Monday, April 26, 2010

BUKAN SENANG NAK SENANG

Assalamualiakum w.b.t..

Alhamdulillah sesi pembelajaran saya kembali seperti biasa. Orang kata "welcome back to school." Hari ini saya mula belajar subjek 'Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah'. Perkara baru bagi saya yang kurang basic ilmu agama. Tapi ini adalah cabaran dan subjek wajib yang saya perlu ambil untuk melayakkan saya bergraduan dengan jayanya dalam MBA MUAMALAH kelak. Amin.

Subjek ni tak jauh beza dari Usul Fiqh yang saya belajar sebelum ini. Kira antara cabangnyalah." So, Adawiah, ingat, Adawiah boleh menguasai subjek ini dengan baik dan amalkannya lebih-lebih lagi untuk menyelesaikan masalah ummah dalam muamalah. Buat semua apa yang prof nak untuk berjaya." (insyaAllah)

Bukan senang nak senang dalam menuntut ilmu ni. Kita pernah dihebohkan dengan beli sijil kelayakan dalam bidang tertentu semata-mata mudah untuk dapat kerja dan sebagainya. Apa perasaan anda semua jika kita belajar teruk-teruk tapi ada pula yang senang-senang beli certificate untuk dapat kerja dengan mudah? Mujur juga ada yang tengok kelayakan dalam bidang kemahiran dan ada yang nak bukti hasil kerja-kerja yang dilakukan. Tetapi ketahuilah, setiap yang berlaku ada balasannya jika kita menipu untuk sebuah sijil dan pengiktirafan.

Anda fikir-fikirkanlah ae..Tapi ada kisah lain yang ingin saya kongsikan untuk menyedarkan anda semua.. Masi lagi di bawah tajuk yang sama..

******************************************************

Seorang pemuda ditemui sedang berlegar-legar di tepi sebuah tiang lampu di tepi sebatang jalan. Habis dikais-kaisnya rumput dan kertas di bawah naungan lampu itu. Walaupun hari sudah larut senja, tapi pemuda itu tetap tercari-cari akan sesuatu di bawah sinaran lampu itu.

Sikap pemuda itu menarik perhatian seorang makcik yang kebetulan sedang bersiap-siap untuk menutup kedainya. Lalu makcik itu datang dan bertanya, "Kenapa sejak tadi makcik tengok anak berlegar-legar di bawah tiang lampu ini?"

"Cincin saya makcik, cincin saya hilang."

Makcik tadi kasihan dan turut sama-sama membantu mencari cincin itu. Namun, cincin berkenaan tidak juga ditemui. Lalu makcik itu bertanya, "Betulkah cincin itu hilang di sini?"

"Siapa pula kata cincin itu terjatuh di sini... Tak lah."

"Habis, cincin itu jatuh di mana?"

"Di sana, di tempat gelap tu," ujar budak itu lalu menunjukkan satu kawasan gelap agak jauh dari situ.

"Laa... Tapi mengapa kamu mencarinya di sini?" Makcik itu kehairanan.

"Yalah makcik... saya carilah di tempat terang, di bawah tiang lampu ini. Sini mudah. Kalau cari kat sana tu susah. Gelap pulak," jawabnya selamba.

Makcik itu menggeleng-gelengkan kepala.

PENGAJARAN:

Manusia kerap memilih jalan pintas untuk senang dan berjaya. Mereka cenderung memilih jalan senang untuk senang, walaupun tahu kesenangan itu tidak akan di temui dengan cara itu. Apa yang dipentingkan, jalan itu mudah. Padahal secara sunnatullah memang telah Allah tetapkan - no pain, no gain. Bukankah syurga itu dipagar dengan segala kesusahan? Justeru, untuk melakukan kebaikan dan kebajikan (yakni jalan menuju ke syurga) begitu sukar dan mencabar. Tapi tempuhilah. Bukan senang nak senang

~ 'cerdik' betul budak tu kan?? kalau saya jumpalah, maunya saya debik kepala dia supaya tak malas nak cari harta dia yang hilang tu..uuhhh

2 comments:

AnjeRuby a.k.a Kak Abell said...

ada jugak ke org yg pendek akal mcm tu????

Brilliant Marjan@اداويه said...

terima kasih atas komen yg diberi..

saya pasti ada org yg macam tu kak.tapi berlainan situasi dan perkara yg dia lakukan demi memudahkn hidup dia..

~manusia ni kn mcm2, cap jari pun lain, sudah pasti hal2 yg pelik2 lagi akn dia buat..