Saturday, November 6, 2010

KESIHATAN TERGANGGU LAGI

Assalamualaikum w.b.t


Bukan merungut atau mengeluh. Cuma sekadar cebisan rasa. Semakin nak habis belajar ni, macam-macam dugaan datang. Paling ketara dan kerap berlaku pada diri saya adalah tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Sekali lagi demam, batuk dan selsema.

Musim tengkujuh begini, banyak yang tak boleh nak dibuat. Lebih elok terperap di rumah buat apa-apa yang patut. Tapi yang pasti saya wajib menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Ada yang dalam proses akhir dan separuh dibuat.

Hidung ni makin sensitif dan ubat yang dimakan memberikan kesan mengantuk. Namun adakalanya mata tidak mahu mengalah. Tidur pun tak ikut jadual. Macam-macam!

Uhuk! Uhuk! Ohok! Ohok!...

* Semoga ujian yang diberi dapat menginsafkan diriku ini.. Ada hikmah..

~ Jom solat...

5 comments:

light 0F happiness said...

salam,
moga cepat sembuh :D, sakit sikit xpe, bukankah sakit itu rahmat :D

Brilliant Marjan said...

terima kasih

Ummu Ajwad said...

salam sis..uhuk2..cian sis..moga cepat sembuh..sis makan ubat tau..anjang pun tak ok lagi ni..luka cam bengkak..doakan anjang kuat ye..i miss him so much..anjang ingt kata2 sis..'dia kat syurga'..yup..

ChiKeDees said...

bersabar la ye..semoga cepat sembuh

Brilliant Marjan said...

Terima kasih buat Ummu Ajwad dan ChikeDees...