Tuesday, August 10, 2010

HARI BERSEJARAH BAGIKU (ISTIADAT KALI KE 13)

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya yang tak terhingga kerana diberi kesempatan untuk saya mencontengkan di sini. Alhamdulillah, saya telah selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 Sarjana Pengurusan Perniagaan (Muamalah) semalam (9.8.2010) dan selamat bergraduan pada sabtu, 7.8 2010 lalu.

Sebelum itu, mohon ampun maaf buat sahabat blogger kerana jarang meng 'update' blog disebabkab kekangan masa. Namun, inyaAllah saya akan cuba mengatasinya sedikit demi sedikit.


6.8.2010

Berbalik pada kisah minggu lalu, secara ringkas saya ceritakan. Sepatutnya dalam kita ingin berseronok dengan kawan-kawan bersempena hari konvokesyen tak perlu kita memikirkan hal lain. Tapi tidak bagi saya dan Aini. Pada waktu itu juga kami menghadapi peperiksaan akhir. Huhu.. Tak dapat nak raptai sakan atau nak bersembang sakan dengan kawan-kawan yang lain.

Bila saya maklumkan pada BFF, Fiza, yang saya tak dapat raptai bersama, dia sedih. Maknanya kami tak dapat borak panjang. Hampir setahun tak jumpa jadi anda semua boleh bayangkanlah. Jadi, bila Fiza ajak tidur di asrama, kerana dia tumpang di bilik adiknya, saya tak keberatan walaupun saya menyewa dari luar kawasan KUIS. Rasanya itulah yang terbaik memandangkan saya tidak mempunyai kenderaan.

Pagi Jumaat sewaktu raptai tu, saya dengan gigihnya membawa segala barang-barang keperluan untuk tinggal sementara di asrama. Jubah konvo pun tak ketinggalan. Mujur ada Kak Faezah yang baik hati sudi tolong adiknya ini.

Lepas je abis exam Financial Management, saya perlu berlari ke libarary untuk pulangkan semua buku yang dipinjam namun tutup pula. Adoi..penat jelah.. Erm, jumpa Fiza dan Ayis dulu. Mereka berdua dah tunggu saya kat tapak konvo untuk makan bersama. Akhirnya, rinduku lepas jua apabila berjumpa my BFF, Fiza. Peluk sakanlah.. Perempuan tak ada masalah ok!!

Dalam kami menjamu selera tu, ada berita sedih yang berlaku. Bagi warga KUIS, itu sejarah yang tak dapat dilupakan. Telah pergi seorang pelajar ke rahmatullah akibat lemas di tasik KUIS. Suasana memang terasa lain. Sebenarnya, macam-macam versi cerita yang kedengaran namun ajal maut di tangan Tuhan. Yang pergi takkan kembali lagi...Al Fatihah dan takziah buat Allahyarham Mohamad Firdaus bin Abdul Kahar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berbalik pada cerita saya, dah jumpa sahabat baik ni, semua cerita habis dibongkar. Ntah apa-apa yang kami bualkan. Dari cerita pelajaran, pekerjaan, peribadi dan gosip..Oppss.. Kami bergosip juga tau tapi hanya saya dan Fiza je tahu.. Malamnya, sakan saya bershopping walhal bukan kerja pun. Perempuan ni faham-faham ajelah ye. Tapi rasanya saya tak membazir kot. Saya beli baju kurung moden dan jubah seluar.


7.8.2010

Hari ini bermula segalanya.. Kami sangkakan pukul 1.45 petang berkumpul, tapi tup tup, Huda call bagitahu 12.30 tengahari kena berkumpul untuk register kedatangan. Aduh... Kecoh betul!! Saya pun try call Mr. X, dia pun maklumkan hal yang sama. Cepat siap... Tapi pakai tak lawa pun. Rembat je mana yang ada. Sebenarnya saya ralit layan adik-adik Fiza dan makan buah-buahan dari kampung Fiza. Tu yang selamba je tak siap apa pun...hehe..

Lagi parah bila saya dan Fiza tengok kawan-kawan BBAEC siap mengenakan pakaian yang cantik-cantik berserta jubah konvo. Make up sakan yang perempuannya. Seram tengok!! Macam yang saya kata tadi, kami siap ala kadar. Tak fikir pakai lawa-lawa pun. Kawan-kawan yang terserempak dengan saya pun tengok atas bawah. Rupa macam orang tak nak terima ijazah je. Ala, register je pun..

Lepas siap semua tu, kami balik. Memang lewat. Zohor dulu kat asrama. Mujur tumpang Ayis. Tak lah lambat sangat nak ke Pusat Konvensyen Kuis (PKK). Yang saya, lansung tak jumpa Ummi dan Abah. Jadi saya bagi adik Fiza pegang barang-barang saya.

Perasaan ketika itu bercampur baur. Teruja jumpa kawan, tak sabar nak habis majlis, rindu Ummi Abah dan family (walhal muka ni kerap balik rumah), bangga dah tamat ijazah dan malu sebab ntah apa-apa.

Mujur kami ni duduk depan disebabkan mengikut fakulti. Apatah lagi nama saya ni istimewa. Tapi nak tunggu orang tu yang lambat. Huhu.. Kat luar PKK tu, kejap hujan kejap berhenti... Tengok kawan-kawan sibuk curi ambil gambar, saya pun tak nak ketinggalan juga. Sempat lagi berposing dalam PKK tu guna kemera hp Huda. Tak berkarisma betul kami ni sebab tak hormat majlis. Ampun maaf!! Majlis selesai dalam pukul 5.00 petang.

Di bawah ni ada sedikit gambar dari kwan-kawan saya. Saya tak bawa kemera. Untuk makluman, saya berada di sidang petang penganugerahan... Terima kasih buat Ummi, Abah, Anjang, dan Andak.. Hanya mereka yang sempat hadir. Tak lupa juga buat adik-adik yang lain dan insan kesayanganku... Masa konvo master nanti, kakak harap sangat semua ada. Sejarah hidup tu... Tq for lovely gift like big rose (pink tau), cream roses, jubah, kasut dan lain-lain. Untuk pengetahuan semua, saya bukan perempuan yang suka ros hidup. Tak tahu nape..Cam kesian je sebab bunga tu cepat mati dan layu.. So, saya minta hadiah lain.. Demand sih..

YAB Tan Sri Dato' Andul Khalid Bin Ibrahim memberikan ucapannya pada sidang pagi


Prof. Dato' Dr. Aziuddin Ahmad sebagai Rektor KUIS


Ahli keluarga dan para graduan yang berada dalam PKK


Pelajar cemerlang yang menerima anugerah berbual bersama Dato' MB dan Dato' Rektor


Group BBAEC boys..


Group BBAEC girls

Love it so much!!!!!!


** Kalau anda semua perasan, kami tak pakai hoot..ala yang gantung kat leher jubah tu..itu yang membezakan antara program kami..so, tak bape comey la..abg yang jaga jubah ni kata leceh pakai hoot tu..betul ke??

4 comments:

LaNuNsepet said...

tahniah wak :-)
saya pun konvo jugak..
jemput ke facebookk tgk sy n family yer..

tahniah sekali lagi n selamat maju jaya :-)

sy doakan awak :-)

Brilliant Marjan@اداويه said...

sahabatku...lama tak dengar berita lanun...tq ye..

tahniah tuk awak juga..nanti sy jengok..sy ni nk tayang gambar segan..huhu..jadi tatalah yg mana ada..

~next year pula lain ceritanya.. :)

Anonymous said...

tahniah atas kecemerlangan n teruskan kecemerlangan tu.

abcd

Brilliant Marjan@اداويه said...

tq abcd..

sokongan yg diberikan sgt2 dihargai =)