Monday, April 12, 2010

KHASIAT BUAH TOMATO



Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Rasanya lama juga tak sentuh bab makanan ni. Bukan apa, tiada idea pula yang nak diceritakan. Saya ni pula jika pergi mana-mana tempat yang menarik dan terdapat pula makanan yang sedap, jarang nak ambil gambar. Tapi tidaklah fokus pada makanan cuma berkongsi salah satu buah yang menjadi kegemaran saya. Saya tahu, tidak ramai yang menyukai buah berwarna merah ini mungkin kerana rasanya atau bentuknya barangkali. Tetapi ketahuilah apabila sekali anda merasainya, anda juga akan jatuh cinta dengannya seperti room mate saya. Pada mulanya, dia hairan melihat saya meratah buah ini dengan lahapnya sperti tiada apa-apa. Tapi bila saya menyuruh dia mencubanya, dia terus suka.


Tomato merupakan buah berwarna merah yang berasal dari Benua Amerika. Ia boleh dimakan mentah seperti buah-buah lain juga atau dijadikan bahan dalam masakan. Kenapa buah ini rata-ratanya berwarna merah? Jawapannya adalah disebabkan likopena yang terkandung di dalamnya.Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser
dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Harvard mendapati menjadikan tomato sebahagian daripada diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat. Penyelidik telah menyediakan dua hidangan tomato yang dimasak bagi tujuan kajian. Kajian turut melibatkan lain-lain jenis sayuran tetapi tiada yang memberikan keputusan sebaik tomato.

Tomato turut membekalkan 40 peratus daripada keperluan harian vitamin C. Vitamin larut air yang kurang diambil oleh ramai orang disebabkan oleh diet atau permakanan yang tidak seimbang. Vitamin C banyak didapati dalam buah-buahan segar dan diet ini jarang dimasukkan sekali dalam permakanan ramai individu. Kepentingan vitamin C adalah untuk sistem pertahanan badan supaya berfungsi dengan baik.


Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat : Info Kesihatan

~ Tomato juga elok dijadikan sebagai bahan untuk mencantikkan kulit.. Anda tak percaya, cubalah.. Saya sudah merasainya..

No comments: