Saturday, January 29, 2011

APABILA YANG SIMPLE MENJADI BERSIMPUL

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, hari yang indah tapi hatiku masih rasa galau di sebabkan hal itu. Huhu. Aaahh.. Lupakan untuk seketika waktu. Bukan bermakna lari tapi memberi ruang pada diri.

Sebelum tu, pernahkah terjadi pada anda jika kita tanya satu soalan direct kepada seseorang tapi si pemberi jawapan menjawab dengan penuh onak berduri. Bukan menjawab apa yang ditanya!

Bertahun dahulu, di tempat kerja saya yang lama, saya bertanya seorang teman, "Jam berapa engkau sampai ke pejabat?"

Jawabnya, "Malam tadi aku tidur lewat sebab tengok bola. Pagi tadi aku terbangun lewat sebab bini aku tak kejutkan aku. Jalan ke pejabat jam sebab ada kemalangan. Kereta aku pulak semput dan mati enjin di tengah jalan..."

Keterangannya saya pintas dengan soalan, "Aku hanya nak tahu jam berapa engkau sampai ke pejabat. Itu aje!"

Perbualan di atas benar-benar terjadi. Ia menggelikan hati apabila saya teringat mengenainya. Ada orang suka bercakap lebih daripada yang sepatutnya. Mungkin, orang begini biasa menjawab soalan yang pendek dengan jawapan yang panjang kerana inginkan markah yang lebih ketika menjawab soalan peperiksaan. Tetapi, ia juga menggambarkan seseorang yang menyukarkan perkara yang mudah.

Mengapa kita perlu menyuap nasi dengan mengangkat tangan kanan ke belakang tengkuk untuk menyuap ke kiri mulut? Bukankah mudah jika kita terus menyuap nasi dari pinggan terus ke mulut? Sikap sesetengah daripada kita yang membelit sesuatu yang lurus ini memang pelik. Selanjutnya baca di sini.

(temukanlah sesuatu yang aku sukai)

Sama juga dengan situasi aku sekarang ini walaupun berlainan situasi. Aku hanya melihat dari sudut negatif kerana hal lalu dari terus memikirkan nilai positif yang patut diambil sebagai kelebihan untuk masa akan datang.

Inilah kisah aku seminggu ini. Aku telah menjadi seorang guru ganti. Sesuatu yang aku tidak pernah mimpi dalam hidup. Aku telah menjadikan ia berat seperti batu di atas kepalaku sendiri lantaran kerana tidak minat mendidik dan terpaksa. Sepatutnya orang lain yang layak dan dapat tapi aku pulak yang kena. (Nampak tak bersyukur kan. Aku juga manusia biasa bukan malaikat, yang memiliki rasa geram dan tidak puas hati dalam diri).

Puas berbuih mulutku membebel kerana tidak puas hati dan puas juga Ummi ku dan ahli keluarga yang lain menasihati supaya sahut cabaran. Huh! Tetap aku tidak mahu!!!

Kerana apa benda yang mudah aku beratkan? Tentu korang tertanya-tanya. Dari kecil aku tidak sukakan budak-budak atau terhegeh-hegeh dengan melayani budak-budak. Aku tidak berminat. Walaupun aku sulung, namun sebagai memenuhi tanggungjawab terhadap orang tuaku, aku tetap menjaga adik-adikku dan aku tidak tahu apa yang aku rasa ketika itu sebenarnya. Hanya sekadar tanggungjawab. Tapi menjaga anak orang lain, aku tidak ingat! (Jauh sekali barangkali)

Dan secara jujur, aku agak sukar untuk memahamkan orang lain apabila memberikan tunjuk ajar kepada kawan-kawan di sekolah ketika di zaman persekolahan dulu. Bukan kedekut ilmu, jauh sekali untuk bersikap demikian tetapi ntahlah, aku agak sukar membuatkan mereka faham dengan ayat yang mudah. (Bahasa alien kot aku sampaikan). Bukan seorang yang tidak faham tetapi ramai yang tidak faham dengan ilmu yang aku ingin sampaikan. Tapi bila bercerita dengan adik-adik di asrama waktu lepas solat maghrib, diam tak diam, ramai yang berkumpul mengelilingiku membentuk bulatan. Apakah itu? Aku memiliki jiwa pendidik ke?

"Akak ceritalah lagi kisah nabi." "Betul ke Nabi Idris masuk syurga cepat sangat?" "Bestlah, akak cerita." "Baru saya tahu." "Baru saya faham".

Itulah antara dialog mereka ketika itu. Aku hanya bercerita kepada seorang adik sahaja pada mulanya kerana dia bertanya, jadi aku menjawab seperti mana yang aku ingat. Namun menjadi satu sesi ceramah pula bila masing-masing berkumpul.

(adakah aku mampu bertahan memberi bakti???)

Begitu juga ketika menjadi facilitator di UNISEL dan KUIS dan berbual bicara di dalam kumpulan aku ketika sesi ice-beraking di sekolah. Ntah aura apa yang ada padaku sampai mereka tertarik dengan penceritaanku. Hanya cerita biasa tapi impaknya diluar dugaan. Namun bila bab mengajar Kimia, Pengajian Am, dan lain-lain subjek termasuk Financial Account, mesti ada yang tak faham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi aku tak putus asa cuma agak kecewa. Namun ada juga yang faham bila subjek Marketing aku terangkan kepada mereka. Ntahlah, aku jadi tidak faham dengan diriku dan keliru dengan teknik ku membantu orang.

Satu lagi yang pasti aku tidak pernah mengajar adik ku atau membantu mereka melakukan kerja yang diberi oleh guru. (tapi jika aku baik hati, tiada masalah lagi-lagi melukis sampai cikgu adik aku puji melambung-melambung dan di tampal di board). Mungkin, aku berkeadaan begini kerana aku tidak suka memberikan kasih sayang atau menunjukkan kasih sayang apatah lagi bila mengajar adik-adik ku mengaji Al-Quran, sampai ada yang menangis ketika itu. (Garang sangat kot!). Anjang je yang sanggup layan karenah adik-adik. Sebab masa aku kecil, aku survive buat sendiri tiada bantuan dan tak manja!

Tolonglah nasihati aku. Aku tidak percaya aku seorang guru. Dan itulah pekerjaan yang paling aku takuti. Walaupun Ummi seorang guru, Abah pernah jadi guru dan pensyarah suatu ketika dulu serta Angah juga begitu sebagai guru ganti dan adik-adik lain minat mengajar tetapi tidak bagiku. Aku tidak mahu!!!!

Aku hormati orang yang bergelar guru tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian dari mereka. Dan aku kira aku boleh mati cepat kerana stress yang terlampau akibat memberatkan sesuatu yang mudah. Tapi itulah aku. Tidak sanggup aku untuk menambahkan dosaku sendiri.

~ Maaf kerana ganti diri sebagai aku dan ini adalah sesi luahan emosi. Stress!! Cukuplah aku memberi dan berkongsi dengan caraku yang tersendiri di dalam blog ini dari menjadi guru dan dipanggil cikgu secara realiti. Aku tidak terfikir pun. "Selamat pagi, Cikgu"

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Brilliant Marjan,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Saudari, kejayaan datang dari dua cara: melakukan perkara yang disukai berulangkali (sukarela) atau melakukan perkara yang tak disukai berulangkali (paksarela). Boleh jadi salah satu daripadanya akan mendatangkan kecintaan pada pekerjaan itu, paling kurang beroleh pengalaman, insyaAllah.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1342

Brilliant Marjan said...

anonymous?

wa'alaikumsalam...terlebih dahulu, siapakah anda?mengenali saya?terima kasih atas perhatian dan nasihat yg diberi...

walau apapun,bg sy,dari terbeban dgn dosa (merungut,muka ketat,stress dll),itu bukan bidang sy..tak sanggup utk sy cemari tugas itu dgn sikap sy yg barangkali akn bertukar sebaliknya (hanya keluargaku tahu sikapku)..

sy tahu keupayaan sy..