Friday, April 16, 2010

KELDAI YANG MEMAKAI SERBAN


 Assalamualaikum w.b.t

Mari kita renungkan kisah di bawah dan ambil pengajaran daripadanya..

**********************************************************

Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin istirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung nereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami..." pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidaak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajar kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Pengajaran:
Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran tidak tepat.


Pakaian, hanyalah umpama "topeng" yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adala lebih baik daripada topeng yang kita pakai!

Tapi, paling penting jangan lupa berhati-hati dengan segala kemungkinan yang berlaku. Luaran yang baik tidak semestinya baik di dalam dan begitu juga sebaliknya. Ada saja godaan licik dari mereka yang cuba untuk memusnahkan Islam dalam senyap!

~ Don't judge the book by its cover..

1 comment:

najihah said...

btol2

org putih pon muncullah dgn peribahsa

dont judge a book by its cover!

:)