Monday, January 17, 2011

PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Assalamualaikum w.b.t

Moga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Cuaca kat tempat saya ni mendung je, sayup-sayup orang kata. Macam boleh buat orang sambung tidur. Haip! Tak boleh tidur sesuka hati ye.. Terutamanya bagi yang berkerja. Ingat! Jangan sampai kena tangkap dengan majikan anda...

Saya nak bagitahu anda semua, semalam dari pukul 7.30pagi - 1.00 tengah hari saya mengikuti bengkel pengurusan PASTI. PASTI tu anda tahu tak maksudnya apa? Mudahnya, Pusat Asuhan Tunas Islam. Lebih kurang macam TASKA, TADIKA dan seumpama dengannya. Sudah jelas serba sedikit kan?

Sebenarnya, Abah dan Ummi saya diminta untuk menguruskan PASTI milik sepasang suami isteri ni, Wak Yatiban dan Wak Ramlah. Mereka nak buat amal jariah untuk membantu kanak-kanak mendalami ilmu melalui acuan Islam. PASTI kat kampung saya ni belum ada lagi. So, mereka ini ingin mewakafkan rumah dan tanah peninggalan arwah datuk dan nenek mereka untuk dibuat PASTI. Namanya PASTI AL-QUDS.

Usia PASTI ni muda lagi. Baru nak menapak. Masih banyak prasarana tidak mencukupi. Bilangan pelajar pun 3 orang saje. Tak buat promosi secara besaran lagi sebab rumah tersebut belum siap sepenuhnya untuk dibuat PASTI. Kurang modal dan dermawan yang ingin menolong. Mualimah tetap pun tidak ada lagi. Cumanya hanya Mualimah yang bekerja secara sambilan sementara menunggu result STPM.

Saya mengukuti bengkel ini untuk menambah pengetahuan dan sebagai membantu Ummi dan Abah saya. PASTI ni pun bukan asing bagi saya. Masa zaman kanak-kanak saya dulu pun saya pernah belajar di PASTI NURUL HIDAYAH. Balik dari PASTI je, saya suka nyanyi dan baca doa apa yang di ajar oleh Mualimah. Hehehehe.. Comel je..

Tapi dah dewasa ni, baru saya sedar, walaupun hanya PASTI dan boleh diibaratkan sebagai pra sekolah untuk kanak-kanak mengenal dunia pendidikan dan kawan-kawan, namun nak menguruskannya bukannya mudah. Kena ada perancangan yang lengkap dari segi aspek alat bantuan mengajar, ilmu, prasarana dan sebagainya.

Ketika di dalam bengkel ini, saya sempat mengikuti 5 slot pembentangan yang diberikan oleh para Mualimah yang berpengalaman. Memang menarik. Slot pertama pasal perhimpunan pagi, slot kedua mengenai nasyid yang akan diberikan kepada kanak-kanak untuk setiap hari, slot ketiga tentang buku ringkasan mengajar, slot keempat pula mengenai kreativiti dalam mendidik anak-anak kecil yang comel mengikut tahap umur mereka dan yang terakhir adalah slot perhimpunan balik.

Saya akan ceritakan serba ringkas untuk setiap slot ini.

SLOT SATU (Perhimpunan Pagi)

* Setiap Mualimah diwajibkan untuk melakukan perhimpunan pagi buat kanak-kanak ini.
* Sebagai disiplin awal sebelum memulakan kelas.
* Bacaan Asmaul Husna.
* Bacaan doa untuk tubuh badan, doa ibubapa, doa mula belajar, doa penerang hati dll
* Sebagai tanda menghormati Mualimah dan rakan-rakan sekelas.

SLOT DUA (Nasyid)

* Perlu dilakukan setiap hari dan pada hari tersebut mempunyai nasyid khusus. Kiranya nasyid yang belainan untuk setiap hari. Antaranya nasyid dalam B. Melayu, B.Inggeris dan B. Arab. Nasyid untuk subjek matematik pun ada. Tapi saya tak berapa ingat sangat.
* Ikut kretiviti Mualimah untuk menarik minat kanak-kanak. Mana yang baik, boleh dilakukan.(Memang seronok bila saya teringat lagu rama-rama ketika kecil. Sampai Ummi saya pun hafal sebab saya asyik nyanyi.)

SLOT TIGA (Buku rigkasan mengajar)

* Sama juga macam guru-guru lain lakukan. Apa yang nak diajar perlu di catatkan.
* Antaranya adalah tarikh pendaftaran pelajar, kelas mana yang diajar, objektif pembelajaran pada subjek tersebut dll.

SLOT EMPAT (Kreativiti)

* Nak tarik minat kanak-kanak untuk fokus pada pelajaran yang diajar adakalanya menguji kesabaran jadi Mualimah dikehendaki menghasilkan idea yang bernas untuk mood kanak-kanak ini.
* Mengajar mereka melukis melalui mengenal bentuk, warna, tubuh badan, binatang dll.
* Saya cukup tertarik dengan idea kreatif yang dibuat. Antaranya gunakan tali dari beg door-gift untuk dibuat rumah, buat bunga dari getah gelang, dll. Ada juga guna ibu jari tangan sebagai "cop mohor" untuk dilukis sebagai tikus atau lipas. Kanak-kanak suka aktiviti ini.

SLOT LIMA (Perhimpunan balik)

* Diajar untuk tetap berdisiplin walaupun ketika pulang.
* Doa pulang seperti Tasbih Kifarah dan Surah Al-'asr.

Ok, itu je yang saya nak share. Dan bagi sesiapa yang ingin menderma untuk kesejahteraan anda dan saham akhirat, bolehlah membantu PASTI AL-QUDS ini yang terletak di Kg. Jenjarom. PM saya jika berminat.

~ Sudilah membantu mana yang patut ye.. Terutamanya pagar untuk mengelakkan kanak-kanak ini terlepas ke jalan raya. Tapi alhamdulillah 3 pelajar ini, seorang lelaki dan 2 perempuan tidak bersikap 'luar biasa.'

3 comments:

~ummusumayyah~ said...

salam sis..huhu..windu nye zaman PASTI..


lagu rama2..

dari ulat jadi kepompong..
tidur2 dalam kelongsong..
cukup masa rama pun pecah..
jadi rama2 yang indah..


~ye kot lirik nye..huhu..cam pelik je..


p/s: sambung sis..

~ummusumayyah~ said...

salam sis..huhu..windu nye zaman PASTI..


lagu rama2..

dari ulat jadi kepompong..
tidur2 dalam kelongsong..
cukup masa rama pun pecah..
jadi rama2 yang indah..


~ye kot lirik nye..huhu..cam pelik je..


p/s: sambung sis..

Brilliant Marjan said...

wslm anjang..

hahahahahaha...

*kelonsong pecah la...

rama2 terbang merata..
sungguh cantik aneka warna...
tenetene..(tak ingat la..)

memoriku sudah kurang terhadap lagu ini...hahahaha..tapi comel kan...