Sunday, March 28, 2010

~ BERBEZA BIJAKSANA ~

Assalammualaikum w.b.t


Salam penuh keceriaan buat pengunjung blog Marjan Ibtisam. Di sini, saya akan memaklumkan bahawa saya akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada masa depan saya. Saya akan mula menghadapi peperiksaan semester 1 MBA Muamalah pada hari selasa ini iaitu, 30 Mac 2010 sehingga 7 April 2010. Doakan kejayaan saya =)

Tapi seperti biasa, saya tak kan tinggalkan blog saya dengan tangan kosong. Jadi, marilah kita pengambil iktibar di sebalik cerita yang tersiar di sini..

********************************

Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: " Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi: "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor: "Tuan, apakah tuan pandai berenang?"

"Err, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

Pengajaran:

Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaa yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatknnya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri yang jitu. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya. Berusahalah menggilap kebijaksaan itu dan seterusnya memburu kejayaan dalam bidang masing-masing. Katakan pada diri, "Saya boleh berjaya dengan luar biasa cemerlang dalam hidup saya. Saya akan majukan diri sebaik mungkin dengan redha Allah s.w.t."

1 comment:

NzA said...

Salam, selamat menempuh exam...gud luck.