Thursday, April 29, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UMMI

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada hari yang penuh keceriaan ini, saya berkesempatan lagi merasai nikmat yang tidak terhingga dari Allah s.w.t. Hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup saya; wanita yang melahirkan saya dengan jerih payah, membesarkan saya dengan penuh kesabaran dan yang mendidik saya dengan segala ilmu yang ada di dunia ini. Wanita tersebut adalah Ummi, Noraini Binti Husain.

Ketika entri ini ditulis, saya, Abah dan Alang, baru selesai menyambut birthday (hanya dinner tetapi tetap istimewa) Ummi di Pizza Hut. Layan keinginan Ummi tersayang. Untuk pengetahuan, adik-adik lain tiada di sini kerana mereka berada di asrama, kolej dan urusan kerja. Sebab itulah hanya kami berempat saja.

Saya ni tak pandai nak menulis sajak atau pantun, kalau ada pun mungkin mengambil masa yang lama. Cuma saya mampu memetik sajak yang dirasakan sesuai untuk menyatakan perasaan saya buat insan yang sangat berjasa dalam hidup saya. Terimalah...

********************************************

Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
~Muhammad Syafiq~

Tuesday, April 27, 2010

UTAMAKAN AMALAN BATIN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dalam memberikan rezeki, kesihatan dan kehidupan yang baik kepada kita semua. Hari ini kami semua mengadakan jamuan sebagai tanda menghargai segala usaha para pensyarah dan disamping kejayaan kami dalam mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semester satu MBA MUAMALAH baru-baru ni. Tapi picture nya tiada lagi. Ada masa nanti saya upload kannya.

**************************************************

Kenapa amalan batin perlu diutamakan? Di antara sebab amalan batin wajib diutamakan kerana terdapat bukti dalam nas seperti berikut:

1. Perintah khusyuk dalam solat:

"Apakah belum masanya bagi orang yang beriman untuk khusyuk mengingati Allah." (Al-Hadid: 16)

2. Supaya sentiasa merasa diawasi oleh Allah:

"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari al-Quran dan tidak mengerjakan suatu pekerjaan melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Allah biarpun sebesar zarah (atom) di bumi biarpun di langit. Tidak ada yang kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat dalam kitabnya yang nyata (Luh Mahfuz))." (Yunus: 61)

3. Perintah supaya takut pada Allah:

"Janganlah kamu menyembah dua tuhan. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku sahaja kamu takut." (Al-Nahl: 51)

4. Perintah supaya tawakal:

"Hanya kepada Allah sahajalah orang beriman harus bertawakal." (At-Taubah: 51)

5. Perintah supaya syukur:

"Bersyukurlah kamu kepada Allah sekiranya kamu benar-benar menyembah-Nya." (Al-Baqarah: 172)

6. Perintah supaya sabar:

"Sabarlah, tetapi tidak mungkin kamu bersabar kecuali dengan pertolongan Allah." (Al-Nahl: 127)

~ Dipetik dari majalah Solusi

Monday, April 26, 2010

BUKAN SENANG NAK SENANG

Assalamualiakum w.b.t..

Alhamdulillah sesi pembelajaran saya kembali seperti biasa. Orang kata "welcome back to school." Hari ini saya mula belajar subjek 'Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah'. Perkara baru bagi saya yang kurang basic ilmu agama. Tapi ini adalah cabaran dan subjek wajib yang saya perlu ambil untuk melayakkan saya bergraduan dengan jayanya dalam MBA MUAMALAH kelak. Amin.

Subjek ni tak jauh beza dari Usul Fiqh yang saya belajar sebelum ini. Kira antara cabangnyalah." So, Adawiah, ingat, Adawiah boleh menguasai subjek ini dengan baik dan amalkannya lebih-lebih lagi untuk menyelesaikan masalah ummah dalam muamalah. Buat semua apa yang prof nak untuk berjaya." (insyaAllah)

Bukan senang nak senang dalam menuntut ilmu ni. Kita pernah dihebohkan dengan beli sijil kelayakan dalam bidang tertentu semata-mata mudah untuk dapat kerja dan sebagainya. Apa perasaan anda semua jika kita belajar teruk-teruk tapi ada pula yang senang-senang beli certificate untuk dapat kerja dengan mudah? Mujur juga ada yang tengok kelayakan dalam bidang kemahiran dan ada yang nak bukti hasil kerja-kerja yang dilakukan. Tetapi ketahuilah, setiap yang berlaku ada balasannya jika kita menipu untuk sebuah sijil dan pengiktirafan.

Anda fikir-fikirkanlah ae..Tapi ada kisah lain yang ingin saya kongsikan untuk menyedarkan anda semua.. Masi lagi di bawah tajuk yang sama..

******************************************************

Seorang pemuda ditemui sedang berlegar-legar di tepi sebuah tiang lampu di tepi sebatang jalan. Habis dikais-kaisnya rumput dan kertas di bawah naungan lampu itu. Walaupun hari sudah larut senja, tapi pemuda itu tetap tercari-cari akan sesuatu di bawah sinaran lampu itu.

Sikap pemuda itu menarik perhatian seorang makcik yang kebetulan sedang bersiap-siap untuk menutup kedainya. Lalu makcik itu datang dan bertanya, "Kenapa sejak tadi makcik tengok anak berlegar-legar di bawah tiang lampu ini?"

"Cincin saya makcik, cincin saya hilang."

Makcik tadi kasihan dan turut sama-sama membantu mencari cincin itu. Namun, cincin berkenaan tidak juga ditemui. Lalu makcik itu bertanya, "Betulkah cincin itu hilang di sini?"

"Siapa pula kata cincin itu terjatuh di sini... Tak lah."

"Habis, cincin itu jatuh di mana?"

"Di sana, di tempat gelap tu," ujar budak itu lalu menunjukkan satu kawasan gelap agak jauh dari situ.

"Laa... Tapi mengapa kamu mencarinya di sini?" Makcik itu kehairanan.

"Yalah makcik... saya carilah di tempat terang, di bawah tiang lampu ini. Sini mudah. Kalau cari kat sana tu susah. Gelap pulak," jawabnya selamba.

Makcik itu menggeleng-gelengkan kepala.

PENGAJARAN:

Manusia kerap memilih jalan pintas untuk senang dan berjaya. Mereka cenderung memilih jalan senang untuk senang, walaupun tahu kesenangan itu tidak akan di temui dengan cara itu. Apa yang dipentingkan, jalan itu mudah. Padahal secara sunnatullah memang telah Allah tetapkan - no pain, no gain. Bukankah syurga itu dipagar dengan segala kesusahan? Justeru, untuk melakukan kebaikan dan kebajikan (yakni jalan menuju ke syurga) begitu sukar dan mencabar. Tapi tempuhilah. Bukan senang nak senang

~ 'cerdik' betul budak tu kan?? kalau saya jumpalah, maunya saya debik kepala dia supaya tak malas nak cari harta dia yang hilang tu..uuhhh

Saturday, April 24, 2010

THE ROSE


The Rose by William Bean



The rose is often used to show

your affectionate love to that

someone special in your life.


The (R) in the word rose represents

The radiance of beauty of the rose.

For no flower can compare.

For you are like the rose my

love and compare to none.


The (O) represents the outstanding

depths of color of each petal of

the rose. It's like the outstanding

depths of color that sparkle in

your beautiful eyes.


The (S) represents the softness

of each petal of the rose.

For your lips are like the

petals of a rose, soft and sweet

to each kiss.


The (E) represents the everlasting

beauty of the rose, for the rose

soon fades and dies.


But the everlasting beauty of it

stays in the eye of your mind forever

for you are like the rose my

love, for your beauty is everlasting

neither fades nor dies in the

eyes of the one that loves you.

 
~ tHe rOse that i lOvE is....my MoM =)
* Good mood

Friday, April 23, 2010

LELAKI~ANTARA EGO & TANGGUNGJAWAB


 Assalamualaikum w.b.t

Islam mengakui perbezaan jantina dan setiap perbezaan itu juga mempunyai perbezaan tangungjawab dan tugas. Dalam Islam lelaki mempunyai tangungjawab yang tertentu yang tidak diberikan kepada wanita seperti jawatan khalifah, imam, wali dan lain-lain lagi tetapi ini tidak bermakna lelaki boleh ego dengan tanggungjawab itu. Tanggungjawab ini diberikan Allah SWT satu amanah dan bukannya untuk kebanggaan atau ego dengan menindas jantina yang lain seperti ketua keluarga diberikan kepada lelaki tetapi tidak bermakna lelaki boleh membuat sesuka hati terhadap isterinya.

Perbezaan jantina antara lelaki dan wanita disebabkan oleh perbezaan fisiologi, biologi dan psikologi diiktiraf oleh Islam dan sebab itulah Islam membezakan tanggungjawab dan tugas antara lelaki dan wanita. Akibat daripada perbezaan asal dalam peranan dan objektif mereka kita dapat tahu lelaki dan wanita mempunyai sifat semula jadi dan taraf yang berbeza antara satu sama lain dan setiap seorang daripada mereka menjadi pelengkap kepada yang lain bagi memenuhi peranan asal mereka.

Dalam soal kepimpinan keluarga dan masyarakat serta negara Islam memang telah memberikan tanggungjawab ini kepada lelaki dan walaupun wanita tidak diberikan tanggungjawab ini bukan bermakna wanita tidak diberikan peranan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagai contoh wanita adalah pengurus rumah tangga, pendidik anak-anak dan harus menjadi isteri yang baik, keluarga yang baik akan melahirkan masyarakat yang baik, masyarakat yang baik tentu sahaja akan melahirkan keluarga yang baik. Maka wanita haruslah bersyukur kepada Allah kerana tidak dibebankan dengan solat berjemaah, Solat Jumaat, berjihad dan mencari nafkah hanya perlu taat kepada suaminya dan taat kepada Allah maka selesailah tanggungjawabnya di dunia.

Sebagai lelaki pula segala tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka apakah sudah ditunaikan. Dalam masalah keluarga misalnya, walaupun isteri diminta untuk taat kepada suaminya bukan bermakna taat kepada suaminya secara membuta tuli. Kadang lelaki sebagai suami silap dalm mentafsirkan taat kepada suami itu adalah secara 100% walaupun ada kalanya suruhan itu bertentangan dengan Syariat Islam.


Dalam satu hadith Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik kamu adalah orang yang berbuat baik kepada isterinya" dan dalam sati hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda "Muka yang memukul wanita adalah bukan orang yang sebaik-baik antara kamu". Hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Majah Addarimi.

Hadith ini adalah arahan Islam supaya suami atau lelaki bersikap lemah-lembut terhadap wanita tetapi walaupun ramai lelaki yang berlemah-lembut terhadap wanita dengan melakukan penderaan fizikal ini dan kadang didera dengan penderaan mental.

Lelaki tidak boleh merasa hebat hanya kerana tanggungjawab yang diberikan kepadanya tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut secara sepenuhnya. Dalam soal kepimpinan ramai lelaki menjadi pemimpin tetapi berapa ramai yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh kepimpinan.

Sekarang ini ramai lelaki menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan industri tetapi berapa ramai yang benar-benar jujur dalam urusan perniagaan ini atau misalnya kita lihat hari ini ramai yang ditangkap kerana penyelewengan dan rasuah.

Dalam hal kehebatan lelaki ini sebenarnya dalam Islam tiada yang hebat sepenuhnya sama ada lelaki atau wanita kecuali yang bertakwa kepada Allah. Kepada lelaki beberapa perkara perlu direnungkan supaya barangkali egonya sebagai lelaki akan menurun dan tetap berada di atas landasan yang betul.

i. Berapa ramai lelaki yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dalam hidupnya.
ii. Berapa ramai di antara lelaki atau suami menjadikan Rasulullah SAW sebagai suami ikutan dan contoh. Para Sahabat bertanya kepad Saidatina Aisyah R.A. "Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah di rumah, Aisyah menjawab, Rasulullah apabila berada di rumah baginda akan membantu ahli keluarganya dan apabila tiba waktu solat baginda akan mendirikan solat".
iii. Rasulullah SAW adalah suami, bapa, datuk kepada cucu, pemimpin, panglima perang dan hakim tetapi baginda dapat menjadi yang terbaik dalam semua segi, berapa ramai lelaki yang boleh menjadi seperti ini tanpa rasa ego dan mengabaikan keluarga.

Oleh: Ustaz Azhar Tuarno, Imam Masjid Negara

~ Mudah-mudahan artikel ini membuka sedikit kesedaran kepada lelaki supaya lelaki tetap melaksanakan tanggungjawab dan dalam waktu yang sama membuang rasa ego dalam diri.

*** Bagi pendapat saya, lelaki mestilah mempunyai kualiti diri untuk membimbing sesebuah keluarga. Jika kurang ilmu sekalipun, wajiblah menambah ilmu sebanyak mungkin dan mengajak isteri bersama-sama mencari ilmu. Jika lelaki pendiam sekalipun, cubalah mencari idea-idea untuk mengharmonikan kehidupan anda sekeluarga.

Tetapi bagaimana jika seorang lelaki ingin berkahwin dua?? ADIL untuk kedua-dua isteri anda dalam semua segi. Itupun kalau nak kahwin dualah. Jika empat, empat orang lah anda sebagai lelaki perlu bersikap adil untuk kesemua isteri-isteri anda. Ahli keluarga pihak isteri perlu juga diambil beratkan. Jangan tahu nak seronok saja, sebab jika ada kepincangan dalam keluarga, akhirat nanti bahu anda senget sebelah sebab tak adil dalam melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga anda.

Thursday, April 22, 2010

MELIHAT TANPA BERTEMU

Assalamualaikum w.b.t

Kuliah saya untuk semester dua MBA tak mula lagi. Jadual kuliah sudah ada tetapi semuanya mula minggu depan. Jadi ada masa untuk saya bersama Ummi tersayang di rumah. Sempat juga berjalan di PKNS, Shah Alam untuk menghantar kain ela dibuat baju kurang. Sekadar beralih angin mencuba hasil tangan orang PKNS.

Biasanya kita akan menjadi ramah jika jumpa orang yang sesuai dengan kita. Adakalanya topik yang dibincangkan mudah tetapi ia boleh meleret-leret ke hal yang lebih besar lagi. Setiap tindak tanduk kita untuk pertama kali bertemu akan dinilai sama ada kita menilai dia atau dia menilai kita. Paling penting jadilah diri anda seadanya. Tak payah cover cun atau handsome.

Tapi apa perasaan anda jika bercinta tanpa bertemu pasangan anda itu??? Jawab....

Alamak! Lari topik la.. Persoalan tadi perlu dijawab ok?! Tapi ada kisah yang perlu anda ikuti sebagai pengajaran.. Jom baca... =)

***************************************************


Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.

Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampaka kerbau pakcik yang hilang?"

"Oh, kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" tanya budak itu.

"Ya, ya..." jawab pakcik itu dengan cepat.

"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.

"Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"

"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"

"Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"

"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.

"Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."

"Betul saya tak nampak, pakcik," balas budak itu lagi.

"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifatnya kerbau pakcik?"

Budak itu tersenyum. "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.

"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.

"Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"

"Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah...ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan sperti diseret, ada ketikanya tidak ada lansung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang...."


PENGAJARAN:

Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagungan-Nya. Cukup dengan melihat ciptaan-Nya! Bagi mereka yang berfikir, mengkaji dan membaca, mereka akan menemui apa yang dicari. Amat rugi bagi mereka yang tidak menggunakan anugerah yang diberi dengan sebaik-baiknya.

~@ AWARD LAGI @~

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat menghargai award yang diberi oleh sahabat blogger lain. Terima kasih..


Award dari Fezz-Anna








Tq Fezz-Anna



Award dari Mimi

Tq Mimi



Award dari Asmieyra

Wednesday, April 21, 2010

KOMUNIKASI EFEKTIF ~ TELEFON



Assalamualaikum w.b.t

Setiap dari kita mungkin mahir dengan perbualan melalui telefon. Cara menjawab yang betul, meninggalkan pesanan dan sebagainya. Jangan ingat ia tidak memerlukan kemahiran sebab apabila inginkan pesanan yang diterima di pihak yang menerima sampai dengan sempurna, pihak pemanggil perlulah menyampaikan dengan sejelas-jelasnya agar tiada salah faham yang berlaku.

Ahli komunikasi, Dennis Mcquail berkata, komunikasi itu merupakan penyampaian pesan. Tetapi, bukan asal sampai sahaja, yang lebih penting penerima pesanan memahami apa yang disampaikan. Oleh itu, banyak faktor yang harus diperhatikan, mulai dari pesan yang akan disampaikan, medium penyampaian hinggalah bagaimana cara kita menyampaikan pesan itu.

Terdapat beberapa komunikasi efektif yang boleh diikuti di bawah:

1. Jika anda yang menelefon, biasakan diri anda menyapa lawan bicara dengan sopan seperti mengucap salam, helo, selamat pagi dan sebagainya. Meskipun suara di hujung sana kedengaran jelek, tetaplah menyapa dengan ramah.

2. Walau apa pun kedudukan anda, biasakan diri memperkenalkan diri terlebih dahulu. Cukup dengna nama dan tempat anda bekerja atau dari mana anda membuat panggilan. Jangan andaikan anda dikenali ramai, maka orang boleh mengecam suaramu di talian.

3. Biasakan memanggil lawan bicara dengan sebutan yang menyenangkan seperti 'puan', 'tuan', 'kakak', 'saudara', atau 'saudari'. Ini menunjukkan anda menghormati lawan bicara anda.


4. Anggaplah setiap penelefon mempunyai kepentingan yang sama barulah mereka merasa lebih dihargai kerana anda memberi perhatian lebih terhadap bicaranya.

5. Hindari menggunakan perkataan 'anda harus' atau 'anda wajib' kerana ia menampakkan anda seorang yang 'bossy'. Lebih baik anda menggunakan pengucapan seperti "seandainya anda boleh.." atau "mungkin seeloknya anda...". Usahakan agar tidak nampak straight to the point, tetapi cuba tunjukkan sedikit empati jika anda meminta bantuan orang.

6. Jika telefon tiba-tiba terputus, segeralah menelefon kembali dan meminta maaf. Jangan terburu-buru, lakukan dengan sopan dan beritahu bahawa apa yang terjadi di luar dugaan nda.

7. Perhatikan setiap pemilihan kata dan jangan sampai terdengar kasar dan sombong. Elakkan ucapan 'ini bukan urusan saya' atau 'anda harus menunggu saya'.

8. Percakapan di telefon memerlukan anda berbicara dengan jelas. Jadi perhatikan setiap kata yang ingin diucapkan adalah jelas didengar oleh lawan bicara, terutamanya jika anda menelefon menggunakan telefon awam.

9. Jika talian perhubungan ada masalah sehingga suara anda tidak jelas disebabkan berada di luar liputan kawasan, tawarkan untuk menelefon semula beberapa minit/jam lagi. Jika penting sangat, SMS saja.

10. Anda harus meningkatkan kepekaan apabila berbicara dengan lawan bicara dengan memasukkan sama elemen kejujuran, intonasi dan respon kerana biasanya sikap begini melahirkan rasa yakin dalam menyampaikan pesan dan komunikasi pun menjadi lebih efektif.

~ Sanah helwah buat adikku, Anjang

Tuesday, April 20, 2010

~ PENCARIAN ~


Di sini..
Siapa pun bisa sebak,
membawa segala keresahan cinta.
Dan di sinilah..
sesekali sendirian di tengah manusia, mencari
dalam segala kerendahan hati.

Di sini..
sesekali ada yang resah,
menunggu dengan gelisah.
Bagai pencari yang bimbang.
Bagai musafir yang malang.
Ruang luas tak mungkin aman dan selamat.

Berilah aku aman di perutMu yang sejuk.
Di marmar lembut hamparan permaidani,
merangkup segala duka bahagia.

Keamanan terasa.
Lari dari kelelahan.
Lari dari keresahan.
Dalam penyerahan,
sebak di dada adalah cinta padaNya.
Haru rasa adalah kasih rindu padaNya.

Di sini..
Aku kesepian.
Aku dalam pencarian.
Aku dalam kesetiaan,
di lautan manusia, siapalah aku????
MencariMu melaluiNya
Akukah itu di tengah manusia sebak dada,
kerana cinta padaNya

Di manakah kau tika itu…?

Di sini..
Aku tak bisa lama,
Sampai saat dan ketika senja menggulung jua,
lalu kubiarkan detik berputar.
Masa beredar,tapi..
ketiadaan noktah.

Ya Allah..
Aku ini hambaMu.
Rumah ini rumahMu.
Kau mudahkanlah segala urusanku.
Hanya nikmatMu jua hanya rehdhaMu jua,
tambah-tambahkanlah keredhaanMu itu padaku.
Baikkanlah kepulanganku.
Datangku bukan yang terakhir,
atau gantikanlah syurga untukku.
Amin..

Ya Rabbil Alamin.

~ Hari-hari yang sibuk dan padat bakal berlaku tidak lama lagi.. Moga kejayaan masih kekal milikku. Amin

Monday, April 19, 2010

METAFORA: SI ANAK GAJAH


 Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah syukur pada Khaliq yang memiliki seluruh alam ini. Tiada nikmat terindah menjalani kehidupan yang sempurna. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Awal pagi tadi saya sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan saya. Jadi dengan rakusnya, saya check di Portal Student KUIS. Sujud syukur sangat2.. Diri ini masih mampu mengekalkan kecemerlangan walaupun mungkin tidak sehebat orang lain. Tapi saya berBANGGA dengan diri saya.. ADAWIAH BOLEH!!!

Pagi-pagi macam ni, memang kena ada keyakinan diri yang bagus bagi memulakan hari-hari seterusnya. Ceria, yakin, bermotivasi, bersemangat dan tak kenal putus asa adalah ciri-ciri mereka yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi. Ciri orang yang dahagakan kejayaan disepanjang hidupnya.. Siapa pun anda, anda berhak untuk memiliki kejayaan tetapi haruslah memiliki keyakinan diri dahulu.

Dengan itu, mari kita ikuti kisah pengajaran yang sangat berguna ini..

*********************************************


Seekor anak gajah dirantai sejak keil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.

Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar. Badan, kaki dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudag hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.


** Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat Islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur..

~ Tapi yang pastinya contohilah para penduduk Palestine yang sentiasa berjuang untuk menegakkan martabat mereka dari dijajajh oleh Israel.. Kecil-kecil lagi semangat "syahid fisabilillah" telah tertanam dalam diri mereka.

~ Wahai umat Islam sekalian, sedarlah!! Setiap saat,setiap minit, dan setiap jam, diri kita sentiasa diperhatikan oleh musuh-musuh yang dengki dengan umat Islam. Ada sahaja cara mereka untuk memusnahkan kita. Jadi, bangkitlah!!! Jangan leka dan jangan malas!!!

~ Yakinlah, Allah s.w.t yang lebih berkuasa di atas muka bumi ini.

Sunday, April 18, 2010

KU TUJUKAN LAGU INI BUAT WANITA TERHEBAT ~ UMMI



Delusi Ummi
Munsyid : Nice


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

Saturday, April 17, 2010

AKHIR PERJALANAN SEORANG IBU

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita ikuti pengajaran di sebalik cerita ini...

***************************************************

Seorang ibu muda yang baru ingin menjejak kaki ke alam yang baru bertanya, “Adakah perjalanan ini jauh?”

Kedengaran suara yang memberi respon terhadap persoalan tersebut berkata, " Ya, dan ia satu perjalanan yang berliku, tetapi hujung perjalanan inilah yang paling bermakna berbanding permulaannya.”

Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya. Kasih sayang terhadap cahaya mata yag masih kecil tak berbelah bahagi. Bermain bersama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila mereka melalui air terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia. Dia menangis sambil berkata, “Tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini.”

Apabila menjelang malam, hujan dan ribut melanda. Lorong yang mereka lalui gelap. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk. Si ibu membalut badan anaknya dengan gebar dan memeluknya. Si anak memberitahu ibunya, “Ibu, kami tidak takut lagi sebab ibu ada bersama kami.”

Menjelang pagi, si ibu bangkit dari lena. Sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi ribut seperti semalam. Di hadapan mereka terdapat sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncakya. Si ibu dan anak lelah. Tetapi ibu berpesan, “Bersabar sikit ya sayang, nanti kita akan sampai ke puncak.” Anak-anak tidak berputus asa dan terus mendaki. Apabila tiba di puncak, anak berkata, “Ibu, kami takkan sampai ke sini tanpa ibu.”

Siang mengundur diri, kegelapan malam membalut seisi alam. Si ibu berbaring memandang kerlipan bintang sambil berkata, “Hari ini lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia. Anak-anakku telah belajar untuk bersabar ketika berdepan dengan kesusahan. Semalam aku telah berikan mereka keberanian dan hari ini aku telah berikan mereka kekuatan.”

Hari berikutnya awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anak teraba-raba dalam kegelapan dan terjelupuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata, “Anak-anakku, jadilah seorang yang berani. Allah akan sentiasa bersama kita.”

Anak-anak mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian, “Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku. Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar.”

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan tahun berganti tahun. Si ibu kini makin tua dan lemah. Anak-anak pula makin membesar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kini tibalah masanya si ibu akan kembali ke dunia yang kekal abadi. Dia berkata, “Aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaannya. Kini anak-anakku telah kuat. Tidak selemah sewaktu usia mereka masih setahun jagung. Mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke jalan yang lurus. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa-doa mereka akan menemaniku”

********************************************************
Ummi dikelilingi adik-adikku..


 ~~ Mengimbau memori lalu

Teringat ketika kecil dulu, bila luka terjatuh berlari-lari mencari Ummi untuk menunjukkan luka tersebut. Ummi hembus ataupun tiup tempat luka tersebut. Selepas itu bermain kembali. Tidak pernah kenal erti sakit. Tahu seronok sahaja. Apatah lagi menunggu giliran Ummi menyuapkan nasi ke mulut kami semua. Berselera makan walaupun hanya ikan goreng, kicap dan sedikit sayur yang mana kami kongsi bersama. Maklumlah keluarga besar. Adakalanya ikan kering goreng pun jadi berselera. Nikmat!! Syukur!!

Menginjak usia remaja, segala benda ingin dicuba. Aku cukup meminati seni mempertahankan diri. Begitu juga Angah. Tournament Taekwondo yang diikuti adakalanya menyebabkan luka-luka dan lebam-lebam di kaki, tangan dan sebagainya. Berkali-kali Ummi pesan, “Jangan jadi macam korang kecik dulu. Luka je cari Ummi. Lepas tu tak serik-serik main lagi!”

Oh..Tiada yang lain untuk ku tuju melainkan dirimu wahai Ummi ku sayang..Dirimu merupakan segala penawar bagi kami semua..Engkaulah ratu hati kami..Segala masalah dikongsi bersama..Itulah didikanmu..

Usia semakin menuju kedewasaan dan kematangan. Namun diriku sentiasa ditemani sama ada nampak dan tak nampak. Teman paling akrab tika ini dan selama-lamanya adalah insan yang tiada gantinya, Ummi. Banyak yang telah ku pelajari sepanjang umur ku dipinjamkan ini. Walupun diri ini banyak mengujimu ketika kecil dan sehinggalah sekarang, Ummi sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Dirimu sentiasa ada untuk meniupkan roh-roh kebangkitan jika aku kejatuhan dan membelaiku jika aku kegembiraan. Terima kasih Ummi.. Belum mampu lagi akak membalas jasa Ummi dan Abah. Moga akak sempat melaksanakannya sebelum masa kita bertemu DIA..

>> Aku agak emosi sedikit.. Aku sangat sayangkan kalian, Ummi dan Abah.

JAGALAH BAHASA PERTUTURAN KITA ~ KATA

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh..
semoga Allah 'azzawajalla memudahkan urusan kita dunia dan akhirah..

saudaraku..
apa bila tersandung batu biar terluka boleh jadi sembuh dapat terubati ada penawar. namun jika tersandung kata hingga membuat rebah di muka bumi buruk akibat hilanglah percaya, bolehkan ia biar terubati meninggalkan bekas yang tiada lekas hilang..

Bila engkau memegang bedil, maka berhati-hatilah kerna pelurunya bisa lepas dari busur hingga dapat melukakan insan.

berhati-hatilah terhadap kata.. kerna kata itu bak peluru terlepas dari busur, meski engkau mengais tangis ia tak bisa kembali utuh seperti semula, namun boleh jadi engkau menemukan ia kembali namun tiada lagi dalam kondisi utuh.

jangan pernah berkata, kataku ini hanya disini, hanya sama ini, kerna ini sahaja, ingatlah bahwasanya tiadalah yang besar itu melainkan dari yang kecil.

saudaraku..
jadikan kata itu sebagai madah pujangga yang dapat menjadi pedoman bagi setiap insan.

saudaraku..
segala sesuatu yang ada di dunia ini ada pengecualiannya kecuali tentang Allah tabaraka wata'ala.

maafkanlah kata bahasaku apa bila ada telajak yang mengiris hati, nasihati aku bila engkau dapatiku dalam kesilapan, cegahlah aku bila engkau dapati aku melanggar syari'at, pegang dan tariklah aku pabila engkau lihat aku akan tergelincir ke lembah syaitan..

wallahua'lam bish-shawab
Allah yubarrikfik..
**** Di ambil dari facebook. Peringatan untuk semua..

Friday, April 16, 2010

KELDAI YANG MEMAKAI SERBAN


 Assalamualaikum w.b.t

Mari kita renungkan kisah di bawah dan ambil pengajaran daripadanya..

**********************************************************

Seorang ahli hikmah masuk ke dalam sebuah kampung dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin istirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.

Melihat ahli hikmah itu datang ke kampung nereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

"Assalamualaikum orang alim," sapa seorang lelaki.

"Selamat datang tuan," sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

"Tolong ajarkan kami..." pinta mereka.

"Jadilah guru kepada kami semua."

"Syukur tuan datang. Jika tidaak jahillah kami."

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, "Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?"

Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, "Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajar kami."

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

"Ha, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya."

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka telah mendapat "pelajaran pertama" daripada ahli hikmah itu dengan cara yang begitu bersahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, pengajaran ada kalanya pahit sedikit.

Pengajaran:
Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang hanya berdasarkan rupa lahiriahnya. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, tetapi sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran tidak tepat.


Pakaian, hanyalah umpama "topeng" yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawa kita adala lebih baik daripada topeng yang kita pakai!

Tapi, paling penting jangan lupa berhati-hati dengan segala kemungkinan yang berlaku. Luaran yang baik tidak semestinya baik di dalam dan begitu juga sebaliknya. Ada saja godaan licik dari mereka yang cuba untuk memusnahkan Islam dalam senyap!

~ Don't judge the book by its cover..

PERIBADI NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MESTI DI CONTOHI

Assalamu'alaikum w.b.t
Mari kita melihat akhlak yang cukup indah junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.. Contohilah tingkah lakunya...

1. Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

2. Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

3. Sangat elok dan sempurna wajahnya

4. Baginda memilik perasaan yang halus

5. Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

6. Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

7. Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan

8. Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

9. Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain

10. Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

11. Baginda memakai serban di atas kopiahnya

12. Suka membalas hadiah

13. Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

14. Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

15. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

16. Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

17. Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

18. Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

19. Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

20. Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

21. Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

22. Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

23. Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

24. Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

25. Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

26. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

27. Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

28. Amat kasih terhadap umatnya

29. Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

30. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

31. Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

32. Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

33. Suka menziarahi orang sakit

34. Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya

35. Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

36. Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

37. Bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

~ Basahkan lidah anda dengan mengingati Nabi Muhammad S.A.W

Thursday, April 15, 2010

AWARD & TAG

Assalamu'alaikum w.b.t

Sekadar memberitahu anugerah yang saya dapat untuk minggu ini.. Terima kasih banyak-banyak.

Kamsa Hamnida Kak Nza

Syukran jazilan Kak Nadia

.
.
.
Tapi ada syarat yang perlu dilakukan,

syarat-syarat ambil award ni adalah:

1) Thanks and linked to the person that give you the award.
   Thank you so much to Sis Nadia for this award. :)

2) Post this award onto 12's bloggers you have recently discovered and think are fantastic.
Alamak!! Saya rasa semua layak.. So, saya nak beri pada anda yang baca entri saya untuk hari ini saja..

3) Contact and let them know they've won the award.
Perhatian untuk pengunjung Marjan Ibtisam, anda berhak mendapat award ini.. Silalah ambil ae..kerana dirimu pegitu berharga..


Arigatogazaimas buat Tukang Kata & Ameera
.
.
.
.
.
Pun ada syarat-syarat yang mesti dipenuhi


~Copy award ni macam dapat Grammy Award.
~Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni.
~Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH- :)

1- FIVE name that people call you
-Kakak
-Ada@Wi
-Kak Ada@Kak Wi
-Safi
-Marjan

2- FIVE important dates in your life
- 13 Mac 1985 (tarikh saya dilahirkan)
-Jan, Feb, Mac, April, May, Sept & Oct (bulan kelahiran ahli keluarga saya. Masuk list kan??)
-30 Nov 2009 (saya mendaftar sebagai pelajar MBA for the 1st sem)
-13 Mac 2010 (ulang tahun kelahiran saya disambut bersama keluarga di Pulau Langkawi =) )
-7 April 2010 (last paper exam untuk sem 1. result tak tau lagi until now..huhu)

3- FIVE things that you done yesterday
-Jadi surirumah (rutin jika balik rumah. kena tolong Ummi)
-Ini part best ni..jalan-jalan dengan Ummi di Shah Alam and KL
-Alang belanja makan nasi briyani..nyum3x!! (payah woo nak minta Si Alang ni melanja..)
-Hobi yang tak boleh tinggal, berFB & berBlogging
-Tgk CSI

4- FIVE ways to be happy
-Senyum
-Positif
-Bergurau senda dengan family (ubat paling mujarab beb!!)
-Follower ku makin bertambah..Tq untuk anda semua =)
-Merasai nikmat hidup dan berkasih sayang

5- FIVE favourite movies
-All CSI series
-All Home Alone series
-Semua cerita penyiasatan dan aksi
-Satu cerita korea tapi lupa tajuk pulak!! Adushh..
-Sebenarnya semua saya layan..

6- FIVE favourite hobbies
-Collecting stamp
-Reading
-Blogging
-Facebook
-Jalan-jalan

7- FIVE favourite people
-Nabi Muhammad S.A.W.
-Ummi
-Abah
-Adik-beradik
-Kawan-kawan

8- FIVE favourite places for vacation
-Mekah Al-Mukarramah
-Madinah Al-Munawwarah
-UK
-Paris
-Semua kawasan gunung-ganang dan bukit-bukau (love green!!)

9- FIVE reasons you answers the survey
-Hargai apa yang diberi
-Kumpul award banyak2! (apakah??)
-Tambah post untuk hari ini..
-Salah satu cara untuk orang lebih mengenali saya
-Tak ada kerja!! (padahal berlambak!!)

10- FIVE persons to tag
- Semua yang baca post saya untuk hari ini saja!!

** 5FiveKhamsah Rukum Islam dan 6 Rukun Iman itu yang lebih penting..
-
--
---
----
---
--
-

Tag Dari Lady Ell


1.SIAPA DIRI ANDA DI RUMAH?
Seorang kakak kepada 9 orang adik (termasuk saya sapoloh ya!) dan seorang yang banyak celoteh serta ceria menemani Ummi saya walau apa sekalipun. Syurgaku di bawah mu duhai Ummi ku sayang..(sekarang tak kahwin lagi ae..so boleh cakap gini. Nanti bila ada hubby, syurga bawah hubby I. ok!!)

2.SIAPA ANDA DIKALANGAN RAKAN-RAKAN?
Seorang yang sangat comel (huhu..perasan na..) tapi AWAS!! Diri ku ini sangat lah garang, tapi peramah dan suka senyum namun kadangkala agak pendiam dan suka memikir. Paling penting, saya seorang pendengar yang baik!! (Jika anda kenal saya secara mendalam, ada tahu siapa saya =)  )

3.5 (LIMA) BENDA YANG ANDA INGINKAN TAPI BELUM TERCAPAI
-Menunaikan haji dan umrah
-Nak pergi luar negara sambung PhD (tapi kena habiskan MBA dulu)
-Berumah tangga (insyaAllah before 28 year)
-Dapat kerja yang diidamkan
-Ada business sendiri

4.NAMA PASANGAN ANDA
Mr. Right (tengah menunggu jejaka idaman)

5.5 (LIMA) PERKARA YANG ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA
Saya hanya menyatakan senarai yang wajib sahaja untuk bakal suami saya
-Boleh jadi Imam solat untuk saya (tahu agama lah kiranya)
-Tidak merokok!!
-Sederhana dalam pelbagai segi tapi bijak untuk mengatasi masalah hidup (tak mahu yang berlagak dan tak ingat bumi dipijak!!)
-Menerima diriku seadanya
-Menghormati insan-insan yang berada disekelilingnya

6.BILA TARIKH ANDA COUPLE?
Couple ku adalah ketika Si Dia rasmi dan sah menjadi suamiku (takdir ku adalah ketika aku menjadi miliknya)

7.APAKAH KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA PASANGAN ANDA?
Belum pernah diuji sedemikian teruk (Saya tak kahwin lagi..Moga-moga segala ujian mampu ku harungi dengan sabar)

8.LAGU TEMA CINTA?
Tiada

9.APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA?
Tak tahu nak jawab apa!! Cuma aku mampu berdoa, Si Dia adalah insan terbaik buatku..

10.TAG RAKAN YANG LAIN
Anda yang sedang membaca entri ini..Silalah buat ae..