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga-terpinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur...apalagi?

Pengajaran:

Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat. Jadi, hargai insan yang berada disekeliling anda sebelum mereka hilang dari pandangan.

9 comments:

miss oren said...

btol..pengajaran yg berguna

Brilliant Marjan@اداويه said...

terima kasih =)

زهرة حلوة said...

Bismillah..salamu'alaykum,
ukhty,betul3!
=( kdgkala ble da prgi bru trase mnyesal ta mnghargai sbaiknya..
kn?
kdgkala kta ta mlihat yg dkat krna mngharapkn prhatian yg jauh wlupn yg dekt itulh yg sgt mnyayangi kta brbndg yg jauh..
syukran..nice story!

hafizmd said...

Entri yg cukup bermakna..itulah kite..kalau dah takde, baru sibuk nak rindu, nak hargai itu ini..mase ade..buat tak tau jer..

p/s - terima kasih utk artikel ni dan singgah blog saye..:D

Mohd Ariff said...

Ada masanya kita cemburu melihat kelebihan orang lain. Sering terfikir macam mana mereka boleh berjaya.

Namun kita terlupa yg kita pun sebenarnya memiliki kelebihan juga. Cuma kita yg tak berusaha utk merenung ke dalam diri sendiri & mencari yg tersembunyi.

Brilliant Marjan@اداويه said...

to zahrah helwah >>

afwan ukhti..saya berkongsi je apa yg saya baca..sememangnya kita perlu menghargai apa yg ada didepan mata kita supaya tak tercicir yg lain..

Brilliant Marjan@اداويه said...

to zahrah helwah >>

afwan ukhti..saya berkongsi je apa yg saya baca..sememangnya kita perlu menghargai apa yg ada didepan mata kita supaya tak tercicir yg lain..

Brilliant Marjan@اداويه said...

to hafizmd >>

afwan :)

Brilliant Marjan@اداويه said...

to mohd ariff >>

pandangan yg bernas..terima kasih..setiap dari kita Allah telah ciptakan dengan segala macam kelebihan yg perlu diterokai..nak xnak je..

~ cemburu yg positif takpe asalkan ia memperbaiki diri.jgn pula cemburu yg merosakan diri kelak tidak membawa apa2..lagi rugi