Sunday, May 23, 2010

~ KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN ~

Assalamualaikum w.b.t

Saya bukan seorang fanatik muzik, tetapi saya tetap menghargai kehadiran muzik dalam hidup saya. Asalkan ia tidak melalaikan jiwa yang keresahan. Saya cukup suka dan tertarik dengan juara AF8 yang sudah kita ketahui pemenangnya dari awal, dari apa yang diperlihatkan saban minggu walaupun pernah terkeluar. Tahniah Shahir..

Tapi maaf la, saya tak tengok pun persembahan dia sebelum ini. Boleh dikatakan saya tidak tertarik untuk menonton tv. Seperti yang dikatakan tadi, ada hal lain yang perlu di dahulukan apatah lagi sebagai seorang pelajar. Tetapi untuk malam tadi, saya terus berkenan dengan lagu yang dibawakan Shahir iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Saya tengok konsert Af8 dengan family di rumah. 

Cuma apa yang ingin dikongsi, lirik tersebut sangat kena dalam hidup saya. Huhuhuhuhu.. Biarlah saya yang menyanyikan melodi itu dalam relung hati saya... Saya insan normal yang tak lepas dari ujian. Tapi demi sebuah kebangkitan dan kejayaan, saya tak kan toleh belakang lagi. Nyah kau.... Aku tak perlukan orang yang tak menghargai aku..

Tambahan pula selayaknya perasaan yang hadir itu, dipandu dengan penuh keimanan tanpa dendam (sabarkah aku???). Lihatlah dunia dari pandangan yang positif.. Perpisahan yang datang pasti ada hikmah disebaliknnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya...

 
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

singing by: Shahir AF8

~p/s: Shahir ni baya adik aku je..Tapi aduyai..adik oi, cantik na kereta hang menang tu...dapat brand innershine setahun tu..best2..mata akak ni kena cerahkan balik laaa...tak mahu pakai cermin mata..

2 comments:

myra arshad (: said...

i like syahir too :)
sedap kan lagu ni?

Brilliant Marjan@اداويه said...

ye, sedap sangat tapi bukan sedap dimakan cuma sedap didengar..hehehe..

~sekadar halwa telinga je..lagu adira, iwan dan daus pun boleh tahan juga..