Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA TERBAIK!!!

Assalamualaikum w.b.t

GOLLL!!!!

Siapa minat bola sila angkat tangan! Haip.. Ada tak? Ok2.. Nampak dah.. Malaysia terbaik lah.. Malaysia mengalahkan Indonesia dengan 3-0 baru je tadi habis... Aku tak pandai nak ulas sangat. Nanti kita tengok paper esok hari je lah ye...

Aku cuma rasa teruja sat tadi... Aku memang suka bola itupun jika ada masa nak tonton. Kat rumah je pun. Tengok dengan adik-adik aku yang lain. Tak macam Abah atau Angah dan sepupu aku tu, Si Fariq.. Siap pergi stadium lagi betapa mereka syok layan bola...

Bagi aku, Malaysia semakin baik rentak permainannya.. Moga nanti dapat kekalkan retak tersebut bila berlawan di Indonesia pula... Tahniah Malaysia..

Now, aku dah ngntok. Kepala pun asyik pusing tak tahu kenapa. Badan ni pula rasa panas sejak balik dari shopping kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi.. Nak demam agaknya... Tak pun risau pasal tesis dan viva.. Seram pula bila fikir...

Tata... Masahul Khair..

~ Tadi Ummi kata kat dalam tandas wanita di Tingkat 1 JJ, ada budak hilang. Kecik je. Maybe dalam umur 3 tahun. Berketurunan Cina dan tak pakai selipar.. Tak tahu anak siapa... Aduh... Macam mana keadaannya... Korang jaga anak korang baik-baik ye...

No comments: