Thursday, December 9, 2010

LAST KELAS...

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar sahabat semua? Agak lama juga kan saya tak menyiarkan sebarang ilmu untuk dikongsi.. Mohon maaf andai ada yang menunggu.. Saya terpaksa mendahulukan hal yang penting.. Dan, semuanya sudah selesai..

Hari ini merupakan kelas terakhir untuk subjek Islamic Financial Planning (IFP) dan kelas terakhir untuk semester terakhir ini.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah s.w.t kerana saya berkesempatan mendalami ilmuNya yang maha luas.. Mungkin ramai yang tak biasa dengar tentang IFP apatah lagi ia masih baru lagi diperkenalkan di Malaysia. Dan kebetulan rata-rata yang menceburi bidang Financial Planning ini adalah dari kaum Cina..

Serba ringkas mengenai IFP atau dalam Bahasa Melayu nya Perancangan Kewangan Islam..

  • Perancangan kewangan yang membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan terutamanya yang berlandaskan prinsip syariah.
  • Antara contohnya; berkahwin, beli rumah, kereta, pendidikan anak-anak, pergi haji, memulakan perniagaan, takaful, pelaburan, perancangan selepas bersara dan juga untuk saham akhirat seperti waqaf, hibah dll.
Subjek ni memang menarik sebabnya mendidik kita untuk lebih berdisplin dalam berbelanja dan menguruskan kewangan untuk jangka masa panjang. Bagi sesiapa yang suka menghabiskan duit tanpa memikirkan kesan jangka panjang, baik anda semua berfikir dan bertindak dari sekarang. Sikap berfoya-foya sakan haruslah dijauhkan. Melaburlah kepada yang lebih menguntungkan anda untuk hari tua anda juga dan paling penting melabur untuk hari akhirat.

Saya pun sudah memikirkan untuk memiliki tanah sebagai pelaburan disamping emas dan perak. Wah, menarik tu.. Wealth accumulation for the future.. Semua tu merupakan tajuk kajian saya ketika di semester akhir ini... Tu yang cita-cita nak kumpul harta semakin menebal di kalbu...

(untuk mas kahwin)

(untuk nikah)


~ Hai Cik Abang, mas kahwin nanti saya nak dinar emas tau... Pelaburan tu..
~ Alhamdulillah, mak dan ayah si dia sudah selamat kembali ke tanah air.. Saya tak sempat lagi nak melawat.. Tunggu Ummi balik..
~ For my mom, chayok3x.... Ummi boleh buat untuk exam induksi tu...

* Gambar di atas hanyalah angan2... namun mampukah dia....

No comments: