Friday, June 4, 2010

~ PEMERHATIAN DI LALUAN HIDUPKU ~

Assalamualaikum w.b.t

Hari jumaat penghulu segala hari. Ketika entri ini ditulis, hujan lebat mengiringi menandakan rahmat Allah kepada seluruh umat Islam di dunia. Dan pada ketika ini juga berlansung HIMPUNAN AMAN BANTAH SERANGAN ISRAEL ke atas konvoi Freedom Flotilla dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat, KL. Saya tak dapat bersama dengan para sahabat sekalian lantaran kesihatan yang tak mengizinkan.

Sebenarnya jika diikutkan hati dan diberi kemampuan yang mencukupi, rela saya bersama para sukarelawan di Palestine dalam misi memberikan bantuan dalam pelbagai sudut. Namun, saya hanya mampu menadah dan menghadiahkan doa buat saudara saya di sana. Semoga Islam menang dan bersatu kembali.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini hanyalah pendapat saya semata-mata ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebentar tadi. Banyak yang saya perhatikan dan berfikir sambil mengkoreksi diri terhadap situasi yang berlaku. Moga ia tak lari dari tajuk entri di atas dan ada pengajaran yang dapat dikongsi bersama.

SITUASI 1

Rasanya semua sedia maklum tentang koc wanita di dalam komuter. Koc wanita dikhaskan hanya untuk wanita sahaja dan berada dibahagian tengah gerebak. Saya pun tak sedar bila ia beroperasi tetapi saya tahu hal ini dibincangkan. Memandangkan saya ni jarang menggunakan kemudahan awam, jadi kuranglah saya merasainya. Walaubagaimanapun, saya tetap menyokong apa yang telah diusahakan kerajaan demi menjaga kehormatan wanita.

Tapi agak malang juga, masih lagi ada penumpang lelaki yang duduk bersama di dalam koc wanita ini. Nak halau pun tak boleh sebab mereka bayar perkhidmatan komuter yang disediakan tapi adakala rasa macam tak selamat pula. Jika yang naik itu adalah sepasang suami isteri dan membawa anak, saya rasa ampun lagilah bila berada dalam koc wanita. Tapi kalau pasangan couple ni memang tak perlulah nak berkepit juga..  Rimas dan menjengkelkan..

Alangkah bagus jika banyak lagi langkah-langkah keselamatan dan kesedaran dilakukan untuk menangani masalah keruntuhan moral yang semakin meruncing. Namun, hal yang paling baik, biar datang dalam diri kita sendiri. Nak nasihat banyak pun kadang payah juga tapi lebih penting biarlah nasihat yang berhikmah dan mampu menarik golongan bermasalah kembali ke pangkal jalan... Alamak..bebel apa ni.. '^_^

SITUASI 2

Ketika saya berada di dalam bas KL-Banting, para penumpang dikejutkan dengan perbualan telefon oleh seorag auntie berbangsa India dengan pemanggilnya. Loud speaker tu.. Ntah apa yang dibualkan pun kami tak tahu. Agak galak juga (kuatlah dia cakap dan gelak). Namun tidak lama kemudian, ntah macam mana, saya terdengar esakan yang sayu kedengaran.. Meruntun hatilah kiranya..

Sesiapa yang berdekatan dengan auntie India ni, pasti akan hairan dengan dirinya. Saya tak pasti sejak bila dia menangis tapi agak lama juga. Silih berganti pemanggil yang menghubunginya... Sampaikan sepasang suami isteri berbangsa Cina yang agak berusia tertoleh-toleh melihat ke arah auntie India ni..

Sebenarnya, boleh dikatakan ia agak mengganggu para penumpang dan saya sendiri tak menafikan, saya tak boleh nak melelapkan mata kerana mendengar esakan auntie tersebut. Macam dia ajak kita menangis bersamanya...huhu.. fenin.. fenin

SITUASI 3

Ketika berhampiran dengan bandar Klang (kalau tak silaplah), hidung saya ni dah terhidu bau yang paling saya benci dalam hidup!! Kenapa ada bau ni?? Tolonglah wahai anda yang suka kepadanya...uwekkkk

Dah tahu bas tu ber aircond, siapa yang konon pandai sangat dok hisap rokok tak kenal masa ni?! Ish..angin betul saya.. Saya ni memang tak tahan bau asap rokok tapi mujur ada juga selingan bau minyak wangi siapa ntah.. Loya tekak ni hah..

AMARAN KERAS! KALAU NAK MATI CEPAT TU JANGAN AJAK ORANG DISEKELILING ANDA UNTUK MERASAI ROKOK ANDA ITU!!!

~ Cuba prihatin kepada orang-orang tua, kaum ibu yang mengadungn, kanak-kanak dan orang yang tidak suka merokok..

SITUASI 4

Sejak dunia dikejutkan dengan serangan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan perubatan dan sebagainya kepada penduduk Gaza, saya mudah mengalir air mata jika membaca berita mengenainya. Bukan baru je hal ini berlaku. Sudah lebih 6 dekad peperangan ini berlaku (maaf andai saya tersilap). Malah ia bukan hal yang biasa diperkatakan tetapi ia merupakan kisah unik yang juga turut disebut di dalam al-Quran.

Memang kiamat hampir tiba.. Namun, belum lagi umat Islam bersatu padu. Tapi dengan serangan yang dilakukan oleh Israel kepada para sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan, moga hati-hati mereka yang keras mengingati Allah akan sedar dengan hal yang berlaku ini. Tekanan yang diberikan kepada Israel mampu membuka mata dunia tentang azab yang dirasai para penduduk Palestine sejak dahulu hingga kini. Moga Mesir membuka pintunya kepada penduduk Gaza.. Moga ada sinar yang takkan padam...

**** Hati saya berkobar-kobar untuk syahid bersama saudara saya di Palestine dan para sukarelawan yang tidak gentar menghadapi ancaman Israel... Masanya pasti akan tiba.. Saya berdiri bersama kalian.. Allahu Akbar

No comments: