Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN BUAT ANDA SEMUA

Assalamualaikum w.b.t


Tiada mukadimah yang lebih istimewa melainkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk merasai nikmat meraikan kemenangan buat umat Islam, Syawal yang akan bermula esok. Namun hati saya tetap sayu dan sedih kerana perginya Ramadhan yang mungkin inilah yang terakhir. Syaitan akan kembali bermaharajalela untuk menyesatkan umat manusia lagi. Itu janji Si Laknat. Nauzubillah..

Semoga Ramadhan ini membawa satu perubahan besar dalam hidup kita yang mana ia dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Moga ada perubahan yang berlaku dan setiap amalan kita ada penilaiannya daripada Allah Azza Wajalla. InsyaAllah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan buat anda semua terutamanya buat pengikut dan silent reader di Marjan Ibtisam. Apa yang saya kongsikan bersama anda di sini adalah sebagai satu medan dakwah secara tidak langsung untuk mengingatkan kita yang sering terleka. Namun, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan saya cuba melakukan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Sebelum itu, hayati bait-bait video dan lirik lagu ini. Syabas TV 3 kerana menyiarkan cerita yang penuh pengajaran. Tapi harapnya jangan berlaku lagi iklan yang tidak ditapis terlebih dahulu dan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum. Saya kesal sebenarnya..





Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia, menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya 'tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diri Mu
Ohh..
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman 'tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diri Mu

~  Rasanya inilah tahun yang penuh liku-liku cabaran buat diriku. Hanya padaMu aku meletakkan harapan, perlindungan, belas ihsan dan rahmat kasih sayangMu. Aku redha dengan ujian yang telah Engkau datangkan kepadaku.

No comments: