Wednesday, January 19, 2011

LELAKI KACAK, WANITA CANTIK MILIKI IQ LEBIH TINGGI

Assalamualaikum w.b.t.


(antara ikon yang saya suka sebab idea yang dilontarkan olehnya)

Betul ke IQ tinggi bagi lelaki kacak dan wanita cantik? Kebiasaanya mereka ni dilihat bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian, gayanya diikuti oleh sesiapa sahaja dan mereka memiliki wajah yang kacak dan lawa ini juga dilihat cerdas berbanding orang lain. Dapat pula pasangan yang sepadan dan sesuai dengan meraka lagilah bertambah menarik perhatian. Tapi yang original ye.. Yang tak ori ni bagi saya macam tak sesuai saja. Maksudnya yang bedah plastik sekadar suka-suka tanpa alasan munasabah. Tak mahulah macam tu ye..

Sebenarnya menurut kajian terbaru yang dilakukan di Britain dan Amerika Syarikat, didapati tahap purata IQ individu berwajah segak atau lawa adalah 14 mata lebih tinggi daripada orang biasa. Keputusan itu sekaligus menolak kepercayaan ramai bahawa wanita berambut perang atau lelaki kacak kurang cerdik.

Kajian itu dilakukan oleh Sekolah Ekonomi London (LSE) baru-baru ini.

Menurut keputusan kajian, seseorang yang memiliki penampilan menarik mampu memikat pasangan yang bukan saja sama menawan, malah cerdas akal fikirannya. Hasil hubungan itu, kata kajian berkenaan, pasangan terbabit boleh mendapat anak yang berkemungkinan besar mewarisi kualiti fizikal dan mental mereka.

Penyelidik LSE, Satoshi Kanazawa, berkata daya tarikan fizikal mempunyai kesan ketara terhadap kecerdasan umum, sama ada dalam kawalan atau tidak.

"Hubungan di antara daya penarik dan kecerdasan turut semakin kuat dikalangan lelaki dan wanita," katanya.

Macam kat Malaysia ni, contoh yang menjadi idola muda-mudi adalah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Dr. Halina Muhammad Yunus. Mereka sama cantik dan sama padan serta bijak!!

Tapi kan, bagi saya lelaki kacak dan wanita lawa ni kelihatan cerdas dan bijak mungkin disebabkan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Mereka tahu apa yang mereka nak capai dan pantas berfikir untuk mendapatkan sesautu. Cumanya, kadang-kala ada juga yang terlibat dengan cara yang salah sebab menggunakan kelebihan yang dimiliki. Sebagai contoh goda bos untuk naik pangkat ke...

Apa-apa pun, kecerdikan dan kebijaksanaan itu boleh dibentuk melalui cara pemakanan dan cara hidup kita sendiri. Sebagai contoh, mulakan dengan mendidik anak-anak dengan memakan apa yang disunahkan dan diamalkan baginda, Rasulullah s.a.w, seperti madu, tamar, kismis dll. Melalui cara hidup pula adalah dengan mengamalkan sejak mengandung Surah Luqman dan Surah Yusuf untuk para Ibu yang sedang mengandung atau membaca buku berilmiah, bermain catur, bersukan dsb.

Paling penting terima diri kita seadanya sebab Allah sudah anugerahkan keindahan yang terbaik dan sesuai dengan kemampuan diri kita untuk menjaganya. Jangan pula diubah anugerah yang telah diberi. Kadang cantik, lawa, kacak dan segak ni boleh juga mendatangkan bahaya sebab ada je manusia yang dengki dan iri hati terhadap kelebihannya disamping membuatkan insan tersebut itu sendiri berasa ujub, riak dll. Itupun jika pemilik wajah yang indah ini tidak dapat menangani perasaan tersebut secara bijak dan dirinya sendiri mempunyai niat jahat terhadap anugerah yang diberi. Nauzubillah...

Moga kita tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah s.w.t dan berasa yakin dengan diri kita sebab apa yang kita tonjolkan itulah melambangkan IQ kita pada mata umum. Tinggi atau rendah IQ seseorang itu adalah berdasarkan kepada dirinya sendiri termasuk faktor yang dinyatakan tadi...


(raut wajah yang cantik!!!)

INFO: Tip untuk ibu bapa



* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.

* Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


(macam gaya professor dah budak ni..)


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam


1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Sumber: Diedit dari pelbagai sumber..

2 comments:

Nurul Amal said...

yakin itu menawan :)

Brilliant Marjan said...

jauh hati

yup!! =)

siapa pun anda, terimalah seadanya..