Thursday, August 19, 2010

MENU PENYEMBUH SAKIT KEPALA

Assalamualaikum w.b.t

(menu berbuka kami sekeluarga nanti..ermm..sabar)

Mesti ada yang tengah bersiap-siap untuk menyediakan juadah berbuka. Ada pula yang lebih selesa menjamu selera di luar atau membeli saja hidangan berbuka. Tapi kena beringat ye kawan-kawan. Jangan ikut nafsu yang tak tertahan tu. Jangan membazir pula. Elakkan juga makan dikawasan tempat tercemar nanti diri sendiri yang melarat.

Bagi sesiapa yang kerap sakit kepala tu termasuk saya ni, usah risau. Ada cara penyelesaiannya. Kesakitan yang dirasai boleh diubati dengan pengambilan menu berikut:

1. Kentang Panggang

Menurut Elin Palinski, pakar diet dari New Jersey, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan potassium yang tinggi di dalam kentang panggang mampu mengatasi sakit kepala.

2. Tembikai

Salah satu punca sakit kepala adalah dehidrasi. Justeru, kandungan air serta vitamin dan mineral yang banyak di dalam tembikai dapat membantu melegakan sakit kepala.

3. Kopi

Kopi sering dianggap sebagai punca sakit kepala dikalangan individu. Tanggapan itu salah sama sekali. Sebaliknya kopi berupaya memerangi serangan sakit kepala kerana keampuhannya menyempitkan pembuluh darah yang membesar ketika serangan penyakit tersebut.

4. Roti gandum

Kekurangan karbohidrat turut menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang mudah dicerna seperti roti gandum amat membantu.

5. Badam

Dengan keupayaannya melancarkan peredaran darah, badam mampu merawat sakit kepala yang terjadi akibat penyempitan dan pembengkakan pembuluh darah.

~ Alahai..rindu pula nak makan kt Pasta Mania... Enaknya bau cheese..nyum3x..oppps..sabar k

3 comments:

Anonymous said...

pas mania ... cedap tu.

abcd

Brilliant Marjan said...

hehe..setuju3x..nk lagi..

ザ-sylver- S said...

kopi elakkan sakit kepala kah...
biasa bantai livita je kalo nk stay-up memalam