Thursday, December 23, 2010

JANGAN BENCI MANUSIA

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat pagi semua. Hari yang baik pastinya, InsyaAllah. Saya baru lepas study untuk kertas terakhir esok, so, nak santai-santai je sebenarnya. Malam tadi siapa ada terdetik di hatinya untuk memaafkan semua orang yang dikenalinya? Anda tanya diri anda sendiri.. Kerana apa saya bertanya demikian?
  1. Bila kita memaafkan semua orang sebelum tidur terutamanya suami isteri, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang dan tiada rasa dendam yang tersimpan.
  2. InsyaAllah, hubungan kita akan kembali pulih seperti sediakala.
  3. Rasa amarah yang terjadi daripada nafsu kita dan juga dipengaruhi syaitan akan musnah kerana kita mampu memaafkan orang lain (Bukan tanda kita kalah).
  4. Mood anda pada keesokkan harinya akan baik. Lebih molek andai setiap kali kita bangun dari tidur, kita berperasaan yang indah untuk memulakan hari baru...
  5. Awet muda you... Penting tau..
Rasanya cukuplah 5 sebab saya beri jika kita memaafkan orang lain.. Sebarang yang menjurus ke arah kebaikan, hendaklah diteruskan dan diamalkan untuk kebaikan diri anda...


Bercerita pasal topik di atas, setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan walaupun sekecil zarah kecuali para nabi dan rasul.

Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.



Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak?? Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda telah berbuat silap, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan. Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkahlaku mereka.. Orang kata tegurlah dan pimpinlah mereka ke arah kebaikkan..

Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan..

Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus... Dan mereka juga sedar kerana masih lagi ada yang sayang pada mereka dan InsyaAllah secara sendirinya, mereka juga turut berubah...

Anda setuju?

Sebagai contoh:
Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Di mana letaknya cara Islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi  si B menjadi lagi jauh dariNya.


Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun sesedap hati secara terang atau mengumpat dibelakangnya..

Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain dengan niat supaya orang tersebut berubah...

Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

Sayang dan ubah peribadi anda dari sekarang. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula.. Kebaikkan yang datang kadang-kadang berlaku pada hal-hal yang tak terjangka..

* teks asal telah diubah sedikit..


~ Ummi saya pernah kata "Jangan cakap besar yang kita tidak buat salah dengan memandang rendah dan hina pada orang lain. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Boleh jadi kita juga yang akan terkena akibatnya. Sekarang Allah bayar cash je kat dunia ni. Sekejap je DIA nak tunjuk kat kita"

No comments: