Tuesday, September 14, 2010

LURUSKAN HATI KAMI YA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t


Masih lagi dalam mood beraya. Mesti seronokkan? Wah, tu hah makan tak henti-henti.. Sedap ye menjamu selera bersama sanak saudara? Maklumlah, nak jumpa bukan senang ye tak? Tapi jangan terlebih makan pula, nanti asyik nak ke tandas saja.. Bagi yang dah memulakan tugas tu, jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi. Mood raya tu kena diteruskan, ceria tau..

Bagi saya sekeluarga, alhamdulillah semuanya disambut secara bersederhana. Tiada yang baru pun kat rumah kami ni. Baju-baju tu barulah.. Tapi sempat juga kami beraya ke utara tanah air iaitu Kedah dan Penang pada sabtu lepas (raya kedua). Lawat saudara kami dan bakal-bakal...ehem-ehem kepada adik-adik saya. Dah namanya raya, konsep family kami ni senang, ziarah menziarahi untuk lebih mengenali saudara-saudara seIslam dan seIman. Tiada yang pelik kan? Tidak terkecuali juga melawat sahabat saya yang kurang sihat di Perak semalam (raya keempat). Semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya. Amin.

Sebenarnya, masih banyak lagi rumah saudara yang tak sempat kami kunjungi lantaran kepenatan dan keletihan berjalan jauh. Walaupun saya ni tak drive tapi tetap penat juga. Mungkin sebab kami balik hari agaknya.. Memang tak pernah dibuat orang agaknya.. Namun ia memberi seribu satu rahmat sebab dapat juga kami berjalan-jalan ke negeri orang. Tapi Ummi saya orang Kedah ye..

Namun yang mendukacitakan ketika semua umat Islam meraikan kemenangan lantaran sabar menjalani ibadah puasa, kita semua dikejutkan dengan berita sedih tentang pembunuhan jutawan kosmetik Dato' Sosilawati Lawiya bersama rakan-rakannya. Kejam sungguh cara mereka dibunuh!! Mereka yang telah ditangkap perlu dihukum gantung sampai mati!! ADIL

Tiba-tiba glamor Banting di dada-dada akhbar. Kawasan kejadian tak jauh pula tu dari kampung datuk saudara saya. Lagipun laluan tersebut memang kami dah biasa lalu. Licik betul pembunuh mencari lokasi yang dianggap strategik. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hukuman setimpal perlu diberi!!! Keadilan mesti ditegakkan..

...........................................

Dengan itu, saya dedikasi doa untuk kita mantapkan hati kita agar lurus dalam melalui ujian yang kita telah lalui dan bakal dilalui..


Ya Allah...
Dengan berkat Nabi-MU
Dengan berkat guru kami
Luruskanlah hati kami
Agar kami ikhlas selalu
Tetapkanlah hati kami
Agar kami tidak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah...
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hati kami
Agar mazmumah kami
Tidak merosakkan agama kami
Dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai Tuhan…
yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hati kami
Agar keyakinan kami tidak berubah
Supaya kami sentiasa tabah

Tuhan...
ENGKAU rasalah hati kami
Sentiasa bersama-MU
Supaya kami rasa
Ada kawan yang sentiasa melindungi kami
Agar kami tidak merasa sepi
Di dalam hidup kami
Kami merasa malu
Melanggar perintahMU

Ya Allah..
Tuhan yang menjaga hati..
Luruskan hati kami
Agar seluruh hidup kami menjadi baik..
Supaya tidak khianat
atau tidak hasad
dan tidak pendendam
sesama manusia..

Tuhan…
Limpahkanlah ke dalam hati kami
Iman dan nikmat
Hingga kami dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupan kami
Supaya lahir batin kami menjadi taat

Tuhan..
kami harap engkau
Memudahkan doa kami ini..


Amin ya Robbal alamin


~ Al-Fatehah buat keempat-empat mangsa pembunuhan dan takziah buat keluarga mangsa..

No comments: