Friday, June 18, 2010

PERCUTIAN DI KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t

Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Bagi peminat bola sepak pula, jangan abaikan tanggungjawab anda terhadap kehidupan anda yang lain juga ae.. Itu yang lebih penting, bola tu hanya hiburan semata-mata. Jika anda main sekali tidak mengapa juga.. Ok. Seperti yng saya pernah beritahu di sini, saya akan lanjutkan cerita percutian saya baru-baru ini (10 Jun - 13 Jun 2010) di Kelantan.

Untuk percutian kali ini, hanya 6 orang sahaja yang pergi termasuk Ummi dan Abad saya. Jumlah yang sedikit tetapi tidak melunturkan semangat kami bercuti di negeri Cik Siti Wan Kembang. Sebenarnya, kami sekeluarga sudah biasa dengan Kelantan. Abah pernah bekerja di salah sebuah cawangan takaful di sana. Apatah lagi Ummi juga pernah menuntut ilmu di sini. Jadi, ia bukan asing bagi kami.

Catatan ringkas diari percutiaan saya:-

10 Jun 2010 (Khamis)

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 7.30 pagi tetapi tersekat di Subang Jaya akibat kesesakan lalu lintas. Maklumlah, orang sibuk pergi kerja dan musim cuti sekolah. Sarapan pagi di Petronas D'Paya Serai dekat lebuhraya Bentong, Pahang. Sampai di Gua Musang dalam pukul 12.35 tengahari dan bersolat jamak di sana. Bila tiba di Kuala Krai, subhanallah, jalan dah mula sesak dan perlahan.

Saya menaiki kereta Citra bersama Angah dan Andak membawa barang-barang kami sekeluarga. Manakala Ummi, Abah dan Soleh menaiki kereta Viva. Bertambah sesak apabila terdapat himpunan Muktamar Pas kali ke 56 di sini. Tiba di Bayu Murni Homestay, Pengkalan Chepa yang merupakan kediaman sewa sementara kami dalam pukul 6.30 petang. Bayangkan 11 jam perjalanan. Sungguh meletihkan. Malam tu, kami sekeluarga makan di Pantai Cahaya Bulan. Tom Yam sangat sedap!!!


11 Jun 2010 (Jumaat)

Sebenarnya di Bayu Murni Homestay ni, kami menyewa bilik sahaja di dalam sebuah rumah yang dikongsi bersama dengan rombongan wakil muslimat dan pemuda dari Johor dan kebetulan pula merupakan kenalan Abah saya. Dunia ni kecil je. Kami tiba lewat sedikit di Putik dalam pukul 9.30 pagi. Jadi terpaksa letak kereta agak jauh dari dewan di mana perhimpunan muktamar diadakan. Agak lama juga kami sekeluarga berada di sini mendengar taklimat yang disampaikan. Andak pun sempat derma darah.

Sebelum pukul 12 tengahari kami bertolak ke Rantau Panjang. Membeli sedikit barang dan makan tengahari di sini. Sepatutnya pada malam tersebut, Abah bercadang ingin melihat persembahan nasyid dan makan jamuan yang diadakan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada rakyat bersempena muktamar tersebut, tetapi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Mungkin kerana keletihan dan keuzuran, jadi Abah menyuruh Angah membeli sahaja makanan untuk dimakan bersama di rumah.

12 Jun 2010 (Sabtu)

Hari ini kami tiba awal sedikit di Putik. Sekadar mendengar sedikit perbahasan. Abah hanya pemerhati sahaja. Kami sekeluarga sempat juga melakukan rawatan mata yang dilakukan secara percuma oleh Permata Hijrah. Makan tengahari pula di Restoran Cikgu Makanan Kampung (lebih kuranglah namanya, kad yang diberi hilang) atas cadangan kenalan Abah. Licin kami makan. Semuanya makanan kampung. Tak ada masalah bagi kami.

Petang tu kami hanya berehat di rumah. Bercadang keluar untuk mendengar ceramah pada malamnya pula. Kira macam simapan tenaga. Selepas solat jamak maghrib dan isyak, kami memilih Restoran Sri Landak yang tidak jauh dari kediaman kami untuk santapan makan malam. Menu yang dipilih atas cadangan pembantu di situ. Saya cukup suka dengan Kelapa Aiskrim dan Nasi Goreng Sri Landak. Walaupun macam tiada orang tapi makanan yang ditawarkan sangat mewah. Macam kat hotel je. Rugi tidak ambil gambar. Harga berpatutan tapi nasi goreng tu RM 6 tau. Bayangkan nak menapak ke tempat ceramah tu jauh sebab Angah pun parking kereta agak jauh juga. Sudahnya, kami tidak mendengar ceramah sampai habis sebab Ummi dan Abah kesakitan dan keletihan.


13 Jun 2010 (Ahad)

Hari terakhir kami di sini. Bersiap pulang dalam pukul 9.00 pagi. Kami tidak pergi ke Putik untuk mendengar penggulungan. Angah bercadang melalui jalan ke Cameron Highlands untuk pulang ke rumah. Tetapi sebelum itu, kami sempat bersarapan nasi kerabu dengan daging bakar di laluan ke Kuala Krai. Sedap dan menyelerakan. Sempat beli keropok losong dan sedikit kuih muih untuk dijadikan bekalan diperjalanan pulang. Ketika di Tanah Rata, kami sempat membeli sedikit sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Tiba di rumah dalam pukul 9.00 malam.

~ Saya demam tetapi gembira kerana dapat menghabiskan cuti saya dengan kenangan yang menarik. Walaupun dah pernah pergi tetapi tidak sama situasinya. Dulu alam kanak-kanak dan persekolan tetapi kini alam dewasa yang sedang menyambung pengajian master. Banyak yang saya pelajari. Dulu ketika kanak-kanak, kita tidak memikirkan apa yang berlaku. Hanya tahu berseronok sahaja. Sekarang banyak sudut yang saya perlu pandang. Biarlah ia menjadi ilmu yang berguna buat saya. Tapi orang Kelantan memang mewah!!!! Jangan pandang rendah tau...

2 comments:

EYANG RESI 313 said...

Jika saja hakikat cinta itu telah benar-benar didapat oleh manusia, dengan sendirinya ia tidak lagi butuh bercinta. Cinta abadi hanyalah khazanah Allah yang tak pernah putus dan sirna.

Brilliant Marjan@اداويه said...

terima kasih saudari eyang resi 313