Monday, August 2, 2010

MINGGU PEPERIKSAAN DAN HARI GRADUAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan nikmat Allah s.w.t yang tidak terhingga buat saya dan keluarga kerana diberi kesempatan untuk bersama lagi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w berserta ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan seluruhnya. Sekadar cerita ringkas yang ingin dikongsi bersama sahabat blogger dan pengunjung setia Marjan Ibtisam.

Kini tiba kemuncak kepada setiap sesi pembelajaran adalah menguji sejauh mana tahap pelajar faham dengan ilmu yang disampaikan. Berdasarkan dari tajuk entri, telah bermula minggu peperiksaan buat saya dan rakan-rakan di bumi KUIS ini. Mungkin ada yang pelik sedikit sebab kebanyakkan IPT baru sahaja memulakan sesi pembelajaran. Tapi tidak bagi kami yang boleh dikategorikan kelompok terpilih. Pelajar Sarjana @ Master tak sama dengan adik-adik dari peringkat Diploma atau pun Ijazah ye. Harap kalian faham.

Di sini, adalah jadual perjalanan saya sepanjang minggu ini. Kemungkinan, untuk meng 'update' blog agak terbatas. Namun, saya cuba usahakan sebaik mungkin..

ISNIN : Takaful & Risk Management (MGMR 3303)  9.00am -12.00pm.
SELASA: Al Qawaid Al Fiqhiyyah (MGMA 2303) 9.00am - 12.00pm.
RABU & KHAMIS: Sesi mengambil jubah konvo degree BBAEC (fakulti FPM).
JUMAAT: Financial Management (MGMF 2303) 9.00am - 12.00pm.

*Sepatutnya hari jumaat ini juga akan diadakan raptai graduan. Tapi nampaknya, saya dan seorang lagi sahabat terpaksa minta kebenaran untuk tidak hadir kerana pada masa yang sama saya menghadapi peperiksaan.

SABTU: ISTIADAT KONVOKESYEN KUIS

* Untuk makluman sahabat semua, saya berada pada sidang petang. Jadi lepas solat Zohor, terus bersiap berada ditempat yang ditetapkan.

ISNIN: FIQH AL SIYASAH AL MALIYYAH (MGMS 2303) 9.00am -12.00pm.


~ Moga urusanku dipermudahkan olehMu.. Dah lepas satu paper..tawakal pada Allah.
~ Bermujahadah dengan peperiksaan MBA disamping rindu bersama rakan-rakan degree. Saya tak sabar jumpa seseorang.......
~ Semester ini saya ambil 5 subject termasuk business project tapi untuk exam hanya 4 sahaja. Last paper sebelum puasa adalah Siyasah Maliyyah...

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

meredah rimba mencari penawar,
akar ajaib seribu guna,
sekian lama awak belajar,
kini peperiksaan menjelang tiba.

merebus akar biarlah lama,
supaya sebati segala ramuan,
tenangkan minda damaikan jiwa,
barulah mudah menjawab soalan.

ramuan sejati amat berkesan,
menawar bisa ular dan lipan,
dari jauh kukirim harapan,
semoga usahamu beroleh kejayaan.

Good luck, wassalam =)

Brilliant Marjan@اداويه said...

wslm..

sebelum tu, sy nak tahu siapakah anda wahai insan yg terbernama??

sy kenal anda ke?

terima kasih ats pantun semangat yg diberi..namun, sy tak reti nk membalasnya...

~arapnya, sudi letak nama...