Tuesday, April 6, 2010

❤ CINTA YANG PERLU BERSYARAT


 Assalammualaikum w.b.t..

Cuba kita fikirkan isu ini..Renungkan hal ini sedalam-dalamnya..
***************************************

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. Dan macam-macam lagi alasan yang diberi untuk menyebelahi lelaki.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


 Ini pendapat saya pula:

Saya cukup hairan jika anak-anak perempuan disibukkan dengan hal-hal rumahtangga walhal anak lelaki tidak pula. Mereka lebih banyak melakukan aktiviti luar. Apa salahnya tugas menjaga kebajikan rumah diberatkan seimbang kepada anak lelaki dan anak perempuan. Tetapi perlulah mengikut keupayaan masing-masing. Tidak hanya anak lelaki main tidak tentu hala tapi boleh juga dia tolong kutip sampah, bersihkan laman rumah, cuci parit atau longkang. Betulkan?

Saya pernah ditanya oleh seorang lelaki dalam dua tahun yang lalu. Macam ni, “Ada pandai masak tak? Boleh masak ikan tiga rasa? Masak apa je yang Ada tahu? Erm, pandai ngaji tak? Saya nak isteri yang pandai ngaji dan ada ilmu agama. Nanti boleh didik anak-anak. Saya nak bakal anak-anak kita dijaga dengan baik” (Wah! Tingginya impian dia..Teruja saya..)

Saya membalas, “Masak sikit-sikit boleh lah. Alhamdulillah, insyaAllah semuanya boleh.” (Sekadar merendah diri)

Tapi saya tanya pula pada lelaki ini, “Awak boleh jadi Imam tak? Awak pandai ngaji juga ke? Saya nak lah juga lelaki yang boleh bimbing saya sebab tugas laki ni berat sebenarnya. Tidaklah saya sorang-sorang nak pikul tugas membentuk dan mendidik anak-anak nanti.” (Saya suka nak melihat jawapan diberi dan reaksi yang dilontarkan)

Si Polan menjawab, “Saya tak pandai nak jadi Imam dan mengaji. Nanti Ada boleh ajar saya. Ilmu agama saya tak tinggi mana. Ada pun tahukan…” (Dalam hati saya ni dah kata..erm..macam-macam. Nak yang hebat tapi diri sendiri tak didik jadi hebat. Hebat ngorat dan perempuan keliling pinggang buat apa!!)

Saya tahu ramai lelaki di luar sana inginkan isteri yang hebat-hebat dalam semua segi tapi sedarlah wahai lelaki!! Anda nak yang hebat, diri anda sendiri kena hebat!! Jaga diri anda untuk pasangan yang anda kehendaki itu. Jangan pula anda sama naik hantu buat perangai kasanova tapi nak calon isteri solehah buat peneman diri. Uhhh..Apalah.. Kan tak cantik dan sekufu tu…

Saya pernah juga mendengar luahan dari sahabat MBA saya, “Kesian suami akak. Ilmu tak banyak mana tapi sebab tanggungjawab sebagai seorang lelaki, dia pikul juga tugas jadi ketua bacaan Yasin dan Imam untuk solat hajat kat sekolah. Lagipun guru lelaki tak ramai. Cuma sedihnya, ada seorang guru lelaki yang lulusan agama dari UIAM tapi dia tak nak tampil ke depan untuk jadi ketua bacaan dan sebagainya. Tak ada siapa tahu dia orang yang tahu agama. Orang lain pula yang panggil suami akak ni Ustaz.”

Halooo.. Nampak tak ada masalah di sini? Kenapa boleh jadi macam ni? Adik-adik laki saya pun menghadapi situasi yang sama. Maksud saya, mereka pula yang ditolak untuk menjadi Imam dan dianggap alim padahal ada lagi yang lebih berilmu dari mereka. Tapi Alhamdulillah mereka mampu juga menghadapinya. Tak mengapalah, adik-adik saya bukan sekolah agama pun tapi bila dalam kelompok luar, mereka kena menghadapinya juga..

Wahai lelaki yang ilmu agamanya tinggi…Ya Syabab!! Alangkah ruginya anda jika ilmu yang anda ada tidak diamalkan dan tidak dikongsikan. Rugi sangat-sangat dan anda juga akan ditanya dalam kubur nanti..Anda tak tahu ke?? Tak kan tak nak rebut pahala banyak-banyak kot?! Buat apa nak malu dan takut salah?? Salah boleh dibetulkan dan kita boleh belajar dari kesilapan itu..Memang tanggungjawab yang dipikul berat tapi mana tahu Allah s.w.t akan membalasnya. Dan mana tahu, ramai yang nak ikut macam anda. Hati-hati yang degil berubah menjadi lembut dan suka pada masjid serta ilmu akhirat disebabkan kerana cara anda menyampaikan ilmu Allah itu begitu serasi dengan mereka. Betulkan?? Ada fikir…

Sebagai kesimpulannya, ilmu memasak dan ilmu jadi Imam ni perlu dipelajari. Jangan nak hanya tekankan pada perempuan untuk masak sahaja. Lelaki pun kena ambil bahagian sama untuk menjadi Imam. Nanti baru terbentuklah keluarga Sakinah dan Raudhatul Jannah.

No comments: