Wednesday, April 14, 2010

SEMUT



Assalamu'alaikum w.b.t

Mari kita selongkar rahsia makhluk kecil yang rajin ini. Jangan ingat ia tiada fungsi tau. Setiap yang Allah s.w.t ciptakan pasti ada hikmah tersembunyi. Tinggal untuk kita berfikir dan mensyukuri nikmatNya..

Terdapat enam sifat semut yang perlu kita ketahui :-

  • Ia boleh berlari sangat laju berbanding dengan saiz badannya. Ia mampu mengangkat benda 20 kali daripada berat badannya. Otaknya mempunyai 250,000 sel otak berbanding manusia mempunyai 10,000 juta.
  • Panjang hayatnya adalah di antara 45-60 hari. Sesungutnya digunakan untuk menyentuh dan mengesan bau. Semut dewasa tidak boleh menelan makanan pepejal, sebaliknya menelan makanan cecair.
  • Abdomennya mempunyai dua perut. Satu perut memuatkan makanan untuk dirinya dan satu lagi untuk semut lain. Terdapat 1000 spesies semut yang diketahui.
  • Setiap koloni mempunyai sekurang-kurangnya satu hingga empat permaisuri. Tugasnya hanyalah untuk menghasilkan telur, yang kemudiannya akan dijaga oleh semut pekerja. Tugas semut pekerja adalah untuk mencari makanan, menjaga anak semut dan mempertahankan koloni.
  • Semut pekerja akan menyusun telur dan larva mengikut umurnya. Pada waktu malam ia akan membawa telur dan larva jauh ke dalam koloni agar ia tidak kesejukan. Pada waktu siang pula ia akan dibawa ke atas koloni agar ia lebih panas.
  • Jika seekor semut menjumpai makanan, ia akan meninggalkan jejak bau agar semut lain dapat menjumpai makanan tersebut.

3 comments:

najihah said...

wah..menarik fakta ttg semut..

Allah juga abadikan nama semut an-naml dlm kitabnya yg mulia..

terima kasih berkongsi..

tukang kata follow blog ini!

:)

Brilliant Marjan said...

terima kasih!! (^__^)

HEALMIE ZAHARI said...

Jgn minum air ada semut...nanti mudah lupa.:-)