Monday, April 5, 2010

~ ORANG YANG BERJAYA VS ORANG YANG GAGAL ~


 Assalammualaikum w.b.t

Saya merindukan keluarga di kampung. Walaupun rumah saya tak jauh mana, tetapi tempat dibesarkan lebih dikenang dan diingati. Tak sabar rasanya nak balik.. Saya tinggal satu paper lagi.. Apakah perasaan sekiranya saya jauh merantau ke negara orang? Tak dapat nak dibayangkan. Walaupun Ummi pernah kata, " Berlajarlah jauh-jauh kat tempat orang, Ummi tak ada masalah. Ummi lagi suka." Tapi, saya tahu hati kecil Ummi.. Payah nak lepaskan anak jauh-jauh.

Pernah saya bertanya kepada Ummi, "Mesti Ummi risau anak-anak Ummi tak berada didepan mata. Semua dah besar dan bawa haluan sendiri. Menuntut ilmu di merata tempat. Ummi sedih?" (Ntah soalan apa aku tanya kat Ummi. Suka sembang dengan Ummi sebenarnya sambil korek-korek hati dan perasaan seorang wanita yang berjiwa kental ni. Meluangkan masa yang ada.)

Ummi pun membalas, " Memanglah sedih dan risau. Tak ada sape dah kat rumah. Tengok muka Abah je. Tak pun Abah tengok Ummi. Alang balik kerja pun lambat. Angah lagilah. Sekarang nak minta tolong untuk buat apa-apa pun tak ada sape dah. Tapi tak apalah, semuanya belajar. Ummi doakan semuanya baik dan dilindungi Allah. Cuma kadang makan pun tak lalu dah. Kalau korang ada, semua makanan habis dah. Abah pula suka beli makanan banyak-banyak bila koramg tak ada"..(Kami ni ramai, kadang makanan tak cukup...huhuhu).. Sayu saya dengar...

Erm, iklan sebentar tadi tu...Sebenarnya, nak bagitahu kat anda semua yang pagi tadi Alang konvo kat Politeknik Ungku Omar. Ummi, Abah dan Angah yang pergi tengok. Itu je yang ada. Yang lain semua ada kuliah dan saya pula sedang menghadapi peperiksaan. Walauapapun, tahniah Alang. Lepas ni giliran akak pula konvo untuk degree.

Suka betul saya buat cerita sampingan sebelum sampai tajuk entri. Hilang juga stress di kepala dan buat anda berteka-teki. Tapi saya tak kesah, asal saya dapat share something untuk anda semua. Saya kira menarik info di sini. Anda boleh ke sana untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

***************************************


  • Winner akan selalu menjadi sebahagian daripada penyelesaian tetapi the loser selalu menjadi sebahagian daripada masalah.
  • The winner selalu ada program untuk dijalankan tetapi the loser akan selalu ada alasan.
  •  The winner berkata, " boleh saya tolong lakukan untuk awak." tetapi the loser akan selalu berkata, " ia bukan kerja saya."
  • The winner selalu nampak penyelesaian pada setiap permasalahan yang timbul tetapi the loser akan nampak masalah pada setiap jawapan.
  • The winner berkata," mungkin susah tetapi ia boleh diselesaikan." tetapi the loser berkata, " ia boleh diselesaikan tetapi sangat susah."
  • Apabila the winner membuat salah, dia berkata, " saya telah membuat kesilapan." tetapi the loser berkata " ia bukan salah saya". 
  • Winner sebahagian daripada pasukan manakala loser jauh daripada pasukan.
  • Winner melihat usaha tetapi loser melihat kepahitan.
  • Winner nampak potensi yang ada tetapi loser melihat benda yang berlalu.
  • Winner akan buat sesuatu akan terjadi tetapi loser akan membiarkan sesuatu akan terjadi.
  • Winner akan berusaha sedaya mungkin tetapi loser akan berhenti separuh jalan.
  • Tiada kegagalan dalam kamus hidup seorang winner tetapi kegagalan akan selalu menghampiri kehidupan seorang loser.
  • Winner optimis dengan kehidupan tetapi loser pesimis dengan hidupnya.
~ Kita mampu mengubah diri kita menjadi lebih baik dan berada bersama dengan golongan insan yang cemerlang hidupnya. Jangan menganggap semua masalah yang berlaku adalah petanda kegelapan hidup tetapi merubahlah kegelapan itu menjadi sinar cahaya yang membahagiakan diri dan keluarga kita untuk akan datang (^_^)

No comments: