Sunday, March 21, 2010

BERBULAN MADU ~ LANGKAWI


Assalammualaikum w.b.t

Sengaja tajuk entri bagi gempak sikit.. Baru ada ummph. Esok sesi persekolahan bermula kembali. Adik-adik saya pun dah pulang ke asrama masing-masing. Rasanya tak terlewat untuk saya bercerita perihal holiday saya ketika ulang tahun kelahiran saya yang ke 25 tahun pada 13 Mac lalu. Kira dah seminggu cerita ni tertangguh. Nak cerita, tak sampai feeling lagi..huhu..Ntah kenapa mood ni berpusing je..

Alhamdulillah saya berkesempatan bersama-sama dengan keluarga bercuti ke Langkawi selama 4hari 3malam. Sebenarnya dah lama rancang percutian ni iaitu sejak akhir tahun lepas. Selama ni Ummi asyik bising je kat Abah sebab bila waktu cuti, kami sekeluarga tak berjalan ke mana-mana. Abah pula asyik dengan tugasan kerja dan persatuan yang diterajui. YB PIBG lah katakan. Jadi cuti Abah banyak dihabiskan kat luar berbanding bersama-sama kami. So, Abah rasa tercabar agaknya dan sebagai tanda cinta dan kasihkan Ummi, Abah tempah tiket MAS. Abah kata nak bagi kami semua peluang merasa naik kapal terbang. Memang betul pun, kami tak pernah naik lagi. Cuma Abah je yang pernah sebab Abah pernah sambung belajar kat oversea. Angah pula kebetulan ada tugas di Kelantan awal tahun baru ni, so dia pun sempat merasa tapi AirAsia.

Setelah dibuat timbang-tara, kebetulan tiket MAS lebih murah lagi dari AirAsia. So, Abah tempah untuk 12 orang. Jangan terkejut! Family saya memang family besar dan Abah ingin pastikan kami semua ada di Langkawi. Tapi kita hanya mampu merancang dan hanya DIA lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 3 adik-adik saya tak dapat menyertai family gathering ini yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya. Semuanya berlaku di saat2 akhir.. Alang kerana urusan kerja, Anjang pula kerana urusan rumahtangga dan Andak kerana urusan kolej. Tak ada rezeki...

Boarding time pada pukul 5.35 petang (13 Mac), so kami datang awal dari waktu tersebut dengan bergilir-gilir. Saya, Angah, Utih dan Dayah sampai dulu. Ummi, Abah, Uda, Utih dan Soleh sampai kemudian. Alang yang drive menghantar. Perjalanan ke Langkawi tak ambil masa yang lama, dalam 34minit. Cuaca pun ok je.

Sampai kat Langkawi, Pakcik Ijan dan sahabatnya yang menjemput kami dengan 2 buah kerata. Pakcik Ijan merupakan adik kepada Pak Lang saya (biras Ummi). Mujur ada juga saudara kat sini. Alhamdulillah.

"Manusia yang meletakkan Allah sebagai kekasih hatinya, tidak akan rasa rugi jika berbuat kebaikan kepada saudaranya. Dia seboleh mungkin ingin memberikan yang terbaik buat saudaranya kerana rasa cinta kepada Khaliqnya"

Memandangkan tempat penginapan TNB yang Abah tempah dah penuh, begitu runsing memikirkan cara penyelesaiannya sehinggalah ketika pergi ke rumah Tok Njang di Parit Buntar awal Mac lalu, Tok dan anaknya memberitahu yang Pak Lang saya ada adik di sana (Langkawi). Dan di sebabkan Pak Lang telah naik pangkat dalam PDRM, dengan bermurah hatinya, Pak Lang membantu kami untuk mendapatkan tempat tinggal. Dia memberitahu kepada Abah, ada orang pernah menolongnya ketika di Terengganu, jadi demi adik beradik (isterinya adik Ummi), dia sponsor penginapan kami di MES PDRM, Pantai Pasir Hitam di Langkawi. Syukur, Alhamdulillah.. Pakcik Ijan pula memberikan keretanya untuk memudahkan perjalanan kami di sini disamping mencarikan sebuah lagi kereta untuk kami dari kawan-kawannya. 2 buah chalet untuk tempat kami beristirehat di Langkawi.

Malam itu kami hanya berjalan mencari makanan dan membeli sedikit barang di sekitar pekan Kuah. Kebanyakkan kedai sudah menunjukkan tanda-tanda untuk menamatkan operasi mereka walaupun jam menunjukkan pukul 8 lebih. Agak awal sebenarnya. Tapi itulah realitinya. Tapi yang pasti, pasaraya Tafel (kalau tak silap ejaanlah, tempat yang wajib disinggah selain Haji Ismail Group) masih dibuka untuk menerima tetamu yang ingin membuang duit mereka..hehehe.. Sape yang pernah pergi Langkawi, pasti tau apa maksud saya..

 14 Mac 2010

Hari Ahad yang sungguh ceria. Kami hanya bersarapan nasi lemak yang cute (50 sen je). Angah beli juga bubur nasi sekadar untuk merasa. Walaupun saya bercuti bersama keluarga, tapi nak tak nak assignment yang banyak tak boleh diabaikan. Saya bawa juga laptop dan broadband ke mana saya pergi. Sempat juga melihat peta Langkawi untuk mencari tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Kami tak guna tourist guide. Semuanya main redah je.

Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak tanpa tujuan. Tapi dalam perjalanan, Ummi sempat call sepupu Ummi. Dia mencadangkan pergi ke Oriental Village (cable car). Mujur, arah yang dituju tak jauh dari laluan kami. So, destinasi pertama adalah Cable car..yuhooo...


Ketika ini pengunjung belumlah dikatakan memenuhi kawasan tapi kawasan parking kereta pun dah penuh (cuti sekolah)..huhu.. Nak kata teruja tu taklah juga tapi mampu membuatkan kami semua tak sabar-sabar ingin merasainya. Agak terkejut juga bila saya melihat tiket RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Tapi penjaga kaunter meminta IC masing-masing, kami akur sahaja. Charge yang dikenakan RM 17 sahaja. Kira ok juga..Semuanya RM 153 untuk 9 orang. Banyak duit Abah keluar ni.. Risau juga saya tapi Ummi kata, Abah memang dah peruntukkan sejumlah wang untuk percutian kami kali ini.


Saya, Ummi, Abah, Acik, Utih dan Dayah dalam satu cable car. Sementara Angah, Uda dan Soleh dalam cable car yang lain. Boleh muat 6 orang je dan kena tunggu giliran. Mula-mula naik tu, rasa ok lagi tapi ada satu part ni, tetiba laju semacam, agak gayat lah juga..huhu.. Tapi subhanallah... Cantik sangat pemandangan yang terbentang. Rasa seronok sangat2. Saya tak putus-putus mengucapkan hamdalah dalam hati lantaran saya berpeluang pergi ke sini bersama-sama dengan insan kesayangan saya.


Terdapat dua stesyen perhentian. Yang pertama, tak best sangat tapi yang kedua, erm..puncak paling tinggi..Gunung Mat Cincang, 710m. Cuaca agak panas sedikit. So, tak nampaklah kabus-kabus seperti yang diperkatakan Utih. Utih pernah datang sini sewaktu dia di tingkatan 2 dulu. Ada program sekolah. Walaubagaimanapun, pemandangannya sangat cantik..


Setelah berada di atas selama 1jam, kami turun ke bumi balik... Kami jelajah kat kawasan Oriental Village ni. Banyak cenderamata yang dijual dengan harga yang boleh tahan juga. Kawasan bebas cukai pun ada. Sempat juga kami melawat mini zoo, zhana show (harimau) dan beli coklat. Nyum3x..

Sebenarnya, Pakcik Ijan tak dapat bersama kami kerana dia ada tugasan sebagai polis marin. Dia sempat memberikan kereta myvi untuk ditukarkan dengan van.

Stop kat sini dulu..nanti saya sambung lagi..Ada tempat-tempat menarik lagi..

2 comments:

~ Lady ell ~ said...

pertama,selamat ulangtahun yg ke 25 adikku..:)

kedua,seronoknya dapat pergi bercuti beramai2 bersama ahli keluarga.keluarga kamu mmg hebat lh dik.walaupun ramai ala2 rombongan mak kiah tu,tapi abah kamu boleh handle semuanya.bahgianya...

Brilliant Marjan@اداويه said...

to lady ell >>

1. Toceh-toceh..terharu saya..=)

2. Ummi & Abah banyak berkorban untuk kami..banyak dugaan sis bila ada family besar ni.saya yg sulong mesti kena kira jumlah kami waktu kecik2 dulu.takut ada yg tertinggal macam dlm home alone tu..

~semoga kami semua mampu membalas jasa Ummi & Abah.amin