Wednesday, June 2, 2010

SAJAK ~ AKU HAIRAN ENGKAU TIDAK TAKUT


AKU hairan engkau tidak takut
kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak
Kuasanya Maha Luar Biasa
yang tiada tandingannya
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada
dan yang tiada
Pendengaran-Nya lulus dan peka
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara
semua didengar-Nya
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya,
tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita
Yang boleh kita kata begian-begian
jarak dekat dan jauhnya
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran
Tuhan yang Maha Suci
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Tapi Tuhan dapat mengukurnya
dan dapat mengukur cara makhluk-Nya
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan
Sungguh engkau manusia luar biasa
Luar biasa yang tidak sepatutnya
Bila berhadapan dengan Zat
yang Maha Luar Biasa
Luar biasa yang keterlaluan
yang tidak sayugianya ada pada manusia
Apa sudah jadi kepada engkau
Di mana salah silapnya
Kuasa Allah yang begitu terserlah
yang mengecutkan perut
bagi orang yang mengenalnya
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya
dan tidak dapat merasanya
Betullah otak engkau sudah gersang
Dan hati engkau telah buta

Sumber:  Sajak Islam

********************************************************


Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya adalah mati syahid.(Riwayat Muslim)

~ Hari yang dilalui membuatkan semakin banyak erti hidup yang dinikmati.. Ya, Allah! Berikanlah kekuatan buat seluruh saudaraku walau di mana mereka berada apatah lagi yang sedang mempertahankan negara tercinta. Andai aku mampu berjuang bersama para wira Palestine, aku rela syahid di sana dari melihat kerakusan tak berkesudahan, umat akhir zaman..

1 comment:

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.