Sunday, July 25, 2010

AL- QURAN SEBAGAI HANTARAN

Assalamualaikum w.b.t

Hayati kisah yang dipaparkan ini dengan hati terbuka dan ambillah pengajaran daripadanya. Semoga hidup anda semua terutamanya sahabat blogger saya dilindungi Allah s.w.t.

**********************************************



Pekik Jamilah kepada Nabil, “Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran.”

Nabil membalas, “Yang ini pun cantik juga. Warnanya ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni?”

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu senaskah Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

Jamilah mengeluh, “Tapi, yang ni lagi menarik, ada terjemahan arab sekali.”

Nabil menjawab, “Awak bukan fasih pun bahasa Arab.” Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

Tiba-tiba seorang pakcik berusia dalam lingkungan 40-an menegur,“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat.” Beliau yang berbaju putih berjalur ke bawah menampakkan lagi seri wajahnya.

Nabil tersengih dan kemudian menjawab, “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid.” Jamilah ikut tersenyum tidak jauh dari situ.

Sambil tersenyum, pakcik tadi bertanya, “Oh. Baguslah. Adik selalu baca waktu bila?”

Nabil menjawab dengan teragak-agak. “Aa.. aa.. Lama dah saya tak baca, pakcik.“ Ketika itu, Jamilah sudahpun di sebelah rak yang lain.

Kemudian, pakcik itu menegurnya dengan berhemah. “Kalau begitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik.”

Tiba-tiba Jamilah muncul dan dengan selambanya menjawab. “Alah, pakcik ni, kacau daun pula urusan orang muda. Kami beli ni, untuk nak baca la.”

Pakcik itu kemudiannya menyahut lagi. Rupanya yang seperti ahli-ahli masjid terpanggil untuk mencadangkan sesuatu. “Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi.”

Jamilah tersenyum dan menjawab sambil mengangkat senaskah Al-Quran berwarna ungu keemasan dan saiznya lebih kecil. “Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih yang ini. Cantik.”

Sebelum pakcik itu berlalu dan meninggalkan pasangan tersebut, dia berpesan lagi, “Jangan lupa baca ya.”

Jamilah mengomel. “Sibuk saja pakcik tu.”

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin terpukul dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah pun bersolek. Hari nan indah, terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua.” Ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

Ustaz Saad menegur, “Inikah pengantin hari ini?”

Nabil menggigil, “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin.” Cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

Nabil cuba mengagahkan diri. “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

Ustaz Saad berkata sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah Nabi. “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra’d.”



Surah Ar-Ra’d

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

Nabil membaca sambil berlagu, “Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!”

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Ustaz Saad berkata, “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim.” Tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.”

“Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.”

Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

.............................................................

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran perkahwinan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! SMS dari Ustaz Sa’ad tiba. “Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya, Nabil.” Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong.” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

Tamat

SUMBER : YAQEEN AHMAD 
~ Teringin nak belajar al-Quran secara bertaranum..lagu rast, lagu soba, lagu bayati, lagu hijaz, lagu nahwand, lagu jiharkah dll..

7 comments:

Mish Oura.. said...

salam ziarah kak..
lama x jguk cni...


jom komen latest entry...

Halal ke??

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm ora..

terima kasih sudi datang ora..memang lama tak berhubung dah..

Idda Hashim said...

Salam tuan rumah
Al-Quran penyuluh hidup
Kembali pada Quran dan Sunnah, inshaAllah hidup akan diterangi olehnya. MAri lah kita membaca Quran sepanjang masa, bukan tunggu ramadhan atau hari istimewa aja. Mudahan crite di atas menjadi iktibar buat smue. Jazakallah

student said...

terkedu entry ini, nak gelak pun rasa tak sampai hati.

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm idda hashim >>

terima kasih atas komen yang diberi..
ingatlah..al-Quran adalah syafaat terbesar utk kita amalkan kerana al-Quran juga yg akan membantu kita pabila di akhirat kelak jika kita baca,hafal dan amal apa yg terkandung di dlm al-Quran...

~moga al-Quran menjadi sahabat kita dan bukan sekadar perhiasan

Brilliant Marjan@اداويه said...

buat student >>

kebarangkalian utk kita diuji sentiasa ada dan dlm apa cara sekalipun...

~sy penah tgk pengantin lelaki disuruh baca khutbah nikah..erm, ada yg tahu ke?

Yaya said...

Actually yaya dah byk tempat yg yaya jumpa entri ni...Bg yaya kalau sekadar untuk melengkapkan hantaran..elok lah jgn dibuat..coz kalau selepas kawin..hidupnya tak berlandaskan Al-Quran tak ada guna juga...terdedah sana sini...masya'Allah. Al-Quran itu sebagai panduan hidup dan bukannya sekadar barang perhiasan...Teguran ini utk diri yaya juga...