Friday, December 31, 2010

SOROTAN 2010

Assalamualaikum w.b.t

Dalam beberapa minit lagi kita akan menutup tahun 2010 dengan 1001 kisah yang sudah pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan sama ada pahit atau manis, pencapaian dan kontroversi.

Di sini saya menyiarkan beberapa bingkisan yang dipetik dari akhbar KOSMO dan Berita Harian untuk tatapan kita semua. Antaranya:

Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya


[Allahyarhamah Sosilawati]


KETIKA umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia pula dikejutkan dengan berita kematian usahawan itu.


Sosilawati bersama tiga orang rakannya, Kamarudin Shansudin (pemandunya), 44, Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB), 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, menjadi mangsa kepada golongan bernafsu tamak haloba.


Keempat-empat individu itu dipercayai dipukul dan dibakar di atas kepingan zink sebelum abu mereka dilupuskan dalam sungai berdekatan ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting, Selangor.


Ramai yang menyifatkan kematian Sosilawati antara pembunuhan paling sadis dalam sejarah jenayah di Malaysia sepanjang dekad ini. Tidak kurang juga ada yang menyamakan pembunuhan ngeri jelitawan dari Batu Pahat, Johor itu dengan tragedi pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam, Datuk Mazlan Idris kira-kira 17 tahun lalu.


Berikutan pembongkaran kes itu, lima orang suspek termasuk seorang peguam, N. Pathmanabhan, 41, dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dengan tiga rakannya.

Nahas bas terburuk


[Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga mengorbankan 28 nywa]


NEGARA terus disajikan dengan berita nahas jalan raya melibatkan bas ekspres pada tahun ini.
Tragedi nahas bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands bukan sahaja menjadi penutup siri kemalangan bas tahun ini, bahkan menjadi nahas terburuk dalam sejarah kemalangan bas tanah air.


Kegembiraan sekumpulan 35 orang penumpang yang rata-ratanya dari Hatyai, Thailand bertukar tragedi apabila bas yang menuju ke Kuala Lumpur dari Cameron Highlands itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik.


Akibat perlanggaran itu, 28 orang mangsa termasuk dua warga Malaysia, Omar Shahidan (pemandu bas), 48 dan Soontorn Kian (pemandu pelancong), 38, terkorban.


Seorang kakitangan bilik mayat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dipetik berkata: “Kami belum pernah menerima sebegitu banyak mayat dalam masa sehari.”


Mavi Marmara ditawan Israel


 [Kapal Mavi Marmara]

DALAM kejadian pukul 4.20 pagi 31 Mei lalu, kapal Mavi Marmara yang berada di perairan antarabangsa menghala ke Gaza dikepung dari segenap penjuru oleh tentera Israel.


Kapal yang memuatkan lebih 500 sukarelawan Flotila Pembebasan Gaza itu dikepung oleh tiga helikopter, 19 bot dan lapan kapal laut tentera Israel.


Mavi Marmara mendahului lapan kapal lain dalam misi menghantar 10,000 tan makanan, bahan binaan, bekalan sekolah dan bantuan perubatan ke Gaza.


Seramai 12 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal Mavi Marmara.


Antara rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal Mavi Marmara ketika serangan itu ialah wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Abdul Latip.


Amarah alam

[Banjir di Kedah dan Perlis]


BANJIR besar yang melanda Kedah dan Perlis dikatakan berpunca daripada fenomena La Nina selain angin kencang dan hujan lebat yang membawa hujan melebihi keadaan biasa bagi tempoh empat bulan bermula November.


Banjir itu yang menenggelamkan puluhan ribu rumah penduduk termasuk rumah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan yang terburuk sejak lima tahun lalu.


Di pentas antarabangsa pula, amukan alam lain termasuklah banjir besar dalam sejarah Pakistan selain bencana Gunung Merapi di Indonesia.


Pertunangan Putera William dengan Kate Willington


 [Putera William dan tunangnya Kate Middletondi Istana St. James, London 16 Nov 2010]


MEREKA telahpun melangsungkan pertunangan di Istana St. James, England pada 16 November, Selasa.


Menurut William, dia telah melamar Kate ketika mereka sedang bercuti di Kenya Oktober lalu dan kedua-dua mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan dan ingin mendapatkan anak secepat yang mungkin.


William telah melamar Kate dengan memberikan sebentuk cincin platinum dengan batu sapphire 18 karat berwarna biru dan bertaburan berlian milik ibunya, Puteri Diana.


Sebelum ini, cincin yang bernilai RM195,000 (USD65,000) itu diberikan oleh Putera Charles ketika melamar Diana pada Februari 1981.

Pahlawan Melayu di Istana Kayangan


[Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Harlina]


MERUPAKAN tema perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos yang bersiaran lansung di TV3 pada 10.10.10. lalu.


Perkahwinan yang paling menjadi tumpuan disebabkan beliau merupakan Angkasawan Negara Pertama.


Dr Sheikh Muszaphar telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos.


Antara angkasawan yang dijemput adalah Rakesh Sharma dari India, angkasawan pertama yang beragama Islam Putera Mahkota Arab Saudi dan angkasawan pertama China Yang Li Wei.


*********


Itu dalam negara dan sedikit dari luar negara.. So, apa cerita saya pula sepanjang tahun ini? Macam-macam...


Yang tak boleh lupa, kehilangan anak buah sulung, Muhammad Ajwad Naufal.. Semoga dirimu ditempatkan (pastinya) dikalangan para Solehin.. Sebulan je dapat bersama..


Then, berkerat rotan dengan salah seorang sahabat saya.. Memang sedih tapi tak mengapalah.. Saya salah.. Cumanya, saya bukan sempurna dan saya akui kesilapan saya dalam mengenali orang.. Kadang cuma ingin tahu je tapi bukan benar-benar mengambil berat.. Sebab tak semua sanggup terima kita jika kita susah.. Tapi saya sudah kenal di mana kekuatan saya.. Siapa dia di mata saya... Setiap kita pasti ada sejarahnya...


Namun, saya tetap bersyukur sebab diri ini sudi dimiliki orang... Erm, ujian Allah juga sebab dalam masa yang sama si dia tidak sihat.. Kuatkanlah dirimu wahai Adam.. Jika jodoh kita kuat, Allah tetap akan izinkannya berlaku...


Tapi, saya gundah gulana... Hati manusia.. Nak sempurna, namun mungkin itu yang sukar diperolehi... Saya bersyukur sangat dan gembira mengenalinya.. Sahabat yang sangat istimewa... Terima kasih..


Aku telah tamat belajar... Tapi bukan lagi dalam erti kata sebenar... Viva tesis menanti..


Buat akhirnya, saya memohon ampun maaf kepada sahabat blogger yang lain jika ada salah silap saya selama ini... Terima kasih kerana mewarnai sebahagian dari hidup saya =)

No comments: