Wednesday, August 18, 2010

1001 KHASIAT KURMA


Assalamualaikum w.b.t

Saya rasa semua dah tahu tentang khasiat dan kelebihan buah kurma. Tapi saya tetap nak mengkormesialkan lagi khasiat buah ini untuk diambil di dalam menu anda selepas berbuka atau pun ketika bersahur.

Apabila masuk je bulan Ramadhan, buah kurma pastinya menjadi pilihan. Macam-macam jenama yang ada kat pasaran tapi paling famous Kurma Yusuf Taiyoob. Dalam bab beli kurma ni, Abah lah insan yang paling terkehadapan. Abah pastikan kurma yang dibeli berkualiti tinggi dan kurma yang memang kerap dibeli adalah jenis kurma Madinah dan jenama Yusuf Taiyoob. Rasanya memang memenuhi citarasa. Sebab ada jenis kurma ni lembek dan melekat apabila ditekak. Tu ada yang sesetengah dari kita tak berapa gemar nak makan kurma.

Ok, berbalik kepada khasiatnya, kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan C dan niasin dan ia memang terkenal dengan nilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera, kurma amat berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong mampu menghentikan batuk.

Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses melahirkan.

Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam membantu memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan organ hati.

Jadi bila anda semua dah baca info ini, anda semua kena ambil perhatian. Lagipun kurma ni menjadi antara makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai pengikutnya, apa yang menjadi sunnah baginda hendaklah kita ikuti kerana banyak rahsia dan hikmah tersembunyi terutamanya untuk keperluan biologi tubuh badan kita.

~ Sembuhkanlah demam dan batuk ku ini, Ya Allah..

6 comments:

Mario said...

selain dari tu....klau batuk bole gak guna madu campur limau...

Brilliant Marjan@اداويه said...

terima kasih mario..

info yang diberi sangat berguna buat saya..batuk saya ni tak kebah juga..

saya try petua awk tu.. =)

armouris said...

info tentang kurma di SIHAT SELALU - Khasiat Kurma

Brilliant Marjan@اداويه said...

terima kasih armouris..info berguna

S..U..D..@..I..S said...

buat jus pun sedap juga..

Brilliant Marjan@اداويه said...

cik sudais dah pernah cuba jus kurma? tq 4 the info