Saturday, April 17, 2010

AKHIR PERJALANAN SEORANG IBU

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita ikuti pengajaran di sebalik cerita ini...

***************************************************

Seorang ibu muda yang baru ingin menjejak kaki ke alam yang baru bertanya, “Adakah perjalanan ini jauh?”

Kedengaran suara yang memberi respon terhadap persoalan tersebut berkata, " Ya, dan ia satu perjalanan yang berliku, tetapi hujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya.”

Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya. Kasih sayang terhadap cahaya mata yag masih kecil tak berbelah bahagi. Bermain bersama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila mereka melalui air terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia. Dia menangis sambil berkata, “Tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini.”

Apabila menjelang malam, hujan dan ribut melanda. Lorong yang mereka lalui gelap. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk. Si ibu membalut badan anaknya dengan gebar dan memeluknya. Si anak memberitahu ibunya, “Ibu, kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami.”

Menjelang pagi, si ibu bangkit dari lena. Sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi ribut seperti semalam. Di hadapan mereka terdapat sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncakya. Si ibu dan anak lelah. Tetapi ibu berpesan, “Bersabar sikit ya sayang, nanti kita akan sampai ke puncak.” Anak-anak tidak berputus asa dan terus mendaki. Apabila tiba di puncak, anak berkata, “Ibu, kami takkan sampai ke sini tanpa ibu.”

Siang mengundur diri, kegelapan malam membalut seisi alam. Si ibu berbaring memandang kerlipan bintang sambil berkata, “Hari ini lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia. Anak-anakku telah belajar untuk bersabar ketika berdepan dengan kesusahan. Semalam aku telah berikan mereka keberanian dan hari ini aku telah berikan mereka kekuatan.”

Hari berikutnya awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anak teraba-raba dalam kegelapan dan terjelupuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata, “Anak-anakku, jadilah seorang yang berani. Allah akan sentiasa bersama kita.”

Anak-anak mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian, “Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku. Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar.”

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan tahun berganti tahun. Si ibu kini makin tua dan lemah. Anak-anak pula makin membesar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kini tibalah masanya si ibu akan kembali ke dunia yang kekal abadi. Dia berkata, “Aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaannya. Kini anak-anakku telah kuat. Tidak selemah sewaktu usia mereka masih setahun jagung. Mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke jalan yang lurus. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa-doa mereka akan menemaniku”

********************************************************
Ummi dikelilingi adik-adikku..


 ~~ Mengimbau memori lalu

Teringat ketika kecil dulu, bila luka terjatuh berlari-lari mencari Ummi untuk menunjukkan luka tersebut. Ummi hembus ataupun tiup tempat luka tersebut. Selepas itu bermain kembali. Tidak pernah kenal erti sakit. Tahu seronok sahaja. Apatah lagi menunggu giliran Ummi menyuapkan nasi ke mulut kami semua. Berselera makan walaupun hanya ikan goreng, kicap dan sedikit sayur yang mana kami kongsi bersama. Maklumlah keluarga besar. Adakalanya ikan kering goreng pun jadi berselera. Nikmat!! Syukur!!

Menginjak usia remaja, segala benda ingin dicuba. Aku cukup meminati seni mempertahankan diri. Begitu juga Angah. Tournament Taekwondo yang diikuti adakalanya menyebabkan luka-luka dan lebam-lebam di kaki, tangan dan sebagainya. Berkali-kali Ummi pesan, “Jangan jadi macam korang kecik dulu. Luka je cari Ummi. Lepas tu tak serik-serik main lagi!”

Oh..Tiada yang lain untuk ku tuju melainkan dirimu wahai Ummi ku sayang..Dirimu merupakan segala penawar bagi kami semua..Engkaulah ratu hati kami..Segala masalah dikongsi bersama..Itulah didikanmu..

Usia semakin menuju kedewasaan dan kematangan. Namun diriku sentiasa ditemani sama ada nampak dan tak nampak. Teman paling akrab tika ini dan selama-lamanya adalah insan yang tiada gantinya, Ummi. Banyak yang telah ku pelajari sepanjang umur ku dipinjamkan ini. Walupun diri ini banyak mengujimu ketika kecil dan sehinggalah sekarang, Ummi sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Dirimu sentiasa ada untuk meniupkan roh-roh kebangkitan jika aku kejatuhan dan membelaiku jika aku kegembiraan. Terima kasih Ummi.. Belum mampu lagi akak membalas jasa Ummi dan Abah. Moga akak sempat melaksanakannya sebelum masa kita bertemu DIA..

>> Aku agak emosi sedikit.. Aku sangat sayangkan kalian, Ummi dan Abah.

14 comments:

Frodo Baggins said...

huhuhuhuhu
wa pun ikut emo sama


>>____<<


kasih mereka tiada gantinya.

ISZA said...

masih ramai anak2 yang derhaka pada ibu...

kecil2 di jaga bagai ditatang..

teringat telatah anak2 bila terjatuh.. bila kakinyer luka dia hanya memerlukan ibu sebenarnya.. bukan ubat yang utama.. bila ibu tiup ckit2 dan peluk pujuk dia.. dia pulih seperti biasa :)

Kalam Hitam said...

singgah kembali....

:)

Brilliant Marjan said...

To Frodo Baggins >>

Huhuhu...

~Hidup kena tabah...

Brilliant Marjan said...

To Cikgu Isza >>

Nauzubillah dari menderhakai Ummi..Saya nak bau syurga..Saya nak jaga Ummi dan Abah saya..Amin..

Betul tu, bukan ubat yang ingin dicari tetapi ibu kita lah sebagai ubat kepada semua keadaan.Ubat yang mujarab!! ^__^

~Moga Akak mampu membalas jasa Ummi dan Abah. Amin

Brilliant Marjan said...

To Kersani >>

Syukran 'ala ziarah =)

iLhAm_bEcKs said...

i lov my mOm..
huuu

Rafi Harumin said...

ibu bapa adalah laluan kita ke syurga... salam perkenalan..

LaNuNsepet said...

tq marjan...for gud post..
balas..jasa mereka..
kita ibarat pelaburan dieorg.. tanaman yang dieorg semai dgn harapan pulangan hasil pada mereka..

malu lah kita kalu jadi tanaman yg tidak beri apa2..tak berbuah pun takpalah, mungkin leh jadi tempat berteduh,

tul tak?

Unknown said...

semoga ummi dan abah dpanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baek.amin.

=)

Brilliant Marjan said...

To Ilham Becks >>

Saya yakin Mak awk tentu bangga melahirkan awk =)

~Semua mak pasti sygkn anaknya tapi balasan si anak mcm mana??

Brilliant Marjan said...

To Ashrafi >>

Suka ayat awak!! ^_^

~ Salam kenal juga. Syukran 'ala ziarah

Brilliant Marjan said...

To Lanun Sepet >>

Terima kasih kembali atas kometar yang diberi..

Mendalam mksd awk tu..tp btl sbg anak,kita kenalah sedar diri utk balas jasa org tua kita..walaupun mereka xharap, tapi doa dan perhatian tu yg penting

Brilliant Marjan said...

To Hanim Husin >>

InsyaAllah..Amin

~ Moga mampu beri balasan yang terbaik sblm mereka tutup mata (-_-)