Monday, August 16, 2010

PEMBUANGAN BAYI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni kita telah berpuasa selama 6 hari dalam bulan Ramadhan 1431H. Cepat rasanya masa berlalu dan cepat pula kejadian yang acapkali berlaku dalam hidup kita. Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Lepas satu cerita, cerita lain yang baru pula timbul. Ni kes terbaru yang berlaku semalam. Sila lihat berita di bawah..

........................................................................


PETALING JAYA: Kes pembuangan bayi di negara ini seperti tiada kesudahannya apabila satu lagi mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat, ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas wanita di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, di sini, semalam.


Mayat bayi yang dibungkus dengan tuala dan sehelai kain berwarna hijau itu ditemui tiga lelaki yang sedang menjala ikan di sungai berkenaan, berhampiran Kolej Segi jam 11.30 pagi.

Ketika ditemui, mayat bayi berkenaan dalam keadaan bersih serta mempunyai kesan najis di punggung dan dipercayai ditinggalkan beberapa jam di kawasan itu sebelum ditemui.

Saksi kejadian, Badrul Abdul Rashid, 24, yang datang ke sungai itu bersama dua rakannya dari Sungai Buloh untuk menjala ikan berkata, mereka terkejut apabila melihat sebuah beg galas wanita berwarna hitam ditinggalkan di tebing sungai.

Badrul berkata, beliau tidak sedap hati dan berasa sesuatu yang tidak kena apabila melihat beg berkenaan sebelum memberanikan diri membukanya.

“Sebaik membukanya, saya terkejut besar apabila ternampak kaki bayi dan selepas mengamatinya, saya dapati bayi itu tidak lagi bernyawa. Saya bersama rakan kemudian bergegas memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan sebuah kondominium tidak jauh dari sini,” katanya. 


~ Berita selanjut baca di sini



.......................................................................

Saya merasakan sudah hilang sifat kemanusian.. Nak menyalahkan pihak mana pun dah tak tahu rasanya.. Semakin banyak berita disiarkan, semakin banyak kes buang bayi berlaku. Hukum gantung sampai mati pun macam tak ditakuti saja... Macam makin galak sikap menyalahkan dan keseronokan... Di sini saya siarkan kata-kata yang lahir dari perasaan bayi yang dibuang, ditinggalkan dan sebagainya.. Renungkanlah...

......................................................................


Sanggupkah bayi secomel ini dibuang??


ADIK CUMA MAHU TANYA IBU.... 

Ibu, adik cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat lagi 14 feb yang lepas?
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka itu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah ibu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izinkan dia sentuh jasad ibu
Sedangkan ibu tahu ibu dan dia tiada ikatan yang HALAL...
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah ibu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki itu tanam telah membuahkan hasilnya..
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
Adik telah lahir ke dunia ini ibu..
Tapi benarkah ibu?

Kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci pada adik?
Sedangkan adik adalah semaian tanda cinta kalian berdua?

Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan peritkah?
Tiada berbaki kah kasih dan sayang ibu pada adik?
Tidak lagi kah ibu berTUHAN?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
Adik cuma nak tanya Ibu.....
Mengapa setelah kehadiran adik sebagai tanda setia & cinta ibu pada jejaka itu……..
Dibuang dan tidak dihargai sebegini..

Apakah dosa adik sehingga adik diperlakukan sebegini…
Lebih muliakah kelahiran anak kucing hasil cinta si kucing jantan pada si kucing betina
Daripada kelahiran adik di dunia ini?....
Hina sangatlah kehadiran adik di dunia ini……
Kenapa sehina ini tanda cinta ibu dan jejaka kesayangan ibu itu……..
Adik tidak minta kehadiran adik disanjung setinggi bulan & bintang…
Cukuplah sekadar menghargai kehadiran adik di dunia ini sahaja…..

Sebagai HAMBA ALLAH yang bakal menyambung kesinabungan perjuangan UMMAT NABI MUHAMMAD di muka bumi milik ALLAH ini....

Ingatlah ibu……..MATI adalah PASTI bagi Setiap Kehidupan Di Dunia iniiiiii…

Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Melihat akan segala perbuatan kita..

**** Semua pihak kena ambil tahu.. Ini peringatan untuk saya dan anda semua...

4 comments:

fathiahRAIHANA said...

ana pon dpt video nie di FB . sedih sgt .. bla la nk brakhir pnbuangan bby nie ..

Brilliant Marjan@اداويه said...

memang sedih sgt dgn hal mcm ni..kena bendung masalah ni..ia bermula semua dari kita..

Idda Hashim said...

Sedihnye baca..ntahlah bila manusia smue akan tersedar dari kesilapan..Mudahan mereka diberi hidayah Allah agar dapat bertaubat sblom ajal menjemput, Astagfirullah

Brilliant Marjan@اداويه said...

Mudahan2 kita terlepas dari melakukan dosa ini..moga kita diampunkan Allah. aminn